Khamis, September 26, 2013

Detektif Conan: Misteri Pembunuhan Yang Terbaru

Saya minat detektif Conan. Banyak kes pembunuhan atau kematian misteri berjaya dirungkainya. Saya sedang menunggu detektif Conan menyelesaikan satu lagi misteri pembunuhan terbaru. Melibatkan seorang perempuan yang dikatakan membunuh dirinya sendiri.

Perempuan tersebut dikatakan datang dari jauh semata-mata untuk membunuh dirinya di sebuah hutan belantara di Malaysia. Dia berjaya masuk dengan mudahnya tanpa menggunakan paspot dan visa kerana tidak ada satupun rekod kemasukannya ke Malaysia.

Bukan itu sahaja, dia juga berjaya mendapatkan bahan letupan C4 dimana bahan letupan ini, askar dan polis biasa pun tidak ada ekses untuk mendapatkannya melainkan dengan kebenaran khas dari Kementerian dalam negeri.

Perempuan yang tidak pernah datang ke Malaysia ini telah pergi sendiri ke dalam hutan belantara tersebut dimana rakyat biasa Malaysia sendiri pun tidak pernah sampai ke sana.

Sambil membawa C4, dia telah meredah hutan tersebut. Sampai di tengah hutan dia telah menembak dirinya dua kali. Sekali di rusuk tetapi tidak mati. Kemudian dia menembak lagi sekali di kepala sehingga mati.

Apa yang perlu detektif Conan siasat ialah bagaimana dia mengikat dirinya dengan C4 dan meletupkannya hingga berkecai. Bagaimana pula dia memberitahu polis agar mencari cebisan mayat dan tulangnya di tengah hutan belantara tersebut. Atau betulkah semua cerita di atas? Tunggu... detektif Conan sedang menyiasat... semuanya sedang bermain di fikiran detektif Conan...

5 ulasan:

Nur Azwa Edora berkata...

ADAKAH kak mah adalah insan yang dimaksudkan dalam cerita ni ? sangat sangat berkait rapat . hahaha . beliau sangat sinonim dengan C4 ni .. hehehe

FizwaN berkata...

Sepertinya kutahu kisah ini..memang sangat misteri, hinggakan polis malaysia yang dikatakan hebat..mampu menjejaki dan manangkap penembak bekas pemilik Ambank yang mati ditembak dalam masa 2 bulan..tidak berjaya menyelesaikan kes wanita ini..siapakah beliau?sama2 kita menunggu detektif conan menyiasat :-P

Mohd Shukri Mohamed berkata...

Sungguh misteri... :D

cara mengobati kelenjar tiroid berkata...

sosok detektif conana memang luar biasa

jus manggis murah berkata...

pokonya keren deh

Disqus for Jalanan Hamba