Khamis, November 14, 2013

Sejarah Pembunuhan Dalam UMNO

Sejarah pembunuhan dalam UMNO iaitu pembunuhan yang melibatkan orang besar dalam UMNO...

Pembunuhan Datuk Taha iaitu nama penuhnya Dato Mohamad Taha Talib adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan yang mati dibunuh di Kampung Seri Asahan, Gemencheh pada jam 1.30 pagi, 14 April 1982.
Pembunuhan akibat sengketa politik iaitu perebutan jawatan dalam politik UMNO.

Datuk Mohamad Taha Talib telah mati dibunuh oleh saingannya dalam UMNO Tampin, Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan dan ahli Parlimen Tampin, Negeri Sembilan.

Puncanya ialah mereka bermusuhan dalam politik UMNO Bahagian Tampin dan masing-masing mahukan jawatan Ketua Bahagian UMNO.

Datuk Taha kuat di peringkat negeri sementara Datuk Mokhtar Hashim kuat di peringkat persekutuan. Datuk Taha menang dalam perebutan jawatan dalam UMNO.

Hakim Mahkamah tinggi, Datuk Hashim Yeop Sani mendapati Datuk Mukhtar bersalah membunuh Datuk Taha dan dihukum mati di tali gantung.

Bagaimanapun selepas rayuannya diterima oleh mahkamah, Datuk Mokhtar hanya menjalani hukuman penjara seumur hidup (biasanya 20 tahun). Beliau kemudiannya dibebaskan lebih awal selepas mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri ketika itu.

Perbicaraan Datuk Mokhtar merupakan yang terpanjang dalam sejarah perbicaraan kes jenayah negara ini dengan memakan masa 75 hari, melibatkan 70 orang saksi pendakwa dan pembela.


Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Gemencheh#Pembunuhan_Datuk_Mohamad_Taha_Talib

http://www.anwaraidc.com/?p=1727

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba