Memaparkan catatan dengan label Tapak Suci Kelantan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tapak Suci Kelantan. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 15, 2011

Sejarah Perkembangan Ahli Tapak Suci Kelantan (Bahagian 3)

Martial Arts: SilatImage by byte via Flickr
Gambar Hiasan
Selepas ketiadaan gelanggang utama tapak suci, iaitu di penghujung era 1990an atau selepas tahun 2000, betulkan hamba... jika tersilap fakta.. terdapat juga ahli-ahli tapak suci yang masih berminat dengan ilmu persilatan tetapi telah berlatih dengan ilmu persilatan yang berbagai.

Ada yang pergi ke gelanggang Silat Zulfattah. Ada juga yang berlatih secara persendirian dengan kawan-kawan, sparring bersama-sama dengan menggunakan berbagai silat batin yang ada seperti tapak suci, Zulfattah, Slendang Merah dan lain-lain. Selain itu ramai juga yang mempelajari ilmu persilatan Terlak 4.

Di sini hamba tertarik dengan persahabatan yang ditunjukkan di kalangan ahli silat walaupun mereka dari aliran yang berbeza. Tidak mencari perbalahan dan tidak menunjukkan siapa yang lebih hebat. Walaupun memang terdapat segelintir yang bersikap aku lebih hebat namun mereka sebenarnya masih belum memahami pengertian silat dalam ertikata yang sebenarnya.

Enhanced by Zemanta

Jumaat, Januari 14, 2011

Sejarah Perkembangan Ahli Tapak Suci Kelantan (Bahagian 2)

pencak silatImage by sdr. mohamad lutfi hakim ariff via Flickr
Sepertimana yang telah diceritakan pada bahagian pertama iaitu ahli-ahli yang pernah belajar silat ini di era tahun 1980an dan 1990an kebanyakannya telah berhenti berlatih atau beramal selepas itu. Ada juga yang hanya berhenti berlatih tetapi masih terus mengamalkan amalannya.

Betulkan hamba jika fakta ini salah. Bagi yang belum membaca bahagian pertama boleh Klik di sini

Antara faktor-faktornya ialah disebabkan penghijrahan anak-anak muda ke luar negeri. Kebanyakan ahli-ahli yang menuntut ilmu persilatan tapak suci ketika itu masih muda dan masih di alam persekolahan. Sampai suatu masa mereka akan berhijrah ke luar kelantan kerana menyambung pelajaran atau mencari perkerjaan.

Selain dari itu ialah disebabkan ketiadaan gelanggang terutama selepas pemergian tok guru persilatan ini iaitu arwah ayah Soh. Manakala sebelum itu pula telah berlaku kekecohan tentang gerak dan jurus tapak suci yang dikatakan mengandungi unsur-unsur luar, padahal yang sebenarnya tidaklah begitu.

Gerak dan jurus merupakan kurniaan Allah. Begitu juga apa yang berlaku terhadap perkembangan silat ini. Ia juga adalah dengan kehendak Allah dan geraknya jua.

Amalan bukanlah satu-satunya. Walaupun kita beramal sekuat mana sekalipun, jika tiada kurniaan dari Allah maka kita tidak akan mendapat apa-apa pun juga.

Hamba tertarik dengan komen ini;

"Tidak semua ahli tapak suci boleh mendapat gerak dan jurus. Dalam ertikata lain, tidak semua ahli boleh mendapat seni dan kebatinan. Ada ahli lama yang hanya mendapat seni sahaja dan ada yang hanya mendapat batin sahaja. Tidak ramai yang mendapat kedua-duanya sekali. Yang tidak mendapat apa-apa langsung pun ada."

Jadi inilah kurniaan dan kehendak Allah. Jika Allah ingin menutup pintu sesuatu ilmu maka tidak ada sesiapa lagi yang boleh mempelajarinya. Dengan kata lain, boleh belajar tetapi tidak mendapat apa yang dituntut.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah sentiasa membuka gedung ilmuNya untuk kita.

Sambungan Bahagian 3

Enhanced by Zemanta

Rabu, Januari 12, 2011

Sejarah Perkembangan Ahli Tapak Suci Kelantan

Image via Wikipedia
Gambar Sekadar Hiasan
Bagi yang pertama kali membaca tentang seni silat ini, eloklah terlebih dahulu membaca serba sedikit pengenalan tentang silat ini berserta dengan komen-komennya sekali iaitu entri yang bertajuk Seni Bela Diri Jurus Batin Tapak Suci.Klik sini (Baca sekali dengan komen-komennya)

Ini kerana tajuk ini boleh dikatakan kesimpulan daripada maklum balas ahli-ahli yang pernah menuntut ilmu persilatan ini. Sebenarnya hamba tidak tahu untuk meletakkan tajuk apa yang sesuai melainkan inilah tajuknya berdasarkan apa yang telah terjadi terhadap perkembangan seni silat ini.

Silat ini didapati telah berkembang di Kelantan pada era 1980an tetapi hamba tidak mengetahui secara pasti bilakah silat ini mula bertapak di Kelantan. Apa yang hamba tahu, silat tapak suci ini sebenarnya sudah lama bertapak di Kelantan dan telah dipelajari oleh golongan ulamak dan orang biasa.

