Jumaat, April 01, 2011

Tempat-tempat menarik di Bachok

Kedudukan Bachok terletak kira-kira 25 kilometer dari timur Kota Bharu dan ianya merupakan salah satu tempat peranginan yang masyhur di Kelantan.  Ia memiliki pesisir pantai yang indah dan sentiasa dikunjungi ramai pada hujung minggu.

Di antara tempat-tempat menarik di Bachok ialah;


1. Pantai Irama Bachok

Sunrise @ BachokImage by deqalb via FlickrLokasinya terletak di pinggir Bandar Bachok. Banyak kemudahan yang disediakan di kawasan ini seperti gerai jualan, tandas awam, surau, wakaf, tempat letak kerata, dataran, tempat menyalin pakaian dan taman permainan kanak-kanak.

Kemasyhuran Pantai Irama Bachok sudah tidak asing lagi bagi penduduk Bachok dan penduduk di Kelantan amnya. Pantai Irama Bachok seringkali dijadikan tempat mengadakan pesta dan pelbagai acara keramaian yang lain.


2. Pantai Kemayang

Sumber:: http://ptjb.kelantan.gov.my
Pantai Kemayang terletak di daerah Kemasin, iaitu kira-kira 5 km dari Bandar Bachok. Kemudahan yang disediakan adalah seperti tandas awan, surau dan juga gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan seperti makanan barasaskan makanan laut dan juga masakan panas.

Keistimewaan Pantai Kemayang ialah ianya mempunyai pemandangan yang amat menarik dan sesuai dikunjungi oleh pelbagai golongan masyarakat.


3. Pantai Pengkalan Petah

Sumber: http://www.mdbachok.gov.my
Pantai ini Terletak didalam Daerah Perupok dan bersebelahan dengan Pantai Kemayang. Ia merupakan sebuah jeti pendaratan ikan yang utama bagi Daerah Bachok.

Pantai ini sering dikunjugi bagi mendapatkan bekalan hasil laut yang segar dan murah.

Suasana di sini cukup menarik memperlihatkan kehidupan masyarakat nelayan disepanjang jeti pendaratan ikan. Di sini juga disediakan kemudahan-kemudahan seperti gerai-gerai yang menjual makanan dan minuman kepada pengunjung.


4. Pusat Sumber Kandis

Sumber: http://www.mdbachok.gov.my
Lokasinya terletak di Kampung Kandis iaitu kira-kira 13 km dari bandar Bachok. Untuk ke Kampung Kandis perlu melalui jalan Tok Bali.

Keunikan Pusat Sumber Kandis ialah di sini banyak menyimpan khazanah seni ukiran Melayu yang berorientasikan seni langkasuka seperti batu nisan kubur, rehal, mimbar, hiasan dinding, senibina masjid dan istana daripada pengaruh pantai timur Malaysia dan Patani, Thailand yang unik dengan motif-motif tersendiri.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila berkunjung ke Portal Rasmi

Majlis Daerah Bachok di alamat seperti berikut;

http://www.mdbachok.gov.my

Pejabat Tanah dan Jajahan Bachok

http://ptjb.kelantan.gov.my
Enhanced by Zemanta

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba