Sabtu, Februari 09, 2013

Apa maknanya 'Pencacai' ?


Perkatan pencacai adalah perkataan baru. Semasa blog ini ditulis, ia masih belum terdapat dalam mana-mana kamus lagi. Sebab itu kalau kita cari dalam kamus bahasa melayu, kita tidak akan berjaya menjumpai maksud perkataan ini.

Berikut adalah soalan yang pernah ditanya terhadap Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (PRPM DBP) mengenai maksud pencacai.
(((Klik untuk zoom)))


Soalan 1 : 

Salam. Apa maknanya ' Pencacai' ? Daripada bahasa sukuan apa perkataan ini? Terima kasih.

Jawapan DBP :

Tidak ada maklumat tentang perkataan pencacai dalam pangkalan data kami. Berkemungkinan perkataan tersebut merupakan dialek dan hanya dituturkan dalam kelompok tertentu.

Soalan 2 :

Salam 1 Malaysia, Saya ingin meminta nasihat DBP tentang maksud perkataan 'pencacai' yg saya percaya kata dasarnya 'cacai'. Saya dapati akhir-akhir ini banyak orang menggunakan perkataan ini. Saya berharap pihak DBP dapat memberi maksud pencacai/cacai itu. Untuk makluman saya sudah cuba menggunakan khidmat PRPM DBP dalam talian namun gagal. Sekian.

Jawapan DBP :

Seperti yang tuan maklumi, perkataan cacai atau pencacai tidak ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanapun apabila sesuatu perkataan itu banyak dirakamkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat, perkataan itu akan dimasukkan sebagai entri dalam penerbitan kamus terbaharu. Maklumat ini akan disampaikan kepada Bahagian Perkamusan yang masih dalam proses penyusunan kamus baharu bahasa Melayu.

Jadi setakat ini tidak ada jawapan mengenai maksud pencacai kerana belum terdapat dalam kamus melayu. Namun begitu bukanlah bererti perkataan ini tidak membawa apa-apa makna. Apabila perkataan ini sering digunakan oleh orang ramai maka secara automatik ia akan menjadi suatu bahasa yang dipertuturkan oleh orang-orang melayu dan seterusnya akan direkodkan di dalam kamus bahasa melayu.

Berbalik kepada perbahasan dalam blog ini mengenai maksud "Pencacai".

Perkataan Pencacai ada hubung kait dengan politik juga. Sebabnya menjelang PRU13 baru perkataan ini mula muncul dan digunakan secara meluas di kalangan masyarakat siber. Sebelum ini jarang pula kedengaran perkataan ini digunakan.

Sebenarnya perkataan ini mula wujud setelah berlakunya perang saraf terhadap kumpulan politik masing-masing, contohnya UMNO dan PAS. Penyokong PAS/PR mula menggelarkan segelintir penyokong UMNO/BN sebagai pencacai sebelum penyokong UMNO/BN turut menggunakan perkataan yang sama terhadap penyokong PAS/PR.

Pada pendapat saya, pencacai dalam kontek perbincangan dan perdebatan sering membawa maksud seseorang yang merapu, tahu menentang sahaja tetapi tidak pernah menggunakan hujah yang betul, suka menjawab tetapi kosong. Apabila berhadapan dengan sesuatu isu, suka menyibuk tetapi sentiasa lari dari topik. Tidak pula menjawab persoalan yang dikemukakan.

Ini pada pendapat saya. Kita tunggulah jika perkataan ini dimasukkan dalam kamus dewan nanti, apakah makna yang akan diberikan.

Untuk difikirkan;

"Semakin ramai menjadi 'Pencacai' kerana semakin ramai yang bodoh berhujah".




9 ulasan:

Cik Nor berkata...

singgah bw

Icahbanjarmasin berkata...

Ziarah malam salam ukhuwah nice share my friend.

krazix berkata...

kenyataan pencacai perkataan baru adalah tidak tepat..
pencacai telah digunakan berpuluh tahun lamanya, merujuk kepada pekerja pengangkut najis.

Tanpa Nama berkata...

Penjelasan paling tepat, bukan cacai,pencacai...

ma_cai - budak (bahasa cina cantonese)

contoh:
Taiko (big brother, boss)
Macai (budak, pengikut taiko)

Tanpa Nama berkata...

Penjelasan paling tepat, bukan cacai,pencacai...

ma_cai - anak kuda (pawn dalam chess) maksudnya budak (bahasa cina cantonese)

contoh:
Taiko (big brother, boss)
Macai (budak, pengikut taiko)

btw, berlagak = lansi(cantonese) bukan langsi

Tanpa Nama berkata...

Pencacai tu maksud nya adalah tukang angkat tahi, seperti mana ia digunakan dalam filem P. Ramle dulu. Ianya bukan perkataan baru. Cuma sekarang ada yang nak memandai mengatakan ia perkataan baru dan maksud nya hanyalah berkaitan ngan politik jeeee.

Huzairul berkata...

P. Ramlee dah sebut lama dah

Tanpa Nama berkata...

org kedah dan penang mmg guna perkataan nie, contoh apa hang ingat aku pecacai hang ka? similiar ngan perkatan kuli tapi gred rendah

Mardiana berkata...

Cacai lebih kurang maksudnya mencaci, menyakiti, gangguan, kotoran. Yang hampir sikit dengan kata dasar bahasa Arab أَذًىۖ (Alif, Za, ya).

Disqus for Jalanan Hamba