Jumaat, Jun 03, 2011

Tahun 2011 antara ramalan Fengshui dan kenyataan

Aku ada terima mesej dari seorang kawan yang memperkatakan tentang fengshui 2011 (Tilik nasib cina tentang tahun 2011). Aku tidak mahu mengulas, lebih-lebih lagi menceritakan tentang ramalan itu iaitu tentang tahun kekayaan dan syarat-syarat untuk mendapatkan beg kekayaan. Aku tidak mahu berkongsi tentang ramalan itu. Tapi kalau kau orang hendak mengetahui juga, kau orang gelintarlah di tempat lain. Yang aku hendak berkongsi di sini ialah tentang fakta angka yang berlaku pada tahun 2011.

Menurutnya pada tahun 2011 kita mengalami 4 tarikh yang jarang berlaku dalam setahun iaitu 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11 dan 11/11/11.

Selain itu ialah fakta yang berlaku pada tarikh lahir setiap orang. Cuba ambil 2 nombor terakhir tahun kita dilahirkan dan tambah dengan umur kita pada tahun (2011). Keputusannya ialah 111 buat semua orang.

Selain itu, pada bulan Oktober 2011, terdapat 5 kali hari ahad, 5 kali hari isnin dan 5 kali hari sabtu. Ini hanya akan terjadi sekali setiap 823 tahun.

Okey cubalah periksa sendiri tentang fakta ini. :)

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba