Isnin, Disember 07, 2009

Panduan Keselamatan Di Musim Banjir

Fenomena banjir boleh berlaku di mana sahaja baik di Malaysia, Indonesia, India dan lain-lain. Banjir seringkali berlaku apabila kedatangan musim tengkujuh iaitu di antara bulan November hingga Mac dimana pada musim ini jumlah hujan yang lebih banyak berbanding pada bulan-bulan yang lain. Banjir kilat juga boleh berlaku di luar musim tersebut.

Maklumat di bawah ini aku dapati daripada sumber Buletin Takaful 2009.

Persediaan menghadapi banjir

1.      Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda seperti sistem amaran banjir dan lokasi pusat pemindahan.
2.      Periksa dan bersihkan semua lubang air samada longkang atau saluran perparitan.
3.      Pastikan seluruh ahli keluarga mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan.

Tindakan semasa banjir

Di dalam rumah

1.      Dengar pengumuman dari radio dan televisyen.
2.      Simpan air bersih.
3.      Bawa masuk perabut dari luar rumah.
4.      Simpan dokumen penting di tempat yang selamat.
5.      Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
6.      Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
7.      Ikut laluan yang ditentukan.

Di luar rumah

1.      Berpindah awal dan semasa hari siang, ianya lebih mudah dan selamat.
2.      Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
3.      Jangan bersiar-siar di kawasan banjir.
4.      Jangan sentuh kabel atau wayar yang jatuh.
5.      Jangan minum air yang tercemar.
6.      Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
7.      Awasi kanak-kanak.

Tindakan selepas banjir

1.      Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan.
2.      Beri bantuan kepada jiran atau orang kurang upaya.
3.      Jangan terus memasuki rumah. Periksa kerosakan dinding, lantai, siling, pintu dan tingkap.
4.      Lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan.
5.      Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan di lantai rumah. Periksa kehadiran binatang atau serangga berbisa dan berbahaya.
6.      Periksa paip saluran gas, wayar elektrik, peralatan elektrik dan bahan-bahan mudah terbakar.
7.      Periksa kerosakan tangki septic.
8.      Buang bahan-bahan makanan dan minuman yang terendam.
9.      Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa.

Jika kenderaan anda terperangkap di dalam banjir

1.      Kurangkan kelajuan kenderaan anda ketika hujan.
2.      Nyalakan lampu kerana ini membolehkan anda melihat dengan lebih jelas.
3.      Pilih laluan yang lebih selamat.
4.      Jangan melalui jalan yang sedang dinaiki air.
5.      Jangan memandu di dalam keadaan hujan yang terlalu lebat.
6.      Berhenti di tempat yang selamat dan nyalakan lampu isyarat kecemasan (hazard light).
7.      Ikut arahan pihak berkuasa.
8.      Jika enjin kenderaan anda mati di tengah banjir, keluar segera dan beredar ke kawasan yang lebih tinggi.
9.      Jangan cemas dan bersedialah untuk meninggalkan kenderaan anda.
10. Segera ke tempat yang tinggi dan dapatkan bantuan.
11. Hubungi polis atau bomba untuk mendapatkan bantuan.
12. Ingat, tindakan awal dapat menyelamatkan nyawa anda dan orang yang disayangi

Itulah serba sedikit mengenai panduan atau langkah-langkah keselamatan di musim banjir.

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba