Khamis, Disember 05, 2013

Cara untuk mengambil STAM di maahad kelolaan YIK oleh pelajar dari luar Kelantan

Baru-baru ini saya telah mendapat inbox dari salah seorang pelajar yang sedang belajar di salah sebuah sekolah agama di Pahang. Pelajar ini telah berminat untuk mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Maahad kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Menurut pelajar tersebut, beliau telah mengambil peperiksaan Sijil Menegah Agama (SMA) di sekolah asal beliau sewaktu di tingkatan empat dan telah mendapat pangkat Jayyid Jiddan.

Pertanyaan yang diajukan ialah bagaimanakah untuk mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Sekolah Menengah Ugama Arab / Maahad kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK)?

Jawapan:

Tujuan mengambil peperiksaan STAM ialah untuk membolehkan pelajar menyambung pelajaran ke universiti al-Azhar dan yang setaraf dengannya.

Syarat untuk mengambil peperiksaan STAM ialah;

1. Mesti mengikuti terlebih dahulu kurikulum Maahad Al-Bu'uth Al-Islamiah Al-Azhar. Ini adalah syarat yang dipersetujui antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Al-Azhar Al-Syarif, Kaherah, Mesir pada tahun 1999.

2. Telah mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau

3. Telah berumur 18 tahun pada 1 Januari pada tahun peperiksaan STAM diambil.

Antara sekolah yang telah lama mengikuti kurikulum Maahad Al-Bu'uth Al-Islamiah Al-Azhar ialah Sekolah Menengah Ugama Arab / Maahad kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK), iaitu bermula dari tingkatan satu lagi.

Di sekolah arab / maahad kelolaan YIK, peperiksaan STAM diambil ketika pelajar berada di tingkatan enam bawah.

Ada 2 cara untuk mengambil peperiksaan STAM iaitu samada sebagai calon persendirian atau sebagai calon sekolah.

Sebagai Calon Persendirian:

Sebenarnya STAM dikelolakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Borang pendaftarannya boleh diperolehi dan diserahkan di Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) terdekat. Calon boleh menumpang peperiksaan di mana-mana sekolah agama di Malaysia yang ada STAM sebagai calon persendirian.

Sebagai Calon Sekolah:

Sekiranya ingin belajar dan ingin menduduki peperiksaan STAM sebagai calon sekolah, urusannya akan dibuat oleh pihak sekolah.

Misalnya ingin belajar di Maahad Kelantan, maka kenalah tunggu di hujung tahun iaitu selepas menduduki SPM;

1. Ambil surat keluar dan isi borang yang berkaitan dengan pertukaran sekolah (jika perlu) di sekolah masing-masing.

2. Kemudian pergi ke Pejabat Yayasan Islam Kelantan Nilam Puri Kota Bharu Kelantan bahagian Hal Ehwal Murid. Bawa sijil-sijil yang berkaitan misalnya sijil SMU/SMA.

3. Buat permohonan kemasukan ke tingkatan 6 di Sekalah YIK atau kolej Yayasan Islam Kelantan yang baru di buka di Macang Kelantan.

Maklumat tentang Kolej Yayasan Islam Kelantan yang baru di buka;

http://yik.edu.my/blog/?p=78

Sekiranya berjaya boleh mula bersekolah di tingkatan enam bawah.

9 ulasan:

Unknown berkata...

Sekiranye..umur dah masuk 21 tahun, adakah masih layak ambik STAM.tp dulu background sy sekolah menengah biasa..beraliran sains je...

sherlina halim berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...

Assalamualikum. Sekiranya 2016 ni sya berumo 19thn, boleh sy mengambil stam ?

meera fuselle berkata...

Assalamualaikum,sy seorang pelajar kejuruteraan kimia di salah satu ipta tempatan. sy dulu tlh bersekolah d skola agama dan telah pun mduduki SMU.. Skrg, sy berumur 20 thun Dan sy mahu mduduki stam calon persendirian. Adakah sy masih layak?

meera fuselle berkata...

Assalamualaikum,sy seorang pelajar kejuruteraan kimia di salah satu ipta tempatan. sy dulu tlh bersekolah d skola agama dan telah pun mduduki SMU.. Skrg, sy berumur 20 thun Dan sy mahu mduduki stam calon persendirian. Adakah sy masih layak?

Unknown berkata...

Saya berumur 19 thun pd thun 2016 INI..kemudian sy nak amik stam Sbg calon persendirian..di mana sy perlu dapatkan cg sambilan untuk mengajar sy serba sedikit tntg subjek2 stam..sy tinggal di Kuala terengganu Dan memang nak amik calon persendirian..to long sy please.... =\

Unknown berkata...

Saya berumur 19 thun pd thun 2016 INI..kemudian sy nak amik stam Sbg calon persendirian..di mana sy perlu dapatkan cg sambilan untuk mengajar sy serba sedikit tntg subjek2 stam..sy tinggal di Kuala terengganu Dan memang nak amik calon persendirian..to long sy please.... =\

Eykqa berkata...

Assalammualaikum .
Saya nak bertanya kalau macam adik saya dia SPM aliran sastera maksudnya tak amik aliran agama , boleh ke mohon STAM ?
Terima kasih

Unknown berkata...

Kalau tingkatan 4 baru saya bersekolah di SMA..... Tapi tingkatan 6 nk ambil stam... Boleh ke?

Disqus for Jalanan Hamba