Rabu, November 02, 2011

Berapakah wang yang perlu dihabiskan untuk mendapatkan pangkat haji atau hajjah?

Sebenarnya tidaklah mahal sangat untuk mendapatkan gelaran haji atau hajjah ni. Tidak seperti untuk mendapatkan gelaran datuk he he..

Kos untuk mengambil haji sekitar 10 ribu ringgit setiap orang. Menurut Berita Harian Online Rabu , 02 November 2011 Bayaran haji pada tahun ini kekal RM 9,980.

Jumlah ini besar juga bagi sesetengah orang, walaupun nampak kecil di sisi datuk-datuk dan orang-orang kaya. Maka sebab itulah, kalau mereka yang telah pulang dari mengerjakan haji ni, kena panggil haji bagi lelaki atau hajjah bagi perempuan. Kalau yang berpangkat lebih sikit seperti guru besar ke, pegawai daerah ke dan seangkatan dengannya, paling kurang kena panggil Tuan Haji. Kalau tidak, meradanglah dia. Habis duit puluh-puluh ribu takkan tak dipanggil haji atau tuan haji.

Maka di sini jelaslah kepada kita, kalau kita tidak ikhlas dalam mengerjakan haji, maka kita tetap akan mendapat haji. Tapi bukan Allah yang bagi sebaliknya orang yang bagi haji kat kita tu. hu hu...

Di zaman nabi, zaman sahabat juga para tabi`in mana ada panggilan haji kat nama Rasulullah, nama sahabat dan nama para tabi`in. Hamba rasa kat Malaysia ni je dia orang buat begitu. Kalau sekadar bangga dapat panggilan haji sedangkan perangai Tok Haji tu tidak berubah.. maka apakah maknanya haji tu...

7 ulasan:

C i k P i p i T e m b a m berkata...

ahaahha... betul2.. klu prngai x ubah , sia2 je kot pegi haji

Norashiqin Kamaruzaman berkata...

HEHHEEH....kerjakan haji hanya untuk dapat pggilan je...tak berbaloi kan ish3~

✿....rossa alina....✿ berkata...

yeee betul²..kalo dah pangkat Haji tu,kenelah perangai tu sepadan dengan nama.. :)

Seri Bahasa berkata...

betul tu...dah pangkat haji mesti sikap berubah sikit...tapi yang peliknya ada yang tak berubah malah terlebih lagi...sbb tu bila nak niat naik haji nak fikir2 masak2 dulu...jangan title haji je yang di hendakkan...

EmpayarUtama berkata...

Kenapa kena panggil haji yea? Tapi ada juga panggilan kerja kekal walau dah tak kerja macam cikgu, tuan (polis berpangkat), doktor

Jalanan Hamba berkata...

Kalau org dah nak panggil, kita nak buat macam mana... Tapi kalau kita yang beria-ria minta supaya dipanggil dengan pangkat atau gelaran itu dan ini, sehingga menimbulkan rasa riak, sombong atau bangga diri.. itu dah jadi kes lain, dan itulah yg dimusykilkan...

Cheqna berkata...

Saya rasa sekarang dengan pengetahuan ilmu yang lebih sedikit, lebih ramai yang mengharapkan redha Allah SWT dan mengharapkan Haji yang Mabrur serta perubahan yang positif dalam diri dan keluarga, berbanding title "Haji" dan "Hajjah" pada nama..Allahu'alam.

Disqus for Jalanan Hamba