Sumber Asal:
Tak banyak... Lebih kurang 600 muka surat sahaja. Laporan Ketua Audit Negara ini ditulis bersama analisis angka yang berupa fakta dan bahan bukti bergambar. Boleh muat turun dalam format pdf melalui link seperti yang tertera di atas.
Berikut adalah ringkasan sebahagian daripada laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2012;
- Kempen Kementerian Kesihatan di Facebook dan Twitter = RM 320 000
- Kontrak keselamatan 35 sekolah tak memuaskan. = RM 2.051 billion
- PDRM hilang 156 gari, 44 senjata api, 29 kenderaan, 25 walkie talkie dll = RM 1.33 juta
- Pembekalan makanan tamat tarikh luput TLDM kerajaan rugi = 34.5 juta
- Kempen 'bodoh' Kementerian Kesihatan untuk Perokok. Bahan kempen tidak boleh digunakan kerana bahasa yang digunakan tidak sesuai dan berlaku kesilapan ejaan. Rugi = RM 38,750
- Kastam beli 7,659 pasang kasut yang tak sesuai. Tak boleh diguna & rosak dalam stor = RM 600,000
- Jumlah jam penerbangan pesawat PDRM tidak memadai dengan kos pembelian = RM 175 juta
- Pangkalan Udara JBPM (Jab. Bomba & Penyelamat Malaysia) Bertam rosak = RM 43.56 juta
- Khazanah Nasional Berhad beli 55 lukisan hanya untuk disimpan, tidak dipamer = RM 3.05 juta
- JKR gagal tuntut bayaran dari bank/syarikat insurans bagi 3 projek dimansuhkan. = RM 4.89 juta
- Perbelanjaan untuk Hari Belia Negara 2012 (termasuk bayar K-P0p RM 1.6 juta) = RM 2.94 juta
- Pembayaran tidak wajar Projek Malaysian Emergency Response Serv. (MERS) 999 = RM 13.54 juta
- Kem. Penerangan bayar Program School Children /Student Kits yang tidak wujud = RM 3.19 juta
- RTM beli 20 jam dinding pada harga RM 3,810 tiap satu (harga pasaran RM 100) = RM 72,600
- Perbezaan harga CCTV di 4 kolej Komuniti - RM 35,350; RM 139,200; RM 281,249 dan RM 144,900
- Kos projek pembentungan di Seremban, meningkat daripada RM 81.45 juta kepada RM 121.65 juta
- Tiada tindakan 51 ahli lembaga pengarah syarikat ada 155 kes tunggakan cukai = RM 35.39 juta
- K.Penerangan bayar tuntutan sem/lawatan luarnegara tanpa dokumen sokongan = RM 3.34 juta
- Tiga syarikat penyelenggara 64 bangunan Persekutuan dibayar = RM 1,447 billion setahun
- Projek naiktaraf airport K.Kinabalu Sabah dilanjutkan tempoh, kos tambahan = RM 19.77 juta
- K.Penerangan bina sistem Phonecall Emer. Service via 999, rundingan terus = RM 801.55 juta
- LKIM Jual Diesel Pada Harga Salah, Kerajaan Tanggung Kerugian = RM 8.14 Juta
- KWAP labur dalam TdC rugi = RM 209.55 juta
- RTM beli sebuah Scanner A4 pada harga RM 14,670 (Harga pasaran = RM 200 iaitu 7,235% melebihi harga asal) tetapi Scanner tersebut tidak digunakan kerana Pegawai Aset tidak tahu pun benda tu ada. Rugi = RM 14,470
Dan banyak lagi ketirisan, penyelewengan, pembaziran dan kerugian yang berlaku dalam urustadbir kerajaan persekutuan dewasa ini. Yang jelasnya rakyat yang perlu menanggung segala pembaziran dan kerugian ini.
# Lihat juga; Sebenarnya Harga minyak tidak perlu dinaikkan pun... (#Subsidi minyak tidak perlu dihapuskan pun...) next entry... Kerajaan tak perlu pun menaikkan harga minyak atau mengurangkan subsidi minyak
4 ulasan:
banyak sungguh depa main dt ,, hurm!
ni nak naik harga gula dgn tepung pula -___-
ayoyoyo.. kesiann nya :(
tula..dulu ade yg ckp ms minyak naik.."ape sgtla 20sen..tu pun nk kcoh..tp niela sbbnye kecoh..mnyak pnye hal..smua bnda nk naik harga jugak.. -_-
Catat Ulasan