Apabila masuk saja bulan ramadhan, kebanyakan sekolah mengambil langkah memendekkan sedikit waktu persekolahan. Kalau sebelumnya waktu persekolahan berakhir jam 2 atau 2 setengah tengahari, maka pada bulan puasa ini ia dipendekkan sedikit waktu pembelajarannya supaya para murid dan guru dapat pulang jam 1 setengah lagi. Kebanyakan sekolah mengurangkan 5 minit untuk setiap period waktu pembelajaran. Manakala waktu rehat pula dikurangkan sehingga 10 minit menjadikan waktu rehat hanyalah selama 15 minit shj.
Yang aku tahu ia berlaku di sekolah menengah sahaja. Waktu pembelajaran di sekolah rendah berjalan seperti biasa sebab waktunya dah pun pendek. Tujuannya yang aku nampak kalau guru perempuan dia nak balik awal sebab nak masak. Kalau guru lelaki tak tahulah pula apa tujuannya. Nak balik tidur kot, ataupun nak beli bahan-bahan untuk berbuka puasa. Tapi aku rasa sebab utamanya ialah kepenatan. Para pelajar dan guru lebih banyak berada dalam kepenatan jadi mereka nak balik awal untuk berehat. Itulah lumrahnya setiap kali menjelang bulan puasa.
--------------------------------------------
Mutiara kata: When someone asks you a question you don't want to answer, smile and ask,"Why do you want to know?"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan