Isnin, Disember 05, 2011

Berkhatan cara tradisional

Sebenarnya berkhatan cara tradisional ni telah mengalami beberapa variasi bermula daripada zaman dulu-dulu hingga ke zaman kini. Umpamanya cara berkatan zaman 60an dah tak sama dengan cara berkhatan zaman 50an. Begitulah seterusnya. Cuma apa yang boleh hamba ceritakan ialah melalui cakap-cakap dan cerita orang-orang tua. Hamba sendiri masuk khatan zaman 70an he he. Itu pun masih dikira zaman dulu kalau berbanding dengan zaman sekarang.

Zaman dulu sebelum berkhatan selalunya diadakan upacara mandi. Biasanya disuruh berendam di dalam sungai. Bila zaman dah agak moden sedikit, tidak ada lagi upacara tersebut cuma digantikan dengan upacara bersiram. Tujuannya ialah supaya kulit sejuk dan akan mengurangkan rasa sakit apabila dikhatankan.

Sebenarnya sebelum tibanya hari berkhatan, seminggu atau beberapa hari sebelum itu, tok mudim akan datang memeriksa kanak-kanak yang hendak dikhatankan. Tujuannya bagi memastikan kemaluan kanak-kanak tersebut tidak buta. Sekiranya buta, proses pelepasan akan dilakukan terlebih dahulu.

Dulu nak berkhatan ni kena ada batang pisang. Waktu hamba dulu, batang pisang dah tak digunakan lagi. Berdasarkan cerita orang yang lebih tua dari hamba,  batang pisang ni akan dijampi dan beras akan ditaburkan di sekeliling batang pisang. Tujuannya supaya acara berkhatan akan berjalan dengan lancar dan selamat.

Kanak-kanak yang hendak dikhatankan kemudiannya akan didudukkan di atas batang pisang tersebut. Lebihan kulit kemaluan yang hendak dipotong itu akan ditarik dengan penyepit khas tok mudim dan akan diletakkan di atas batang pisang. Kemudian tok mudim akan membaca doa-doa tertentu sebelum kulit tersebut dipotong dengan pisau khas.

Tidak ada ubat bius yang dilomor atau disuntik terlebih dahulu. Juga tidak ada jahitan selepas dikerat, cuma dibalut sahaja dan proses penyembuhan akan berlaku selepas seminggu. Syaratnya hendaklah menjaga pantang bagi mengelak dari bernanah. Memakan anak ikan haruan sangat baik bagi mempercepatkan penyembuhan luka. Makanan harian pula biasanya nasi dan ikan kering serta sayuran sahaja.

Sakit ke tidak berkhatan cara orang-orang dulu tu kena tanya orang dulu-dululah. Dengan teknik tradisional yang dilakukan mereka sebenarnya menyimpan banyak rahsia. Orang-orang dulu sememangnya lebih berani berbanding orang zaman sekarang. Orang zaman sekarang ternyata terlalu memanjakan diri betul tak?

Suasana berkhatan di kampung zaman dulu-dulu memang cukup meriah. Pakat ramai-ramai, buat pulut semangat dan kenduri besar-besaran tak ubah macam meraikan seorang pengantin.

5 ulasan:

Lai Qma berkata...

0h..klu zman skg g 0zpital jew,syap bg bius lg..

Panggil Aku Han berkata...

katanya sakit tapi sekejap..:)

Yastro berkata...

Hehehe....rasanya macam kene gigit semut jerrr...tp aku dulu berkhatan ngan cara hospital jerr...

KinosKoko berkata...

KAZEN2 AKU BESUNAT ARI TU..SEHARIAN NANGES..HOHO..TU ADA BIUS, KALO XDE, XTAU LA..HEHE

Jalanan Hamba berkata...

Tu la.. kanak2 sekarang memang manja.. ibu bapa pun sama, manjakan anak2. Tahun sudah aku terpaksa bawa anak buah pergi bersunat sebab bapaknya takut. Ha3... bukan anak yg takut tapi bapa yg takut. Katanya tak boleh tengok darah... he he macam2...

Disqus for Jalanan Hamba