Jumaat, Oktober 18, 2013

Kerajaan tidak perlu pun menaikkan harga minyak atau mengurangkan subsidi minyak

Tujuan kenaikan harga minyak (opss maaf.. tujuan mengurangkan subsidi minyak) adalah untuk menampung bebanan kewangan yang ditanggung oleh kerajaan. Kalau itulah sebab dan alasannya maka kerajaan sebenarnya tidak perlu pun menaikkan harga minyak atau mengurangkan subsidi minyak.

Sepertimana yang kita sedia maklum, begitu banyak ketirisan dan penyelewengan yang berlaku pada jabatan-jabatan kerajaan seperti yang telah dilaporkan oleh Ketua Audit Negara untuk tahun 2012. Jika kerajaan dapat menghapuskan atau mengurangkan ketirisan dan penyelewengan yang berlaku sudah tentu bebanan kewangan yang ditanggung kerajaan dapat dikurangkan.

Sila baca entri yang lalu (Ringkasan Audit 2012) bagi melihat sebahagian angka-angka yang berkaitan dengan jumlah kerugian yg dialami kerajaan akibat ketirisan dalam pengurusan kerajaan.

Jumlah ketirisan / kebocoran berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara untuk tahun 2012 = RM6.5 bilion.

Manakala "Penjimatan" subsidi minyak dari kenaikan harga petrol & diesel = RM3.1 bilion.

Anda pandai mengira tak?

Jadi kerajaan sebenarnya tidak perlu pun menaikkan harga minyak atau mengurangkan subsidi minyak. Jika kerajaan berjaya memastikan tidak ada ketirisan dan penyelewengan di jabatan-jabatan kerajaan, maka berapa banyak perbelanjaan boleh dijimatkan dan dengan ini sudah tentu tidak timbul lagi masaalah bebanan kewangan yang ditanggung oleh kerajaan.

Kenapa rakyat yang perlu menanggungnya apabila kenaikan harga minyak dan harga barang terpaksa dilakukan bagi mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh kerajaan???

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba