Isnin, Oktober 18, 2010

SPAM dalam shoutbox anda

Dan katakan tidak pada SPAM

Aku sebenarnya kalau nak dikatakan arif tu tidaklah sangat tentang spam ni. Jadi aku tidaklah boleh menjelaskannya secara lebih terperinci. Cuma melalui pembacaan-pembacaanku di internet yang sedikit sebanyak tu maka bolehlah dikongsikan bersama untuk kebaikan bersama.



Apa yang aku nak sampaikan di sini cuma secara ringkas dan secara yang mudah difahami sahaja. Untuk secara detail tu kengkawan carilah sendiri melalui pembacaan di enternet dan majalah-majalah.

Apa yang aku tahu, spam ni berupa mesej atau berita yang biasanya datang bertubi-tubi tanpa diminta dan sering kali tidak dikehendaki oleh penerimanya. Antara contoh mesej atau berita yang datang dalam bentuk spam ialah berupa surat elektronik berisi iklan, sms pada telepon bimbit, berita yang masuk dalam suatu forum newsgroup berisi promosi barang, spamindexing dalam suatu mesin pencari (search engine) untuk mencari suatu URL tertentu, ataupun mungkin berupa berita yang tak berguna dan masuk dalam suatu buku tamu laman web, blog dan lain-lain.

SPAM dalam kotak jerit (shout box atau shout mix)

Aku sendiri tidak pernah menggunakan spam jadi aku tidak tahu secara jelas tentang software yang digunakan. Aku juga tidak teringin untuk mencuba software tersebut. Walaupun aku tahu software tersebut memang ada. Cuma yang aku nak bagi tahu dan berkongsi maklumat di sini ialah tentang gambaran bagaimana salah laku para bloger yang menggunakan spam.

Kini sudah ramai pengguna yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan spam untuk meninggalkan mesej dalam shout box yang terdapat dalam blog atau web pengguna lain. Bukan blog atau web yang dikunjunginya. Aku katakan begitu kerana seseorang itu tidak perlu lagi berkunjung ke blog pengguna lain. Dan ini sudah tentu pada hakikatnya mereka tidak mengetahui apa-apa pun yang berlaku dalam blog pengguna lain. Tidak pernah membuka dan membaca apa-apa kandungan dalam blog itu. Dan ini sudah tentu tidak memberikan apa-apa trafik terhadap blog tersebut. Mereka hanya perlu menyenaraikan alamat-alamat web atau blog dan memasukkannya ke dalam software tertentu. Dan dengan sekali tekan sahaja maka mesej yang hendak disampaikan itu terus muncul ke dalam shoutbox setiap blog yang disenaraikan. Sesetengah software pula mungkin boleh disetkan secara automatik bilakah mesej tersebut hendak dihantarkan.

Si penerima mesej pula alahai terus membuat kunjungan balas. Padahal penghantar mesej tersebut tidak pernah pun berkunjung ke blog si penerima mesej tersebut. Tidakkah mereka merasa tertipu dengan perbuatan ini. Ini kerana spammer boleh berpura-pura menulis mesej mengatakan mereka datang berkunjung untuk meningkatkan trafik blog tersebut he he...Yang sebenarnya perhubungan hanya berlaku di antara shoutbox dengan shoutbox yang lain tanpa membuka blog.

Ini hanyalah gambaran sahaja tentang keburukan spam. Terserahlah kepada individu sama ada untuk menerima atau menolak budaya spam ini. Maklumat yang salah harap diperbetulkan.

4 ulasan:

d'beginner berkata...

Terima kasih atas maklumat ini sgt bermanfaat!

si biskut berkata...

aku pun tak sukakan SPAM(surat paling aku meluat).

Seri Bahasa berkata...

mereka yang mengunakan auto blogwalking adalah spammer yang sebenar. mereka hantar message kat s/box atau c/box secara auto dan tak pernah menjenguk blog yang mereka hantar mesage.

Seri Bahasa berkata...

auto blogwalking: implikasi terhadap bloger, sila beri komen yg membina.

Disqus for Jalanan Hamba