Memaparkan catatan dengan label Persilatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Persilatan. Papar semua catatan

Isnin, September 02, 2013

P.Ramlee VS Gangster Samseng

Kewujudan gangster dan samseng dalam masyarakat melayu telah bermula sejak dahulu lagi. Kisah masyarakat ini telah banyak difilemkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee antaranya cerita berbentuk komedi "Pendekar Bujang Lapok".

Mempelajari ilmu persilatan adalah suatu alternatif kepada masyarakat apabila mereka seringkali berhadapan dengan masalah gangsterisme.

Ini cerita dulu iaitu apabila tidak ada undang-undang dan kerajaan yg telus dan boleh dipercayai. Harap-harap sekarang tidaklah seperti dulu. Justeru, kita inginkan sebuah kerajaan yang mengamalkan undang-undang yang telus dan boleh dipercayai.

Walaubagaimanapun ilmu persilatan tetap sesuai dipelajari walaupun pada masa sekarang bukan semata-mata untuk berhadapan dengan samseng-samseng.

Sinopsis Pendekar bujang lapok:

P.Ramlee, Aziz dan Sudin berguru ilmu persilatan dengan Pendekar Mustar setelah menyaksikan sendiri kehandalan Pendekar Mustar berlawan dengan samseng-samseng di Penambang. (Gangster upahan Datuk yg memiliki syarikat perkapalan hehe... Lakonan Ahmad Nisfu)

Dalam perguruan tersebut, Ramlee, Aziz dan Sudin terpaksa melalui Cobaan memantapkan ilmu dan keberanian iaitu mesti bersendirian di tempat yg sunyi dan di malam yg gelap. Ini dipanggil Suluk. Bacaan ketika suluk dalam cerita tersebut hanyalah untuk komedi dan bukanlah melambangkan yang sebenarnya.

Namun ketiga-tiga mereka gagal dalam ujian tersebut termasuk Ramlee. Ramlee gagal dalam cubaan ketika berhadapan dengan Geng Hantu Jepun. (Macam gangster juga). Hantu bawa geng kata P.Ramlee.

Walaubagaimanapun mereka bertiga akhirnya tetap mendapat gelaran pendekar setelah berjaya menyelamatkan anak gadis Tok Guru (Pendekar Mustar) dari cengkaman samseng-samseng tersebut.

Cerita tamat...

Hahaha... Maaf Sekadar hiburan sahaja... harap terhibur... :)

Khamis, Disember 30, 2010

Dakwah dalam silat

Demo of Pencak SilatImage by LimeyB via FlickrDakwah dalam silat boleh berlaku secara tidak langsung dan secara langsung. Tidak semestinya perlu ada ceramah agama dalam silat baru dikira dakwah. Nak cari di mana silat yang ada ceramah agama. Tetapi dakwah boleh berlaku secara tidak langsung dalam silat melalui perubahan sikap ahlinya kesan daripada belajar silat.

Kalau dulu mereka jauh dari agama, tapi sekarang dah mula mendekatkan diri kepada Allah. Selain itu banyak pantang larang yang perlu dijaga seperti tidak boleh melakukan maksiat dan dosa besar.

Dakwah juga boleh berlaku secara langsung iaitu melalui peranan guru dan juru latihnya. Guru hendaklah sentiasa memupuk semangat ahlinya supaya sentiasa berdisiplin. Guru juga perlu sentiasa memberi motivasi dan nasihat-nasihat agar murid-muridnya tidak terpesong dari landasan.

Biasanya dalam silat ini kita sentiasa dinasihatkan supaya tidak menderhaka kepada Allah Taala, tidak menderhaka kepada kedua ibu bapa selagi mereka berada di jalan yang betul dan tidak menyuruh berbuat kemungkaran. Kita juga tidak boleh menderhaka kepada guru. Tidak boleh menunjuk-nunjuk dan hendaklah sentiasa membantu orang lain yang di dalam kesusahan.
Enhanced by Zemanta

Isnin, Disember 27, 2010

Penyebaran Islam melalui Silat

Hang Tuah Berpencak SilatImage by DrMiezaris via FlickrSatu perkara yang perlu diketahui ialah Islam itu satu. Sama sahaja tidak berubah sejak dari zaman nabi Muhammad hingga sekarang dan di mana-mana pun tidak kira di Tanah Arab, Tanah Melayu, China dan sebagainya. Islam yang itu lah juga. Yang berbeza ialah cara pendekatan dan dakwah.

Jadi tidak timbul persoalan kenapa di zaman nabi tidak ada silat dan di Tanah Melayu ada silat.

Ketika kedatangan golongan sufi di Tanah Melayu, mereka berdepan dengan ilmu-ilmu kebatinan melayu yang kebanyakannya berasaskan daripada budaya hindu dan amalan mistik dari agama hindu. Ilmu persilatan melayu juga tidak terlepas dari amalan mistik bawaan hindu. Namun begitu mereka berjaya mengatasi segala rintangan tersebut.

Setelah masyarakat Islam dan rajanya menerima Islam, mereka terus dibenarkan mengamalkan kebudayaan sedia ada termasuklah silat tetapi setelah dibersihkan segala amalan yang salah dan digantikan dengan amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah dan mengenal Allah Taala. Sebab itu adalah sebenarnya tujuan dakwah yang hendak dibawa oleh golongan sufi itu.

Pada masa sekarang, cara pendekatan dakwah melalui silat tentulah boleh diteruskan. Kenapa tidak boleh?

Cara pendekatan dakwah banyak sebenarnya. Ada melalui guru yang mengajar di surau-surau dan masjid. Kebanyakannya dihadiri oleh golongan tua yang sudah uzur. Tetapi dakwah melalui silat ini cukup berkesan kerana ia menarik minat golongan muda-mudi dan remaja masa kini.

Apa yang penting ialah golongan remaja perlu dibekalkan secukupnya dengan ilmu tauhid agar mereka tidak mudah terpesong dan boleh membezakan yang mana kaca dan yang mana permata.
Enhanced by Zemanta

Jumaat, Disember 24, 2010

Silat Melayu Nusantara

Hang Tuah TerbangImage by DrMiezaris via FlickrFokus perbincangan dalam tajuk ini ialah silat yang pernah wujud di alam melayu nusantara.

Apa yang hamba tahu silat ialah suatu ilmu mempertahankan diri yang wujud di alam melayu nusantara. Selain silat, alam melayu juga terkenal dengan bomoh. Selain itu alam melayu juga terkenal dengan kebudayaan dan adat-adat resam yang tertentu.

Kebanyakan ahli sejarah berpendapat penyebaran Islam di Tanah Melayu adalah melalui golongan sufi yang datang berdagang di Tanah Melayu dan ada yang terus menetap di Tanah Melayu demi mengembangkan Islam di Tanah Melayu.

Awal sebelum kedatangan Islam di Tanah Melayu, masyarakat melayu dan rajanya menganut agama hindu. Segala aktiviti masyarakat seperti adat dan kebudayaannya, perbomohan dan ilmu mempertahankan diri banyak dipengaruhi oleh budaya hindu dan amalan dari agama hindu. Masyarakat melayu pada masa itu ramai juga yang terkenal dengan perkara-perkara luar biasa dan rajanya juga terkenal dengan kesaktian.

Tanpa kedatangan golongan sufi rasanya agak sukar untuk masyarakat melayu dan rajanya menerima Islam pada masa itu. Tapi itu semua adalah ketentuan daripada Allah Taala.

Masyarakat melayu dan rajanya tidak akan dengan sewenang-wenangnya menukarkan agama yang dianutinya sejak turun-temurun kecuali setelah terbukti kebenaran agama Islam yang dibawa oleh golongan sufi. Dengan pertolongan daripada Allah, golongan sufi berjaya menangkis segala ujian dan pertempuran yang berlaku dengan masyarakat melayu ketika itu sehingga mereka yakin akan kebenaran ilmu yang datangnya daripada Allah. Untuk meyakinkan masyarakat pada masa itu bukanlah melalui perdebatan sepertimana yang sering dilakukan oleh golongan cendikiawan pada masa kini.
Enhanced by Zemanta

Disqus for Jalanan Hamba