Ramadhan Kareem
Ramadhan Karim ertinya ramadhan mulia. Kita tak nak lah ramadhan je yang mulia. Orang pun nak juga mulia di sisi Allah Taala. Nak mulia di sisi Allah Taala kena puasa. Puasa kena lah sempurna dan cukup barulah puasa kita diterima oleh Allah Taala. Puasa yang sempurna tu bukanlah setakat cukup bilangan harinya tetapi puasa itu hendaklah puasa zahir dan batin. Barulah cukup puasa tu. Kalau puasa setakat zahir saja tak cukup tanpa puasa batinnya. Begitu juga kalau puasa batinnya saja pun tak cukup tanpa puasa zahirnya.
Menjelang raya ramailah yang ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Apa maksud maaf zahir dan batin tu? Sepatutnya tak perlu mohon maaf zahir dan batin andainya apa yang dipraktikkan di bulan ramadhan itu telah pun dipraktikkan di luar ramadhan. Tapi rialitinya tak lah macam tu. Ramai orang tak sedar akan kesilapan yang telah dilakukan. Sebenarnya bulan puasa ni adalah latihan. Amalan yang baik di bulan puasa sepatutnya dapat diteruskan di bulan-bulan yang lain. Barulah tercapai matlamat puasa tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan