Rabu, Januari 05, 2011

Silat Zulfatah atau Zulfaqar

Pedang Zulfaqar (Gambar Hiasan)

Silat ini boleh dikategorikan sebagai silat yang ada unsur kebatinan juga macam seni silat jurus batin tapak suci.

Bagi mereka yang baru pertama kali mendengar tentang seni silat jurus batin tapak suci, eloklah terlebih dahulu membaca post tentang seni silat tersebut sebelum membaca post ini. Ini kerana ada kesinambungan di antara 2 silat ini. Klik Sini untuk membaca tentang seni silat jurus batin tapak suci.

Zulfatah atau zulfaqar, kedua istilah ini adalah sama cuma perkataan zulfaqar itu mengambil sempena nama pedang sayyidina Ali.

Amalannya pun hampir sama Cuma dalam zulfatah terdapat beberapa penambahan dalam bacaannya dan susunannya. Seperti doa narbut (nubuwwah), hamba pun dah tak pasti samaada dalam TS atau Zul, biasanya selepas mengamalkan amalan TS atau amalan Zul, diamalkan pula doa narbut. Doa narbut juga boleh diamalkan pada bila-bila masa yang dikehendaki. Sebab ia adalah doa.

Bagi mengelak salah faham, ingin hamba katakan bahawa tujuan entri ini bukanlah untuk mengkritik mana-mana ilmu persilatan terutama TS atau Zul, malah hamba pernah mengamalkan kedua-duanya. Tujuannya tidak lain adalah untuk mengetahui sejarah dan perkembangannya dan bukan untuk melaga-lagakan kedua pengamal persilatan ini.

Tidak banyak entri yang hamba dapat sampaikan, cuma mengharapkan maklum balas dari pembaca untuk kebaikan bersama. Wallahuaklam...

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

silat zulfatah diasaskan oleh salah seorang murid tua tapak suci dari gelanggang kok pasir tg mas. dalam kata lain zulfatah adalah tapak suci yang diubahsuai.

zuan berkata...

Zulfatah dengan tapak suci tidak sama..ia dr sumber berbeza..para pengamal zulfatah harus sedar bahawasanya persilatan zulfatah adalah berbeza dr tapak suci kerana guru zulfatah adalah pokmin n pokya manakala guru tapak suci pula adalah tokwan yusof n tokwan daud ( arwah) dan gelanggang yng pernah dlawati oleh arwah pakcik aswan ialah gelanggang tanjung chat sahaja..jd sini jelaslah 2 entiti bebeza walaupon mempunyai matlmat yg sama..disini sy rase ahli2 zulfatah harus akur dan menerima cerita yang sebenar. untuk ahli zulfatah boleh terus menghubungi pakcu di t.merah dan ahli tapak suci gelanggang lame masih beroperasi dan cuma kuantitinya dalam bil yang kecil.. matlamat pembelajaran silat bukan utk mencari siapa2 pemilik asal dan siapa yng sebenar atau gelanggang yng maner yng haq jikalau di selusuhi hadis nabi menuntut ilmu adalah wajib dan jauhi sifat riak dalam menuntut ilmu dan juga hindari drpda takkabur yg mnjerumus kite kpada sifat sombong yng menyebabkan iblis laknatulluh dilaknat

zuan berkata...

tiada yang hebat di alam ini kerana alam ini milik Allah yang maha berkuasa kerana Allah yang Maha Hebat, Maha Berkuasa, Maha Besar...Kita makhluk harus sedar tiada yang hebat selain dr Allah SWT.kita harus sedar bhwasanya kita lemah dan dciptakn Allah semata2 beribadat kepadaNya walaupon kite bersilat boleh terbang melepasi pokok kelpa dan menghaibkan dr kita secara tiba2 didalam gua semua itu tidak berguna jikalau Allah ta'ala menghantar angin merah merempuh segla urat saraf ddalm badan dr pesilat td....renung2kan la....

Tanpa Nama berkata...

Memang tapak suci x sama dgn zulfatah kerana guru lainlain. Tetapi Abe Min dan Abe Ya Kok Pasir asal murid tua Tapak Suci bersama Wan Daud dan Wan Yusof Tg Chat atau Padang Bongor.

Illanie Ishak berkata...

Salam,

Dinda ingin memperlahankan rentak perdebatan antara zuan dan Anonymous sebelum bermulanya pertikaman lidah di sini. Hormati pemilik blog yang menyediakan kepada saluran dan wadah untuk berkongsi maklumat.

Dinda mencelah kerana dalam banyak-banyak entri berkenaan Tapak Suci yang dinda lawati, samada dari blog ini, atau beberapa blog lain, belum ada walau sedikit unsur untuk berdebat dan merendah-rendahkan perguruan lain. Dinda juga ada pendapat tersendiri berkenaan Zulfatah.

Apa yang dinda harapkan, berbicara dengan baik, zahirkan rujukan dan sumber yang benar, hormati guru-guru, hormati ilmu yang dimiliki. Kerana dari Allah juga kita pohon dikurniakan Ilmu Pengetahun Berjihad yang diredhainya kan?

Bagi dinda, apabila kita bermula dengan sesuatu perkara, jangan dilupakannya, kerana suatu hari nanti, kita akan bertemunya kembali.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih Ilani. Bukan nak berdebat cuma menyatakan fakta, jauh sekali utk menghina. Fakta penting agar tahu asal usul dan susur galur. Soal nak pilih yg mana itu hak masing2.

Tanpa Nama berkata...

Aslkm, betul tu, kita bukan kearah untuk merendahkan sesiapa,..Sebenarnya dlm mencari asal usul, dari mana, siapa yang terima amanat/ijazah awal dari sumber (Dr Arwah Pokcik Aswan dan juga Arwah Pokcik Muin )( Geylang Singapura).

Seingat Sy ada 4 Orang Guru awal ( Dr Kelantan, apa yang diberitahu oleh arwah pokcik Aswan di Singaura.. Di Rompin juga ada guru awal..sy tak ingat dah..)

Jd pada pandangan sy, mungkin kita boleh menyusuri melalui YB U Nik Amar, Abg Aziz @ sesiapa lg yang mungkin dapat memberi jawapan yang lebih tepat..

Silat Zulfaqar ini..setahu saya diujudkan oleh Arwah Abe Min ( Yang dulunya Guru mengajar Tapak suci), disebabkan ada salah faham mungkin.)

So, dalam mencari titik untuk kesatuan ini, maka kita perlu menyusurinya..bagi mengembangkan Kebathinan Tapak Suci, seperti yang Diamanahkan. Al-Fatihah Untuk Guru-guru Kita.

Illanie Ishak berkata...

Alhamdulillah, input yang diberikan semakin baik dengan nama-nama yang disebut seperti Pakcik Aswan (A) & Pakcik Muin (A) yang pada pendapat dinda bertanggungjawab membawa Tapak Suci ke Malaysia.

Insya-Allah sedikit masa lagi kita dapat mengumpulkan satu rentetan sejarah bagaimana Perguruan Seni Tapak Suci ini boleh sampai ke Malaysia khususnya di Kelantan. Dinda sendiri dan tentunya kita semua juga berminat mendapat input-input dari Perguruan Tapak Suci dari luar Kelantan.

Kepada yang mungkin mengenali dinda, mungkin ruangan terbuka di Internet tempat terbaik untuk berinteraksi. Tak termohon izin Kekanda dinda (Pendekar jugak ni ha) rasanya untuk didedahkan identiti. Belum bersedia. Maaf.

Untuk dikongsi bersama:

1. http://www.tapaksuci.net

Web terbaru berkenaan Tapak Suci yang dinda sebut tempoh hari. Nampak sesuai untuk dijadikan tapak berkumpul. Dinda daftar arini Insya-Allah.

2. http://nuras-syifa.blogspot.com/2010/11/sejarah-tapak-suci-dari-salah-satu.html

Sejarah yang lagi awal sebelum tiba di Nusantara / Warisan Wali Songo

3. http://202.190.177.17/viewthread.php?tid=144007&rpid=31755792&ordertype=0&page=8#pid31755792

Tengok No. 184 (No komen)

4. Serta tidak lupa:

muridguru.blogspot.com
pukulan-clans.blogspot.com
silattapaksuci.blogspot.com

Dan semua yang mengorbankan masa di alam siber ini untuk memartabatkan Perguruan Seni Tapak Suci.

Nota: Maaf, kebelakangan ini dinda bersemangat setelah sekian lama intai-intai pasal Tapak Suci ni rentetan keluarnya beberapa orang yang memberikan input yang selama ini dinda harapkan. Maaf juga kepada pemilik blog (Ustaz Ayie) kerana memasukkan beberapa web lain di sini / Keluar dari topik / Acting macam blog ni dinda yang punya.

Tanpa Nama berkata...

Zulfatah diasaskan oleh Abe Min Kok Pasir, Tg Mas. Gelanggang utamanya Kok Pasir. Selepas Abe Min meninggal, gelanggang utama beralih ke Chicha, K.Kerian dikendali oleh salah seorg murid kanannya. Status kini xpasti masih berjalan atau x

Tanpa Nama berkata...

Salam.... Gelanggang di Chicha (depan stesen minyak SHELL) diasaskan oleh sahabat seguru saya yang bernama Kamarulzaini, beliau pada awalnya murid kepada Abe Kar Kubur Maras, Langgar, dan dengan saranan Abe Kar beliau juga telah mengambil Abe Min (murid tua)Kok Pasir, sebagai guru demi menambah ilmu dan pengalaman.Dari ketekunan dan komitmennya yang tinggi beliau telah mendapat ijazah wakil guru dari kedua-dua guru ini. Abe Min (murid tua) dan Abe Kar adalah di antara beberapa orang murid awal kepada pengasas Tapak Suci di Kelantan iaitu Pak Cik Ya Kok Lanas yang menerima Tapak Suci pada awalnya daripada Tok Awang Bukit batil dan kemudian mendapat ijazah sebagai wakil guru daripada Pak Aswan dan Pak Muin, beliau ketika itu masih bertugas sebagai askar dalam unit JKR. Abe Ya kemudian bertugas di Kem Pengkalan Chepa dan mengajar kepada beberapa orang murid yang akhirnya menjadi guru utama Tapak Suci di Kelantan, sehinggalah mendapat kunjungan daripada Pak Aswan dan Pak Muin sebagai simbol perasmian bermulanya Tapak Suci di Kelantan. Al - Fatihah kepada pengasas, wakil-wakil guru dan murid-murid tua Kebatinan Tapak Suci di Kelantan, Abe Ya, Abe Min, Tok Wan Daud, Tok Wan Sof, Tuan Guru Ustaz Pak Nik Lah, Abe Ya Thunder, Tok Wan Tanah Merah dan sesiapa saja yang saya kenal atau lupa baik yang sudah meninggal ataupun masih ada.... terima kasih di atas jasa-jasa anda semua. Al - Fatihah....

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah,.ini suatu input yang bagus,dan insyallah, kita akan mengumpulkan semua maklumat ..dalam usaha untuk mengembangkan TS ini.

Tanpa Nama berkata...

Slmkm, Elok rasanya kita tengok- tengok tapaksuci.net, bagi yang telah mewarisi TS ini,.

Tanpa Nama berkata...

Slkm, pertanyaan ...siapakah tok Awang Bukit Batil..Boleh sesiapa jelaskan..

Tanpa Nama berkata...

salam sy antara pengamal TS..sy tngah mncari susur galur TS..ada sape yang tau pasal tok awng bukit batil...

-adiputra-

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum semua,
ingat ko Tuhan belako weh. hehe. orang luar dok suka nuh kita balah. bagi ana, puak2 kita tak kiralah tapak suci ko, zulfatah ko, walaupun tak sama, sebab titih lari, kita ada dan akan jumpa titik persamaan. ana nak tengok benar dua perguruan ni boleh bertaut kembali, walaupun tidak bersatu. sekali setahun tak apa dah, macam kita balik kampung sambut hari raya. hehe

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum,
kalu bulih, wakil2 guru semua perguruan atau gelanggang yang bertaburan seperti di tg chat,di panchur, di cicha, di tanah merah, di bachok, atau di mana saja, mungkin jugak yg kita belum sebut, yang hanya melihat dari jauh dgn sedih iaitu waris keturunan pak cik aswan dan pakcik muin, kalau ada - dapat bertemu muka duduk semeja berbincang secara sepakat, untuk ambik yg jernih dan buang yang keruh. jangan sampai Allah mengambil dan menarik semula ilmu yang dikurniakan ini. Allahu Akbar.

Tanpa Nama berkata...

wslm, itu yang sedang diusahakan, cuba g ke tapaksuci.net, dan dapat menyumbang sedikit sebanyak maklumat.

Tanpa Nama berkata...

kembali pd yng haq...kalu pakai kete wira jangan dok uboh jd bmw..yng asal dpertahankan...

Tanpa Nama berkata...

Seingat saya jika tidak silap, Silat Zulfatah bukan daripada Tapak Suci tetapi ianya merupakan silat yang dipelajari oleh Arwah Pak Moin dari salah seorang murid Kiyai Saleh yang menjadi pewaris Selendang Merah di Johor sebelum Tapak Suci datang ke Singapura. Memandangkan Arwah Pak Moin abang kepada Arwah Pak Aswan maka Pak Aswan bertukar ilmu dengan abangnya. Tapak Suci didatangkan ke Singapura melalui seorang Tua dari Tanah Jawa yang memilih Arwah Pak Aswan sebagai pewarisnya kerana terpikat dengan keperibadiannya dan mengamanahkan ilmu untuk disebarkan berdasarkan ramalan beliau bahawa akan berlaku sesuatu musibah kaum yang membawa kepada pertumpahan darah yang akan tercetus di Tanah Melayu dan Singapura. Oleh itu bolehlah kita katakan bahawa Tapak Suci dan Zulfatah merupakan ilmu antara adik dan abang dan marilah kita usahakan agar pertalian tersebut akan terus bersambung ibarat air dicincang tak kan putus....

Tanpa Nama berkata...

kisah kat atas tu banyak diperdebatkan ttg tapak suci...zulfatahnya kurang..nak tahu juga ni..

Illanie Ishak berkata...

Cadangan dan artikel terakhir dinda berkenaan Zulfatah, dan sebagai menyampaikan hajat utama artikel ini ditulis bagi mengetahui sejarah dan perkembangannya dan bukan untuk melaga-lagakan kedua-dua perguruan ini, maka seeloknya diadakan beberapa perjumpaan tertutup antara kedua-dua perguruan. Jemput wakil kedua-dua perguruan, mungkin Ustaz Ayie sendiri bleh jadi orang tengah kerana menerima kedua-dua perguruan ini secara terus. Dinda percaya, pengamal mana-mana perguruan ini berilmu dan mengamalkan kehidupan Islam sebaiknya serta tinggi budi bahasa justeru tiada masalah perjumpaan mesra ini diadakan bagi mengembangkan perguruan masing-masing dan berkongsi sejarah. Salinan cadangan ini akan diutarakan juga di forum tapaksuci.net.

Tanpa Nama berkata...

illani ishak- bukan masalah melaga2 r baloh..memperbetolkan anggapan yang mengatakan zulfatah pelengkap tapak suci. bukankah zulfatah ada penambahan dr segi amalan n jurus dr tapak suci? bukan bermakna sy bersifat ortodok mengatakan tidak boleh berkembang tapi yang asal dpertahankan itu sanad apa yg sy terima jd ini bermakna kedua-duanya identiti yang berbeza tiada melengkap antara 1 same lain.

bagi sy cadangan utk perjumpaan tertutup kedua-dua belah pihak amat baek dan dialu2kan. lebih baek lagi jika dibuat perjumpaan terbuka utk mengeratkan silaturrahim antra 2 pihak. orang2 islam itu bersaudara...tiada yang hebat hanya Allah wallahualam...-ambo budak baru bajar-

Tanpa Nama berkata...

salam ukhuwwah fi sabilillah...untuk pengetahuan...Pertubuhan Seni Silat Zulfatah beralih gelanggang selepas pemergian Arwah Abe Min...dan sekarang bertempat di Padang Kala...Untuk maklumat lebih lanjut tengok kt Facebook/Pertubuhan Seni Silat Zulfatah...Pasal Susur galur tu kena tanya Setiausaha Kehormat Zaidi PSSZK(FB)...

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...
Saya Zaidi(PSSZK)salam ukhuwwah islamiah utk semua, salam perguruan Zulfatah n Tapak Suci di hulurkan....
Jika anda org yg berhati lapang ada masa hubungi saya 0139853056.
Saya pemegang amanah dan wasiat Pertubuhan Seni Silat Zulfatah.
Kepada saudara seperguruan samada Zulfatah atau Tapak Suci telah membuka "Gelanggang Utama Zulfatah" di Kg Chica Kubag Kerian,,anda dialu-alukan menghubungi saya atas dasar PERSAUDARAAN ISLAM DAN PERSILATAN dan salam ingin berkenalan diucapkan.
LILAAHI TA'ALA...janganlah berdebat dan mengeluarkan kata-kata yg negatif di sini.
WASSALAAM.

Tanpa Nama berkata...

ANA ZAIDI (PSSZK)
Ahli persatuan ingat-ingatlah pesananku..selepas daripada Allah...dan RasulNya

Muallij Suryani berkata...

Assalaamualaikum w.t.h.
saudara dan saudari seagama, samada PSSZK atau TS dengan rasa rendah hati menjemput saudara saudari kemajlis khatam PSSZK pada 28 Julai bertempat di Gelanggang Pdg Kala. Diharapkan dengan kehadiran saudara saudari dpt memeriah suasana, merapatkan ukhuwwah islamiah, menyemarakkan semangat jihad, meleraikan kekusutan...dengan nama Allah Ismu Zat hadirlah...
Wassalamualaikum...

wanshah berkata...

Assalamualaikum.. Ambo salah soghe anok murid gemuloh Pok Min.. Ust zaidi pe kabar?

rouh adi berkata...

assalamulaikummsaya salah seorang murid pak chu gelanggang pangku alam di tanah merah..berdasarkan apa yg saya dengar dari pak chu...dan muridnya yg merupakan guru silat zulfatah di jintan juga guru saya menyatakan asal mula dari tapak suci...akibat dari perselisihan timbul pula zulfatah..sekarang pak chu sendiri murid asal pak aswan dan pak moin mengasaskan pangku alam.... saya juga mempelajari tapak suci(pak chu),zulfatah(tok bilal lah) dan pangku alam(pak chu)... jelaslah zulfatah dari tapak suci...saya sokong kenyataan itu...

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera ..! Beginilah kiranya.. nak belajar TS atau ZF.. ambilah yang serasi dengan jiwa kita..asalkankita ianya tidak bercampur dengan amalan khurafat..kerana akhrinya akan berjumpa dgn allah dan dipersoalkan amal buat kita.

Pewaris Tapak Suci berkata...

Kita telah kehilangan Arwah Cikgu Wan Yusuf sebagai wakil guru. Walaupun begitu kita masih ada rakan seperguruan Cikgu Wan Yusuf iaitu Tuan Haji Hamat Shafie.

Dengan restu Tuan Haji Hamat Shafie, Guru Lama yang sentiasa hadir ke Gelanggang PCB untuk memberi sokongan. Orang lama, antara anak Kelantan pertama bersama Cikgu Wan Yusuf menerima ijazah Tapak Suci dari Pak Cik Aswan sendiri di Geylang, Singapura.

Gelanggang Tapak Suci PCB setiap malam sabtu
Guru : Haji Hamat Shafie
Ketua Jurulatih : Abg Mat Johan
Jurulatih : Hisham Gaban & Che Mud.
Hubungi
Ustaz Rahimi 0179051391
Ustaz Hasrizal 0179411240
Facebook : Pewaris Tapak Suci

Tanpa Nama berkata...

salam ukhuwah....kami PSSZK masih aktif di gelanggang padang kala tiap2 hari khamis malam jumaat. saya selaku tuan rumah mengalu2kan kedatangan tuan puan terutamanya orang2 lama PSSZK dan TS... ~HAMBA ALLAH
~

Google+

Disqus for Jalanan Hamba