Selasa, Oktober 26, 2010

Cara menghalang spammer dari terus mencerobohi shoutbox

Seperti mana yang telah diceritakan pada entri yang bertajuk SPAM dalam Shoutbox anda bahawa mereka yang menggunakan auto blogwalking adalah spammer yang sebenarnya. Mereka tidak pernah pun membuat kunjungan ke blog yang mana mereka sedang membuat blogwalking. Mereka akan menulis sesuatu mesej yang akan masuk terus ke dalam kotak jeritan (shoutbox atau chatbox) yang terdapat dalam sekumpulan alamat web atau blog yang telah disenaraikan dengan harapan blognya akan dikunjungi balik.
Tindakan seperti ini adalah tidak wajar, tidak adil dan menipu para bloger yang lain. Jadi bagaimanakah cara untuk menghalang shoutbox kita dari dicerobohi spammer.
Tidak ada cara sebenarnya untuk menghalang spam dari memasuki shoutbox kita. Ini kerana software yang mereka gunakan semakin canggih hinggakan shoutbox pun tidak mampu untuk mengesan spam yang memasukinya.
Apa yang boleh kita lakukan ialah mengesan sendiri setiap mesej yang kita terima itu adakah berbentuk spam atau tidak. Gunakan kebijaksanaan kita sendiri untuk mengesan spam. Jika sekiranya kita merasa tidak senang dengan sesuatu mesej tersebut maka bolehlah kita mengambil langkah-langkah berikut, iaitu kita boleh menghalang penghantar mesej tersebut dari terus menghubungi shoutbox kita.
Untuk menghalang spammer dari terus mengulangi perbuatannya, bolehlah dilakukan dengan cara login ke akaun shoutbox atau shoutmix. Setelah login, anda boleh terus melihat kepada mesej yang dipaparkan.

Di bawah setiap mesej terdapat menu Ban dan delete. Pilih Ban.



Di sini penulis akan mengenakan “Ban” terhadap mesej yang dihantar oleh “XYZ”.
Setelah ban ditekan maka paparan berikut akan muncul.



Terdapat beberapa pilihan sama ada anda ingin ban kedua-dua sekali iaitu ban url dan ban IP atau anda boleh ban salah satunya.
Setelah diban maka semua alamat web yang datang dengan awalan IP yang sama atau alamat url yang sama akan dihalang dari memasuki shoutbox kita.
Berhati-hati ketika ban IP kerana kebanyakan pengguna di Malaysia menggunakan IP dinamik  dimana IP mereka sentiasa bertukar-bertukar setiap masa. Oleh itu jika ingin ban individu tertentu yang menggunakan IP dinamik maka eloklah di ban hanya urlnya sahaja. Jika tidak maka orang yang tidak bersalah yang akan menggunakan IP tersebut pada waktu yang lain akan menjadi mangsa.
Selamat mencuba.

1 ulasan:

positiveAlpha berkata...

thank you for info =)

Disqus for Jalanan Hamba