Panduan membaca
Artikel agama di internet
Dewasa ini terlalu banyak artikel-artikel agama dan info Islam yang boleh didapati di internet sama ada melalui laman web atau blog. Di antara info-info Islam yang berlambak itu, aku mendapati ada yang ditulis sendiri, ada juga yang dicopy paste dari berbagai tempat lain di internet untuk tujuan bloging dan sebagainya. Tidak kurang juga ada yang menulis artikel agama dengan merujuk kepada buku-buku agama. Semua ini pada dasarnya merupakan perkembangan yang positif terhadap penyebaran agama Islam. Alhamdulillah.
Tetapi sesuatu yang aku kira agak penting juga diketahui umum di sini iaitu berhati-hatilah ketika membaca dan menerima artikel-artikel agama dari web atau blog. Sebab kita tidak tahu sejauhmanakah kebenaran maklumat-maklumat tersebut. Perkara ini tidak boleh dianggap remeh kerana info yang salah boleh menyebabkan penerimaan konsep dan amalan yang salah di kalangan masyarakat siber.
Di sini ada panduan yang begitu mudah untuk para pembaca menilai artikel-artikel agama. Panduan yang sememangnya sudah tepakai untuk sekelian lama sebelum kemunculan zaman siber lagi.
1. Pastikan setiap info disokong oleh dalil.
Dalil ialah bukti yang mengesahkan info tersebut.
2. Pastikan dalil yang dibawa untuk mengesahkan info tersebut memang benar-benar berkaitan dengan info yang diperkatakan.
Itulah saja 2 perkara asasnya.
Dalil/bukti secara umumnya terbahagi dua iaitu bukti secara nas dan bukti secara musyahadah.
Bukti secara nas ialah info yang dibawa itu disokong secara qias atau ijmak ulamak atau disokong oleh hadith ataupun al-quran.
Manakala bukti secara musyahadah ialah info yang dibawa itu memang dapat disaksikan secara jelas di depan mata atau disokong oleh peristiwa atau rialiti yang benar-benar berlaku. Dalam ertikata lain ia dipanggil dalil nyata.
Tujuan bukti ialah untuk keyakinan bahawa sesuatu maklumat itu benar-benar sahih dan datangnya daripada Allah dan rasul.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan