Isnin, November 16, 2009

Konsep aurat menurut ulamak Islam

Sebagaimana sedia maklum aurat lelaki ialah di antara pusat dan kedua lutut. Manakala aurat perempuan pula ialah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua telapak tangan. Seperti aurat yang telah ditetapkan di dalam sembahyang. Itulah yang diketahui oleh kebanyakan orang.


Yang jelas dan disokong oleh hadith dengan al-Quran ialah aurat seperti dalam sembahyang tu. Aku juga berpegang aurat itu ialah seperti yang dalam sembahyang tu.

Mengikut apa yang Aku tahu, maksud aurat itu dari segi bahasa ialah anggota atau kawasan dalam tubuh badan yang tidak boleh didedahkan. Manakala dari segi istilah ialah sesuatu yang mengaibkan. Dan tidak boleh ditonjolkan kepada orang ramai. Aurat itu pula bukan saja dengan cara melihat tetapi boleh berlaku dengan cara mendengar atau sebarang usaha untuk mengetahui keaiban orang lain. Kerana itu boleh menjatuhkan maruah seseorang.

Dalam rumah seseorang juga ada auratnya. Contohnya bila tuan rumah belum bersedia menerima tetamu, maka jika si tetamu melihat juga ke dalam rumah tersebut maka samalah seperti dia melihat kepada aurat seseorang. Kerana aurat seseorang bukan saja terletak pada tubuh badannya tetapi juga terletak pada rumahnya, biliknya dan sebagainya.

Mendedahkan aurat ertinya mendedahkan keaiban kita kepada orang lain.

Kafakiran juga merupakan aurat orang-orang Islam. Ini adalah sesuatu yang tidak dijaga oleh orang Islam. Kemiskinan kita janganlah sampai kita meminta sedekah daripada orang lain. Lebih baik kita berusaha mencari rezki yang halal daripada meminta. Rasulullah bersabda; Kaadal faqru kufran, كاد الفقر كفرا  yang bererti hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran. Kekufuran di sini ialah tidak bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan Allah Taala kepada kita. Hampir-hampir di sini bermaksud hampir-hampir tidak percaya kepada Allah Taala. Sentiasa merungut dan tidak berpuas hati dengan Allah Taala.

Satu-satunya dalil yang ada bagi menyatakan aurat lelaki itu ialah hadith yang diriwayatkan dari Tarmizi; Sabda Rasulullah S.A.W kepada Jarhad ;

غط فخذك فإن الفخذ عورة.

Yang bermaksud;
Tutuplah pahamu kerana paha itu aurat. Manakala dalil untuk perempuan ialah ayat ke 31 dalam surah al-Nur.

ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها.

Yang bermaksud;
Dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka). (24:31)

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..
saya ada mengikuti kuliah maghrib di masjid di kwasan rumah saya..dan ustaz yg memberi kuliah tersebut ada menyentuh soal aurat..
menurut ustaz terbabit,aurat lelaki yg nyata sememangnya dri pusat ke lutut..namun jika anggota badan yg lain yg tdk dikira aurat mmpu menarik perhatian insan laen dn menimbulkn perasaan trhadap apa yg dipandang itu..maka lelaki terbabit perlu menutupnya dn dianggap sbagai aurat..contohnya,seorg wanita tertarik dgn seorg lelaki apabila terpandang susuk badannya tanpa berbaju wlaupun pusatnya ditutup..harap apa yg dikongsi ini memberi manfaat bersama..wallahualam

Jalanan Hamba berkata...

Kesilapan dalam pentakrifan aurat boleh membawa kepada kesilapan dalam amalan seharian. Aurat ialah keaiban pada diri kita yang tidak boleh kita tonjolkan pada orang lain. Bukan apa yang orang lain rasa terhadap diri kita. Kita tidak boleh menjaga semua orang.

Apa yang orang lain rasa, dia punya pasal. Dia nak tertarik kat kita ke, nak terangsang ke, itu masalah dia sebenarnya. Asalkan kita telah menutup aurat maka selamatlah kita.

Aurat pada tubuh badan lelaki ialah dari pusat hingga lutut. Saya tidak berani lagi menambah lebih daripada itu.

Kalau di zaman nabi, ada sahabat yang tak ada baju pun untuk dipakai tapi menutup auratnya. Mereka terdiri daripada pahlawan-pahlawan yang sentiasa berperang di jalan Allah. Sudah tentu susuk tubuh mereka kelihatan gagah dan perkasa.
Kalau kita terpaksa menyembunyikan susuk tubuh kita semata-mata takut ada perempuan yang terangsang, itu tidak betul.

Masing-masing perlu menjaga diri. Keimanan dan ketakwaanlah yang menjadi perisai diri seseorang. Nafsu yang di dalam diri seseorang itulah yang perlu dikawal. Kita kawal diri kita. Orang lain pula kawal diri dia. Masing-masing kawal diri.

Jika seseorang perempuan tertarik kepada lelaki sedangkan lelaki tersebut telah menutup auratnya, itu adalah perkara biasa. Jika perempuan itu teransang sekalipun, penyebabnya yang sebenar bukanlah lelaki itu sebaliknya perempuan itu yang bermasalah. Begitulah sebaliknya.

Disqus for Jalanan Hamba