Rabu, November 25, 2009

Banjir di Pantai Timur


Biasanya bermula pada bulan November, Desember dan Januari adalah bulan-bulan yang sinonim dengan musim tengkujuh. Di Pantai Timur yang terdiri daripada negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang seringkali menghadapi banjir akibat hujan yang terlalu lebat pada musim tengkujuh. Negeri-negeri lain juga tidak terlepas dari mengalami banjir.


Setiapkali musim banjir banyak hartabenda yang dilaporkan musnah. Para petani mengalami kerugian akibat kemusnahan tanaman mereka. Kemalangan jiwa juga sering berlaku. Mangsa yang mati lemas tu bukan sahaja terdiri dari kanak-kanak malahan orang dewasa.


Musim banjir seringkali dianggap pesta oleh kebanyakan orang. Malah musim banjir juga boleh menjadikan punca pendapatan oleh sesetengah orang.


Sebenarnya banjir kat Pantai Timur ini sudah menjadi perkara biasa. Tiba aje bulan 12 kenalah lakukan persiapan menghadapi banjir.


Bagi mereka yang tinggal di kawasan tinggi, mereka juga perlu mengawasi anak-anak mereka sepanjang masa. Kadang-kadang anak-anak mereka ni tidak ada di rumah kerana keluar bermain bersama kawan-kawan. Kanak-kanak seringkali dilihat bermain di sungai, parit dan sebagainya.


Tempat aku tinggal sekarang ni (Taman Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan dah lama tak dinaiki air. Dulu iaitu pada tahun 2004 memang teruk kawasan ni dinaiki air. Tapi pada masa tu sistem perparitan belum siap sepenuhnya. Tapi kini kalau air naik pun paling tinggi sekadar satu anak tangga. Itupun sekejap aja. Sekejap naik sekejap surut.


Bercerita tentang banjir kat Kota Bharu pula. Banjir kat Kota Bharu ni berpunca dari banjir kat Gua Musang. Walaupun hujan lebat macam mana sekalipun kat Kota Bharu ni tidak menyebabkan banjir. Sebab air tu sempat dialirkan keluar. Tapi bila dah berlaku banjir kat Gua Musang atau Kuala Krai maka tunggulah besoknya. Apabila air kat sana telah surut maka paras air kat sungai kelantan pun melimpahlah. Kawasan rendah kat Kota Bharu ni mulalah dinaiki air. Tu lah kata orang hujan tidak, ribut tidak ... tiba-tiba air naik.

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba