Rabu, Februari 23, 2011

Bacaan Tahiyyat di dalam solat serta terjemahannya

Bacaan yang selalu dibaca ketika berada di tahiyyat awal atau akhir sepertimana berikut;

1. Bacaan Tahiyyat:

Attahiyyaatul mubaarakaatus solawaatut toyyibaatu lillaah. Assalamualaika ayyuhan nabiyyu warahmatullaahi wabarakaatuh. Assalaamu `alainaa wa `alaa `ibaadillaahis soolihiin.

Terjemahan Tahiyyat;

Segala penghormatan, keberkatan, pujian dan yang baik adalah bagi Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta kebaikan yang melimpah. Sejahtera ke atas kami dan hamba-hamba Allah yang soleh.


2. Mengucap 2 kalimah syahadah:

Asyhadu allaa ilaaha illallaah. Wa-asyhadu anna Muhammadar rasuulullaah.


Pengertian 2 kalimah syahadah;

Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Dan aku naik saksi bahawa Muhammad utusan Allah.


3. Membaca Solawat seperti di dalam sembahyang: (Ketika Tahiyyat akhir)

Allaahumma solli `alaa Muhammadin wa `alaa aali Muhammad. Kamaa sollaita `alaa Ibraahiima wa `alaa aali Ibraahiim. Wabaarik `alaa Muhammadin wa `alaa aali Muhammad. Kamaa baarakta `alaa Ibraahiima wa `alaa aali Ibraahiima fil `aalamiina innaka hamiidun majiid.

Pengertian bacaan solawat dalam tahiyyat akhir;

Ya Allah, berikanlah pujian ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad. Sebagaimana engkau telah berikan pujian ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Dan berikanlah kebaikan yang bertambah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad. Sebagaimana engkau telah berikan kebaikan yang bertambah ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim di dalam alam-alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Manakala bacaan solawat dalam tahiyyat awal, solawat dibaca setakat;

Allaahumma solli `alaa Muhammad.

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba