Khamis, Januari 14, 2010

Maksud Agama Samawi


Samawi dalam bahasa arab bererti langit. Agama langit bererti agama yang telah diturunkan oleh Allah kepada para nabi dan rasul melalui wahyu. Semua nabi dan rasul sejak dari nabi Adam hingga ke nabi Muhammad S.A.W membawa ajaran tauhid dan agama Islam. Mereka hanya berbeza dari sudut syariat tetapi mempunyai persamaan dari sudut akidah.

Semua nabi dan rasul mengajak manusia supaya mentauhidkan Allah. Semua agama yang dibawa oleh para nabi dan rasul ini iaitu semenjak dari nabi Adam hingga ke nabi Muhammad S.A.W juga mempunyai persamaan dari sudut NAMA agama iaitu ISLAM. Ertinya semua mereka membawa agama Islam. Bukan seperti yang difahami oleh sesetengah orang bahawa nabi Musa membawa agama Yahudi manakala nabi Isa pula membawa agama Kristian. Ini adalah fahaman yang salah.

Sila baca dan amati maksud daripada ayat al-Quran berikut;


1. Inna ddiina indallahil islam.. (al-Imran 3:19): 

Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. bermaksud agama yang Allah turunkan (Kepada semua nabi dan umat mereka) dan diterima di sisiNya hanyalah Islam.


2. Agama nabi Sulaiman: 

Firman Allah berkaitan Ratu Balqis dengan nabi Sulaiman (surah al-Naml 27:31): Allaa ta`lu alaiyya wa`tuuni muslimiin..


3. Agama bekas ahli sihir firaun yang telah beriman dengan Allah: 

(surah al-a`raf 7:126) : ... Rabbanafrigh alaina sabran watawaffana muslimiin.


4. Agama nabi Yusuf:: 

(Surah Yusuf 12:101): Tawaffani musliman wa alhiqni bis solihin.


5. Agama nabi Isa dan pembantunya: 

(surah al-imran 3:52) : Qaalal hawaariyyuun...wa asyhadu bi anna muslimuun.


6. Agama nabi Musa dan pengikutnya: 

(Surah Yunus 10:84): waqaala musaa... inkuntum muslimiin.


... dan banyak lagi dalil-dalil sila rujuk sendiri al-Quran dan terjemahannya.

Sepertimana yang telah disebutkan diawal tadi bahawa Agama Kristian dan agama Yahudi tidak boleh dikatakan sebagai agama samawi. Ini kerana Nabi musa tidak pernah membawa agama Yahudi dan nabi Isa pula tidak pernah membawa agama Kristian. Nabi Musa dan nabi Isa malah semua nabi yang lain hanya membawa agama Islam. Tetapi lama kelamaan agama Islam yang dibawa oleh nabi-nabi tersebut kemudiannya telah diselewengkan.

Penyelewengan berlaku pada akidah, hukum hakamnya dan juga kepada NAMA agama itu sendiri...

Sekian.

Topik berkaitan: Perbezaan Allah dan Tuhan

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba