Jumaat, Disember 04, 2009

5 faktor berlaku banjir


Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya banjir. Tetapi di sini aku mengutarakan 5 faktor yang biasanya menjadi penyebab kepada banjir. Antara faktor-faktor tersebut adalah:-

  1. Hujan lebat yang berterusan

Hujan lebat yang berterusan tanpa henti akan menyebabkan banjir berlaku terutama di kawasan rendah. Ini kerana air yang banyak tidak sempat dialirkan keluar ke sungai.

  1. Pembangunan yang tidak terancang

Pembangunan yang tidak terancang boleh menjadi factor kepada banjir kilat. Ini kerana apabila system perparitan tidak dirancang dengan sempurna semasa sesuatu kawasan hendak dibangunkan akan menyebabkan tidak ada system aliran air atau system aliran air yang sedia ada menjadi terhalang dan tidak dialirkan secara wajarnya.

  1. Limpahan sungai

Hal ini berlaku apabila sungai yang cetek atau sempit tidak mampu menampung jumlah air yang banyak. Akibatnya ia melimpah keluar dan menyebabkan banjir di kawasan sekitarnya. Biasanya sungai membawa air dari kawasan tinggi dan mengalirkannya ke laut. Apabila berlaku hujan lebat yang berterusan di kawasan tinggi, dengan keadaan sungai yang cetek atau sempit boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan yang rendah. Lihat banjir di Kota Bharu.

  1. Longkang, parit dan sungai yang tersumbat

Ini juga merupakan factor kepada banjir kilat. Apabila hujan lebat yang berterusan maka air pada peringkat awalnya perlu dialirkan ke longkang. Kemudian daripada longkang perlu dialirkan ke parit seterusnya ke sungai. Apabila longkang, parit atau sungai tersumbat maka ianya akan mengganggu aliran tersebut dan akan mengakibatkan air bertangkung dan menyebabkan banjir.

  1. Air dari empangan yang dilepaskan secara mendadak

Bagi negeri-negeri yang mempunyai empangan selalunya akan menghadapi banjir teruk sekiranya air dari empangan dilepaskan secara mendadak. Ini disebabkan oleh tidak adanya perancangan awal dari pihak berkuasa. Air dari empangan sememangnya perlu dilepaskan apabila melebihi paras yang ditetapkan. Ini bagi mengelak empangan tersebut pecah. Sekiranya empangan tersebut pecah maka ini akan mengundang bahaya yang besar kepada penduduk. Air dari empangan tidak seharusnya dilepaskan secara mendadak sekiranya perancangan awal dan pemantauan sentiasa dilakukan di empangan tersebut.

Itulah antara beberapa factor yang menyebabkan berlaku banjir. Tugas semua pihak diperlukan bagi mengurangkan factor banjir seperti menjaga sungai dan kebersihan persekitaran kita. Pihak berkuasa dan pemaju pula perlu lebih bertanggungjawab terhadap pembangunan yang hendak diadakan. Jangan terlalu memikirkan wang semata-mata. Perancangan awal yang lebih teratur amat diperlukan bagi menghadapi musim banjir.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Terima kasih atas cadangan yang dikemukakan... <3...

Disqus for Jalanan Hamba