Rabu, Mac 02, 2011

Alam Taro Kaifa (surah al-fiil)

Surah al-fiil (Gajah);

Cara membaca surah al-fiil;

Alam taro kaifa fa-`ala robbuka bi a`sh-haabil fiil. Alam yaj-`al kaidahum fii tadhliil. Wa-arsala `alaihim `toiron abaabiil. Tarmiihim bihijaarotin min sijjiil. Faja-`alahum ka-`a`shfim ma'kuul.






Dalam surah ini, Allah menceritakan tentang tentera bergajah yang dipimpin oleh Abrahah (raja yaman) dalam usaha untuk menghancurkan Ka'bah. Dengan tenteranya yang seramai 60,000 orang termasuk diantaranya 13 gajah (atau 9 dalam tafsir yang lain) telah datang untuk menghancurkan kaabah. Namun, Allah telah menjaga Kaabah tersebut dan menghancurkan tentera bergajah itu dengan batu yang dilontarkan oleh burung ababil. Tahun terjadinya peristiwa ini turut dicatat dalam sejarah Islam sebagai Tahun Gajah.

Peristiwa ini membuktikan kebesaran dan kekuasaan Allah Taala.

Pengertian Surah al-Fiil:

1.Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Penjagamu (Allah) telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?

2.Bukankah Dia telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?

3.Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan,

4.Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras,

Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.


English translation:

Have you not seen how your lord dealt with the Owners of the elephant? (1)
Did He not make their plot go astray? (2)
And send against them birds, in flocks, (3)
Striking them with stones of Sijjil. (4)
And made them like an empty field of stalks (of which the corn has been eaten up by cattle) (5)

Tiada ulasan:

Google+

Disqus for Jalanan Hamba