Memetik dari komen Hj. Wan Aziz;

"saya masih ingat lagi kata-kata mufti kelantan pada masa itu iaitu tuan guru Hj Wan Noor (penambang) "perguruan silat ini adalah umpama mutiara diantara perguruan silat yang ada" kerana inilah satu-satunya pusaka dan warisan peninggalan wali songo untuk menyambungkan perjuangannya."

Kemunculan silat ini sebaris dengan silat-silat yang diketahui ramai seperti Silat Nasrulhaq, Selendang Merah dan lain-lain.

Melalui maklum balas dari rakan-rakan yang pernah menuntut silat ini dulu, mereka mula mempelajari silat ini pada tahun 1980an dan telah berhenti pada penghujung tahun 1990an atau selepas itu sekitar tahun 2000 hingga 2005. Itu apa yang berlaku di Kelantan. Rata-rata mengatakan mereka sudah tidak lagi beramal dengan amalan tapak suci.

Sebab-sebab mereka berhenti pula bermacam-macam. Ada yang kerana menyambung pelajaran, ada yang telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan lain-lain kerana mencari pekerjaan dan tidak kurang juga yang merasa keliru tentang silat ini. Maafkan hamba terhadap penilaian ini.. Ini sekadar khulasah atau kesimpulan terhadap maklum balas yang diterima.

Sebab yang paling utama yang hamba rasa ialah disebabkan ketiadaan gelanggang terutama selepas pemergian tok guru persilatan ini iaitu arwah ayah Soh. Ahli-ahli yang pernah mempelajari silat ini pula seolah-olah sedang tertidur dan baru kini ada yang mula tersedar yang mereka pernah mempelajarinya suatu ketika dahulu.

Memetik dari komen Abang Aziz lagi bahawa Arwah Tok Wan Daud dan Ayah Soh (pemimpin Asal TS) pernah berpesan;

"jangan sekali-kali berhenti mengamal dan berhenti mengajar walaupun tinggal satu orang murid. kelemahan kita memahami ilmu TS akan menyebabkan terjerumus kepada kesesatan hakikat dan tauhid. Amalkanlah ilmu dan berpeganglah pada jalan Allah pasti saudara semua akan mendapat menafaat daripadanya."

Sambungan Bahagian 2

Enhanced by Zemanta

Rabu, Januari 05, 2011

Silat Zulfatah atau Zulfaqar

Pedang Zulfaqar (Gambar Hiasan)

Silat ini boleh dikategorikan sebagai silat yang ada unsur kebatinan juga macam seni silat jurus batin tapak suci.

Bagi mereka yang baru pertama kali mendengar tentang seni silat jurus batin tapak suci, eloklah terlebih dahulu membaca post tentang seni silat tersebut sebelum membaca post ini. Ini kerana ada kesinambungan di antara 2 silat ini. Klik Sini untuk membaca tentang seni silat jurus batin tapak suci.

Zulfatah atau zulfaqar, kedua istilah ini adalah sama cuma perkataan zulfaqar itu mengambil sempena nama pedang sayyidina Ali.

Amalannya pun hampir sama Cuma dalam zulfatah terdapat beberapa penambahan dalam bacaannya dan susunannya. Seperti doa narbut (nubuwwah), hamba pun dah tak pasti samaada dalam TS atau Zul, biasanya selepas mengamalkan amalan TS atau amalan Zul, diamalkan pula doa narbut. Doa narbut juga boleh diamalkan pada bila-bila masa yang dikehendaki. Sebab ia adalah doa.

Bagi mengelak salah faham, ingin hamba katakan bahawa tujuan entri ini bukanlah untuk mengkritik mana-mana ilmu persilatan terutama TS atau Zul, malah hamba pernah mengamalkan kedua-duanya. Tujuannya tidak lain adalah untuk mengetahui sejarah dan perkembangannya dan bukan untuk melaga-lagakan kedua pengamal persilatan ini.

Tidak banyak entri yang hamba dapat sampaikan, cuma mengharapkan maklum balas dari pembaca untuk kebaikan bersama. Wallahuaklam...

Sabtu, Julai 10, 2010

Seni Bela Diri Jurus Batin Tapak Suci

Gambar Hiasan
Seni Bela Diri Jurus Batin Tapak Suci merupakan sejenis silat yang mempunyai unsur-unsur kebatinan. Silat ini pernah berkembang di beberapa tempat di Kelantan, Malaysia sekitar era 80an.

Persilatan ini mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian seni dan bahagian kebatinan. Pada bahagian seni seseorang itu perlu melatih diri menggunakan kekuatan tapak dan tubuh badan. Manakala pada bahagian kebatinan pula seseorang itu perlu memohon dan berzikir pada Allah Taala serta beramal dengan amalan yang diberikan.

Silat ini juga mempunyai jurus batin iaitu pukulan dalaman.

Ada beberapa gelanggang yang sedang berkembang di Kelantan era 80an. Antaranya ialah gelanggang yang terletak di Taman Koperatif, Kota Bharu dekat dengan Taman Tanjung Chat dan SMKB.

Ahli-ahli Tapak Suci yang lama dan yang baru sudah tentu ingin mengetahui perkembangan Silat Tapak Suci ini. Justeru itu sebarang maklum balas dari mereka yang pernah menjadi ahli Tapak Suci di mana sahaja mereka berada amatlah dialu-alukan. (Ahli 1987 Tanjung Chat)

Disqus for Jalanan Hamba