Khamis, Oktober 07, 2010

Pokke di Harian Metro

Sumber: Metro 6/08/2010
PENDANG: Segelintir penduduk kampung di beberapa daerah di negeri ini dikatakan sibuk mencari sejenis haiwan daripada spesies cicak sejak dua bulan lalu yang didakwa boleh dijual dengan harga mencecah RM30,000 untuk dijadikan ubat tradisional.
Namun, reptilia yang dikenali sebagai cicak gekko-gecko itu didakwa sukar dijumpai dan ditangkap, tetapi terdapat penduduk kampung yang berjaya menangkap dan menyimpannya.

Daud Derani, 50, dari Kampung Paya Mat Inson, dekat sini, adalah antara penduduk yang berjaya menangkap haiwan terbabit yang turut dikenali dengan nama ‘Pok-Ke’ di kalangan penduduk berikutan ia mengeluarkan bunyi seakan-akan namanya itu dan boleh didengari dalam jarak hampir satu kilometer.

Daud ketika ditemui berkata, dia menangkap haiwan itu di dalam hutan di sekitar Nami, dekat sini kira-kira dua bulan lalu, namun dia hanya memperoleh saiz yang kecil iaitu kira-kira 20 sentimeter panjang dengan berat kira-kira 80 gram.

Difahamkan, reptilia berwarna kelabu keputihan itu hanya boleh dijual jika beratnya melebihi 300 gram.

“Saya tidak ada niat untuk menjualnya kerana saiznya agak kecil, tetapi saya difahamkan ada penduduk di Gajah Mati, dekat sini yang berjaya menangkap haiwan itu dengan saiz yang agak besar ditawarkan harga kira-kira RM30,000 oleh seorang tauke dari Sabah dan Ipoh kira-kira dua bulan lalu.

“Saya tidak tahu untuk apa kegunaannya, tetapi saya difahamkan ia boleh dijadikan ubat untuk penyakit tertentu,” katanya. Daud berkata, penduduk di beberapa kampung di Sik dan Baling turut sibuk mencari haiwan terbabit, namun belum pernah mendengar mana-mana penduduk yang sudah menjual haiwan itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, Rahim Ahmad berkata, cicak gekko-gecko bukanlah spesies yang dilindungi dan bukan menjadi kesalahan sekiranya ada individu yang menangkap dan membelanya.

“Habitat haiwan itu ialah di dalam belukar di sekitar rumah dan juga hutan, tetapi memang agak sukar dijumpai,” katanya. (Sumber: Metro 6/08/2010)







Berminat... !



Pokke untuk dijual atau dibeli
Harga boleh dirunding dan mengikut berat.
Tel : 019-3023000 (Abdul Rahim Mohamed)
atau 017-2574930 (Rushdi Mohamed)

2 ulasan:

Kuman Chaos berkata...

ada juga kawan yang try jual tapi takde rega katanya..
kuman "berleter.." Entry

Tanpa Nama berkata...

Saya ada serius buyer...poke...buyer international..jadi nya kalau ada log ka,apakah ini semua barang tak betui.. tipu punya.Dan lagi satubila kita nak deal tentang gecko ni pembeli membayar melalui grant WHO saja...tapi orang Malaysia kita merepek bukan bukan...tapi kalau ada orang yang serius nak jual contak saya....010 2460410...dan lagi satu perkara.. nak berurusan hanya di hotel..si mat saleh cempera ni tak deal kat tempat tempat yang bukan bukan...

Disqus for Jalanan Hamba