Selasa, Oktober 01, 2013

Kenaikan 20 sen tu berapa peratus?

Kenaikan 20 sen tu berapa peratus? Tak pernah kira ke?  Ini penting agar kita tidak tertanya-tanya kenapa gaji kita untuk sebulan semakin kurang bakinya (ballance). Bagi yang belum kira lagi tu, mari kita kira agar kita tahu berapa penambahan kos untuk minyak kenderaan kita sebulan.

Harga asal ron 95 ialah RM 1.90 naik 20 sen. Peratus kenaikannya ialah;

0.2/1.9 X 100 = 10.53 peratus.

Oleh kerana jarak rumah saya dengan tempat kerja jauh sedikit maka kos minyak kereta untuk saya ulang alik ke tempat kerja saya dengan dicampur pergi situ sini ialah RM 500 sebulan. Setelah harga minyak petrol ron 95 naik 10.53 peratus maka berapakah peningkatan kos untuk minyak kereta saya?

10.53/100 X 500 = 52.63

Peningkatannya adalah sebanyak RM 52.63 sebulan.

Sebagaimana sedia maklum, kesan kenaikan harga petrol akan menyusul pula kenaikan berbagai barangan keperluan lain. Maka pertambahan kos perbelanjaan bulanan tidak hanya terhenti kepada minyak petrol semata-mata. Jadi di sini ballance yg surut bukanlah RM 52 malah lebih daripada itu.

Bagi yang masih ada ballance tidak menjadi masaalah. Tidakkah kita terfikir bahawa di luar sana ramai yang mempunyai pendapatan bergaji bulanan yang cukup-cukup untuk sebulan. Mereka tidak ada ballance.

Apa akan jadi kepada mereka apabila berlaku kenaikan harga minyak dan harga barang. Mereka terpaksa berbelanja lebih untuk sebulan sedangkan sebanyak itu sahaja wang yang mereka ada. Perbelanjaan mereka mengalami defisit. Dalam ertikata lain, setiap bulan mereka terpaksa berhutang dan hutang mereka sentiasa bertambah.

5 ulasan:

Affy Afiqah berkata...

Betul tu, barang-barang lain juga banyak yang dah naik harga. Memang sekarang belum bekerja kerana masih belajar, tetapi sedikit sebanyak terasa juga kesempitan wang sebab duit banyak habis pada minyak, barang-barang lain dan tak dapat menyimpan.

Sally Samsaiman berkata...

sgt terasa la dgn kenaikkan minyak...yg automatic jd kan harga brg2 pun naik -___-'

Unknown berkata...

memang terasa sangat2 huhu, kalau naik lagi x tau nak ckp ape dah

Lieya Von Jay berkata...

memang sangat membeban kan wlopon hnya 2kupang~

Unknown berkata...

kalo udah naik sudah di pastikan tidak bisa turun lagi

Disqus for Jalanan Hamba