Khamis, Oktober 13, 2011

Keindahan Pelangi





Merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Itulah warna-warna pelangi.







Pelangi ini tiba-tiba muncul kat depan rumah aku. Walaupun pelangi ni nampak kecil sahaja tapi aku puas hatilah sebab gambar ni aku sendiri yang ambil.








Susah sebenarnya nak tangkap gambar pelangi ni. Pelangi bukannya selalu muncul di langit. Ketika hujan panas pun belum tentu dapat melihatnya. Sekali terlepas entah bila pula dapat melihatnya.







Pelangi selalunya dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkong. Menurut kajian sains ia dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titisan air di udara.

3 ulasan:

Kho Ara berkata...

cantikkk

✿ Myra ✿ berkata...

pelangi mmg cantik. tengok lelama pun tak puas lagi. heee..dulu blaja sains, cikgu nak suruh bg senang igt warna2 pelangi, dia suruh hafal ayat ni
"michael jackson kena halau balik india utara"

"merah jingga kuning hijau biru indigo ungu"

walaupun lawak, kitorg terus igt warna2 pelangi sampai skng. hehe.

Jalanan Hamba berkata...

waktu ambo blaja dulu, warna indigo disebut nila. Jadi ayat hok ambo hafal ialah;

"Mat Janggot ke hutan bawa nasi ulam."

"Merah jingga kuning hijau biru nila ungu"

Senang kan...

Disqus for Jalanan Hamba