Rabu, Oktober 27, 2010

Pasang buku tamu (guestbook), kotak jerit (shoutbox) dan chatbox pada blog

Tujuan buku tamu ialah supaya pengunjung blog dapat  meninggalkan apa-apa pesanan dan sekali gus dapat meninggalkan jejak mereka jika mereka juga mempunyai blog.

Seperti buku pelawat yang disediakan di mana-mana pejabat. Setiap pengunjung digalakkan (tiada paksaan) sama ada untuk menandatangani atau tidak sebagai bukti kehadiran mereka.

Sebenarnya meletakkan guest book di laman web bukanlah suatu perkara yang baru. Seingat aku la, guestbook telah pun diletakkan di laman-laman web sejak awal kemunculan laman-laman web lagi.

Tapi sejak akhir-akhir ini terutama selepas kemunculan kotak jerit seperti shoutbox, shoutmix, chatbox dan sebagainya maka jarang aku melihat laman web dan blog menggunakan guestbook. Kebanyakan bloger meletakkan kotak jerit pada blog mereka dan kebanyakan laman web dan blog yang popular tidak pernah meletakkan sebarang kotak jerit pun.

Sejak akhir-akhir ini, kotak jerit seperti shoutbox, shoutmix, chatbox dan sebagainya begitu mudah sekali dicerobohi oleh spammer. Dengan menggunakan perisian auto blogwalking, para bloger (saya maksudkan spammer) dapat meninggalkan pesanan di kotak jerit bloger yang lain tanpa perlu bersusah payah membuka blog mereka.

Setakat ini, tiada cara lain untuk mengelak spammer dari mencerobohi buku tamu atau kotak jerit melainkan dengan cara memasang buku tamu atau kotak jerit yang mempunyai captcha.

Selain itu kita boleh juga meletakkan buku tamu (Guest book) atau kotak jerit di tab yang lain. Dengan cara ini, buku tamu atau kotak jerit tidak dapat dikesan oleh robot atau mesin (maksud aku software) yang menggunakan auto blogwalking.

Bagi mereka yang berminat untuk memasang buku tamu atau kotak jerit kat blog mereka, caranya tidaklah susah. Search sahaja di dalam google. Berlambak kat internet. Kebanyakannya free. Sign up dan ikuti langkah-langkahnya.
Enhanced by Zemanta

3 ulasan:

Seri Bahasa berkata...

selain jenis ini oggix dan sbox.ws juga berkesan sebab seri dah uji.

Kuman Chaos berkata...

satu kelainan.. option untuk shoutbox..

kuman "fried pork?.." Entry

Jalanan Hamba berkata...

Ya ! benar... banyak lagi kotak jerit yang mampu melawan spam.

Manakala pereka software auto blogwalking pun tak akan duduk diam saya rasa. Mereka juga akan mempertingkatkan kemampuan mereka dari semasa ke semasa. Macam perlombaan di antara virus dan antivirus lah.

Bagi peminat kotak jerit, mereka boleh terus menggunakan kotak jerit seperti yang dicadangkan umpamanya oggix dan sbox.ws

Disqus for Jalanan Hamba