Jumaat, Januari 14, 2011

Sejarah Perkembangan Ahli Tapak Suci Kelantan (Bahagian 2)

pencak silatImage by sdr. mohamad lutfi hakim ariff via Flickr
Sepertimana yang telah diceritakan pada bahagian pertama iaitu ahli-ahli yang pernah belajar silat ini di era tahun 1980an dan 1990an kebanyakannya telah berhenti berlatih atau beramal selepas itu. Ada juga yang hanya berhenti berlatih tetapi masih terus mengamalkan amalannya.

Betulkan hamba jika fakta ini salah. Bagi yang belum membaca bahagian pertama boleh Klik di sini

Antara faktor-faktornya ialah disebabkan penghijrahan anak-anak muda ke luar negeri. Kebanyakan ahli-ahli yang menuntut ilmu persilatan tapak suci ketika itu masih muda dan masih di alam persekolahan. Sampai suatu masa mereka akan berhijrah ke luar kelantan kerana menyambung pelajaran atau mencari perkerjaan.

Selain dari itu ialah disebabkan ketiadaan gelanggang terutama selepas pemergian tok guru persilatan ini iaitu arwah ayah Soh. Manakala sebelum itu pula telah berlaku kekecohan tentang gerak dan jurus tapak suci yang dikatakan mengandungi unsur-unsur luar, padahal yang sebenarnya tidaklah begitu.

Gerak dan jurus merupakan kurniaan Allah. Begitu juga apa yang berlaku terhadap perkembangan silat ini. Ia juga adalah dengan kehendak Allah dan geraknya jua.

Amalan bukanlah satu-satunya. Walaupun kita beramal sekuat mana sekalipun, jika tiada kurniaan dari Allah maka kita tidak akan mendapat apa-apa pun juga.

Hamba tertarik dengan komen ini;

"Tidak semua ahli tapak suci boleh mendapat gerak dan jurus. Dalam ertikata lain, tidak semua ahli boleh mendapat seni dan kebatinan. Ada ahli lama yang hanya mendapat seni sahaja dan ada yang hanya mendapat batin sahaja. Tidak ramai yang mendapat kedua-duanya sekali. Yang tidak mendapat apa-apa langsung pun ada."

Jadi inilah kurniaan dan kehendak Allah. Jika Allah ingin menutup pintu sesuatu ilmu maka tidak ada sesiapa lagi yang boleh mempelajarinya. Dengan kata lain, boleh belajar tetapi tidak mendapat apa yang dituntut.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah sentiasa membuka gedung ilmuNya untuk kita.

Sambungan Bahagian 3

Enhanced by Zemanta

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sila lawati facebook Pewaris Tapak Suci

Disqus for Jalanan Hamba