Ahad, Ogos 30, 2009
Cara bercinta menurut Islam
Jadi bagaimanakah cara untuk mengelakan diri dari menjadi syirik ketika bercinta?
Ikuti pedoman-pedoman berikut.
Untuk menjelaskan tentang cinta agar tidak menjadi syirik, saya lebih suka menjelaskannya dari sudut tahap cinta. Ini kerana ia ada hubung kait dengan tauhid dan syirik kepada Allah S.W.T.
Beberapa hadith tentang cinta antaranya;
لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
Terjemahannya:
Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.
Ertinya mencintai saudara seagamanya termasuk lelaki dan perempuan. Tahap cinta itu tidaklah boleh melebihi. Tidak boleh keterlaluan. Cinta itu ialah sekadar seperti dia mencintai dirinya sendiri. Ibarat kata pepatah cubit paha kanan paha kiri pun terasa sakit. Oleh kerana orang Islam itu bersaudara maka mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Maka sebab itulah kita mencintai mereka. Sebabnya kita tidak boleh melakukan kerja bersendirian.
Hadith yang lain;
إن المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا
Terjemahannya;
Sesungguhnya seseorang mukmin dengan seseorang mukmin yang lain itu seperti binaan yang saling kukuh mengukuh di antara satu sama lain.
Ertinya kita memerlukan orang lain seperti sebuah bangunan yang terdiri daripada jongkong, besi, pasir, simen dan sebagainya. Kesemuanya berkerjasama bagi menguatkan bangunan. Jika salah satunya lemah akan melemahkan keseluruhan bangunan itu.
Hadith seterusnya tentang cinta;
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده والناس أجمعين
Terjemahannya;
Bersabda nabi Muhammad S.A.W: Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku dicintainya lebih dari bapanya sendiri dan manusia keseluruhannya.
Ertinya kita perlu mencintai nabi Muhammad. Tahap cinta kita kepada nabi itu hendaklah melebihi dari cinta kita kepada bapa kita sendiri termasuk ibu kita, anak-anak kita dan manusia keseluruhannya.
Itu semua adalah tahap cinta kita sesama manusia. Perlu ada tahap. Tetapi apabila masuk cinta kepada Allah, maka cinta kita kepada Allah hendaklah melebihi dari segala-galanya. Mencintai yang lain melebihi cinta kepada Allah akan menjadi syirik iaitu menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Menduakan Allah Taala pada cinta. Menyamakan pun dah jadi syirik apatah lagi melebihkan cinta yang lain berbanding cinta kepada Allah.
Khamis, Ogos 27, 2009
5 jenis orang yang mudah dijangkiti virus syirik
1. Orang yang tidak tahu tentang agama Islam.
2. Orang yang tidak berminat tentang agama. Tetapi hanya berminat tentang soal kehidupan sahaja.
3. Orang yang hanya mementingkan kehidupan masa sekarang, tidak tahu adanya kehidupan selepas mati.
4. Orang yang minat agama Islam tetapi hanya berminat kepada hukum feqah semata-mata, tidak berminat tentang akidah tauhid.
5. Orang yang jarang membuat semakan terhadap diri masing-masing terutama tentang tauhid dan syirik.
Isnin, Julai 06, 2009
Dosa BESAR yang PALING BESAR
Allah Taala boleh menghapuskan semua dosa yang lain kecuali dosa syirik.
Orang yang syirik atau musyrik sudah tentu bukan seorang Islam walaupun dia mengaku dia orang Islam.
Boleh jadi, AKU hanya mengaku orang Islam tetapi tidak Islam.
Aku ingat bila AKU dah dilahirkan Islam maka AKU pun jadi Islam sebab mak bapak aku Islam. Padahal belum tentu lagi AKU Islam.
Jika aku fikir aku Islam kerana semata-mata telah ikut apa yang orang Islam lain buat, dan Jika aku fikir aku Islam kerana telah berminat dengan feqah, hukum hakam, undang-undang dan peraturan Islam,
padahal aku tak pernah semak diri AKU syirik atau tidak dengan Allah Taala.
Jika AKU syirik…
Jadilah AKU syok sendiri.. Merasa diri Islam tetapi tidak Islam.
Orang yang syok sendiri nanya.. punya kes..
Syirik boleh berlaku pada pegangan akidah, amalan berbuatan dan perasaan seseorang.
Apabila ada syirik secara automatik tidak ada tauhid.
Jumaat, Mac 27, 2009
Cara mendapat husnul khatimah
Dalam kontek perjalanan hidup AKU secara umumnya, satu perkara yang tidak boleh AKU lupakan ialah AKU datangnya daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Dunia ini adalah tempat persinggahan yang sementara bagi memberpetulkan diri dan mengutip sebanyak mungkin bekalan untuk dibawa ke destinasi seterusnya. Perjalanan hidup manusia perlu melalui 3 peringkat iaitu Minallah, Billah dan ilallah. Manakala kehidupan manusia pula ada 4 keadaan.
1. Ada orang datang dalam keadaan suci, hidup dalam keadaan suci dan kembali dalam keadaan suci.
2. Ada orang datang dalam keadaan suci, hidup dalam keadaan suci tetapi kembali dalam keadaan kotor. (Su'ul Khatimah) Pengakhiran yang tak baik.
3. Ada orang datang dalam keadaan suci, hidup dalam keadaan kotor dan kembali pun dalam keadaan kotor.
4. Ada orang datang dalam keadaan suci, hidup dalam keadaan kotor tetapi kembali dalam keadaan suci. (Husnul Khatimah) Pengakhiran yang baik.
Apa yang wajib AKU lakukan ialah berdoa supaya mendapat Husnul Khatimah.
Rabu, Oktober 22, 2008
AKU
AKU sentiasa< Ingat, jika sekali AKU telah melangkah ke penghidupan yang seterusnya tanpa menemui jalan yang dapat menemukan AKU dengan Yang Maha Kekal, maka itulah sebesar-besar kegagalan dan kesedihan yang bakal menimpa AKU. AKU tidak akan dapat berpatah balik untuk mencari peluang kedua.
AKU datang daripada Allah. Dan KepadaNyalah AKU akan dikembalikan. Jika AKU tidak mengenaliNya padah menanti. Justeru itu, AKU tiidak akan duduk sahaja tanpa melakukan apa-apa. AKU perlu mencari jalan untuk mengenal diri. Seterusnya mengenali Allah yang kekal abadi. Semoga AKU berjaya dalam pencarian ini. Amiin.
