Sabtu, September 12, 2009

Pengertian puasa zahir dan batin

Puasa dalam bahasa arab
disebut sebagai (shiaam atau shoum).
Erti puasa dari sudut bahasa ialah (al-imsaak) iaitu menahan diri. Dari sudut bahasa pengertiannya umum iaitu menahan diri dari sesuatu. Contohnya menahan diri dari berbicara, seperti yg telah berlaku dalam kisah Maryam 
((إِنِّى نَذَرْتُ لِلرَّحْمنِ صَوْمًا   ...Sesungguhnya aku berjanji dengan Allah Yang Maha Pemurah untuk berpuasa. Maksudnya berjanji untuk menahan diri dari berbicara. Jadi pengertian puasa dari sudut bahasa itu luas. Contohnya menahan diri dari mengata, menahan diri dari mengumpat, menahan diri dari berbalah dan sebagainya.
Ok terus kepada maksud puasa pada zahirnya.


Puasa zahir ialah puasa sepertimana yang diketahui umum pada istilah syaraknya iaitu menahan diri dari makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari. Itu puasa pada zahirnya. Manakala puasa pada batinnya tidak ada had waktunya.

Tapi perlu diingat, apabila berpuasa pada zahirnya perlu disertai bersama puasa pada batinnya. Ini kerana tidak sah zahir tanpa batinnya. Matlamat dari puasa ialah ketakwaannya bukannya lapar dan dahaga tu. Apa yang kita inginkan ialah puasa kita diterima oleh Allah Taala. Bukannya setakat mengetahui oo puasa aku mesti sah sebab dah cukup rukun-rukunnya. Itu hak Allah Taala samada Dia nak terima atau tidak puasa kita. Bukankah Rasulullah pernah bersabda; "Ramai orang yang berpuasa tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga."

Puasa batin ialah menahan diri dari sifat mazmumah iaitu sifat hati yang tercela seperti riak, takbur, hasad dengki dan sebagainya. Yang paling perlu dijauhi ialah syirik kepada Allah Taala kerana ia boleh membatalkan segala amalan malah boleh membatalkan keimanan kita.

Sama-samalah kita membaiki tahap puasa kita insyaAllah.

Imprint of Muhammad's seal used to stamp on le...Image via Wikipedia

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba