Khamis, September 03, 2009

Konsep aurat dalam Islam

Sesuatu yang hendak saya jelaskan di sini tentang konsep aurat itu ialah sesutu yang lebih luas lagi, bukanlah sekadar menutup bahagian-bahagian tertentu tubuh badan sahaja. Menutup bahagian-bahagian tertentu tubuh badan itu sudahpun diketahui umum had-had dan batasannya oleh kebanyakan masyarakat Islam.

Sebagaimana sedia maklum aurat lelaki ialah di antara pusat dan kedua lutut. Manakala aurat perempuan pula ialah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua telapak tangan. Seperti aurat yang telah ditetapkan di dalam sembahyang.

Ada pula ulama yang menjelaskan tujuan dari menutup aurat itu ialah supaya tidak mendatangkan fitnah. Justeru itu ada ulama yang berpendapat suara perempuan juga aurat dan ada juga ulama yang berpendapat seluruh tubuh perempuan itu aurat.

Yang jelas dan disokong oleh hadith dengan al-Quran ialah aurat seperti dalam sembahyang tu. Saya juga berpegang aurat itu ialah seperti yang dalam sembahyang tu. Walaubagaimanapun syariat menetapkan batasan aurat itu tentulah ada sebabnya.

Kemudian mengenai persoalan asal dalam tajuk ini ialah mengenai konsep aurat itu sendiri dan asal-usul aurat itu.

Mengikut apa yang saya belajar, maksud aurat itu ialah sesuatu yang mengaibkan. Dan tidak boleh ditonjolkan kepada orang ramai. Aurat itu pula bukan saja dengan cara melihat tetapi boleh berlaku dengan cara mendengar atau sebarang usaha untuk mengetahui keaiban orang lain. Kerana itu boleh menjatuhkan maruah seseorang.

Dalam rumah seseorang juga ada auratnya. Contohnya bila tuan rumah belum bersedia menerima tetamu, maka jika si tetamu melihat juga ke dalam rumah tersebut maka samalah seperti dia melihat kepada aurat seseorang. Kerana aurat seseorang bukan saja terletak pada tubuh badannya tetapi juga terletak pada rumahnya, biliknya dan sebagainya.

Mendedahkan aurat ertinya mendedahkan keaiban kita kepada orang lain.

Kafakiran juga merupakan aurat orang-orang Islam. Ini adalah sesuatu yang tidak dijaga oleh orang Islam. Kemiskinan kita janganlah sampai kita meminta sedekah daripada orang lain. Lebih baik kita berusaha mencari rezki yang halal daripada meminta. Rasulullah bersabda; Kaadal faqru kufran, كاد الفقر كفرا yang bererti hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran. Kekufuran di sini ialah tidak bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan Allah Taala kepada kita. Hampir-hampir di sini bermaksud hampir-hampir tidak percaya kepada Allah. Sentiasa merungut. Tidak berpuas hati dengan Allah.


Reblog this post [with Zemanta]

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba