Memaparkan catatan dengan label Fenomena Alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fenomena Alam. Papar semua catatan

Khamis, November 17, 2011

7 perkara yang membahayakan ketika banjir


Setiap kali tiba musim banjir, maka akan kedengaranlah pada kita suara-suara yang bercakap mengenai masalah banjir samada di radio dan tv, di akhbar-akhbar, di blog-blog dan sebagainya.

Saban tahun kita mendengar berita-berita mengenai kematian akibat banjir. Maka ramai jugalah yang menulis mengenai isu-isu keselamatan di Musim banjir. Pada tahun sudah hamba pun ada menulis beberapa entri berkaitan banjir antaranya ialah Panduan Keselamatan di Musim Banjir.

Ya, kali ini hamba ingin menulis tajuk yang hampir serupa tetapi berlainan sedikit cara olahannya. Bukan apa, tidak ada gunanya kita membicarakan tentang panduan keselamatan tanpa kita mengetahui bahayanya.

Baiklah, kita teruskan kepada topik kali ini iaitu perkara-perkara yang membahayakan di musim banjir.

Perkara yang paling utama ialah;

1. Tidak mempunyai pengetahuan atau kesedaran tentang bahayanya banjir

Ha ha ha.. tidak ada gunanya kalau kita dibekalkan dengan panduan keselamatan, sedangkan kita tidak pernah menganggap ianya merbahaya. Kalau adapun panduan keselamatan tu, kita tidak akan menggunakannya. betul tak?


2. Tidak sampai maklumat tentang banjir

Ini pun satu, dalam dunia IT yang serba moden dan canggih ni, masih ada lagi yang tidak mengikuti perkembangan semasa. Mereka yang sentiasa sibuk atau buat-buat sibuk sehingga tidak mengetahui apa-apa yang berlaku di sekeliling. Tidak mengikuti siaran radio dan television tempatan. Ini menyebabkan mereka tidak sempat membuat persiapan awal. Tahu-tahu air dah masuk ke dalam rumah mereka. Kereta yang diparking kat luar pejabat sudah pun ditenggelami air. Sepatutnya di kawasan-kawasan yang sering dinaiki air perlu di pasang sistem amaran awal banjir.. pakai siren gitu... kih3...

3. Sukakan suasana banjir

Biar betul ! Nak katakan tidak betul tapi inilah yang sering terjadi. Setiap kali tibanya musim banjir, ramai yang menjadikannya satu pesta bermain air. Mereka suka bersiar-siar di kawasan banjir atau berada di tepi-tepi sungai, parit, alur dan sebagainya. Ada yang bermandi-manda di sungai dan tidak kurang juga yang mengambil kesempatan banjir ini untuk menangkap ikan.

Banyak kes yang kita dengar mengenai kematian akibat banjir seperti terjatuh ke dalam sungai atau tergelincir di parit air.


4. Anggap mudah mengenai sambungan elektrik

Dawai elektrik yang bersalut kat rumah kita tu nampak ok sahaja. Tapi di musim banjir ni seelok-eloknya dipastikan semua wayar yang ada selamat. Gunakan testpen untuk memeriksa wayar elektrik. Keadaaan dinding yang lembab memungkinkan adanya arus elektrik yang mengalir kat dinding terutama rumah-rumah kayu.

Elakkan dari memasang sambungan elektrik yang banyak atau menggunakan perkakasan elektrik yang banyak.


5. Meminum air atau memakan makanan yang tidak dimasak.

Ini adalah perkara yang membahayakan bukan sahaja di musim banjir malah di musim-musim yang lain juga. Cuma di musim banjir ni amatlah ditekankan tentang kebersihan. Ini kerana banyak penyakit mudah menular di musim banjir terutamanya penyakit taun.

6. Membiarkan anak-anak bermain di luar rumah.

Di musim banjir ni ibu bapa hendaklah memantau pergerakkan anak-anak agak tidak mengikuti kawan-kawannya bermain air, terutama yang masih kecil. Janganlah pula ibu bapa asyik dok tidur je kat dalam bilik tu.. mentang-mentanglah kat luar tu hujan.. cuaca redup.. siap tulis kat luar bilik "jangan ganggu" he he.. tak da lah... contoh aje.. kalau berlaku apa-apa kat anak-anak, menyesal tak sudah.

7. Memandu kenderaan dengan laju

Di antara perkara yang membahayakan ketika banjir ialah memandu kenderaan dengan laju. Faham-faham sajalah.. musim hujan kan jalan licin. Kenderaan mudah terbabas. Jika jalanraya sudah dinaiki air, berhati-hatilah ketika menyebaranginya. Jangan cuba menyeberangi arus yang deras.

Itulah serba sedikit tentang perkara-perkara yang membahayakan ketika banjir.

Ahad, Oktober 23, 2011

Eee takutnya lihat langit

Gambar ini aku ambil kat depan rumah aku juga. Bila lihat langit sebegini timbul rasa takut. Bukan takut kepada langit tapi takut kepada Allah Taala. Langit bukan boleh buat apa pun ha ha. :)

Mungkin keadaan langit sebegini sudah biasa bagi sesetengah orang. Apa nak ditakut. Itu tandanya hari akan hujan. Memang betul tidak ada apa pun yang dahsyat berlaku. Cuma hujan dan ribut biasa sahaja.



Sebenarnya sikap tidak kisah sebeginilah yang menandakan kita hidup dalam keadaan alpa. Sibuk dengan tugas seharian hingga tidak peduli apa yang bakal berlaku.

Kemurkaan Allah yang disertai dengan bencana dan kemusnahan walaupun sudah acap kali berlaku sebelum ini bermula di zaman nabi-nabi dahulu lagi namun orang sama sahaja tetap alpa dan tidak peduli. Mungkin mereka tunggu berlaku dahulu barulah hendak memikirkannya. Itupun ramai yang tak nak kaitkan dengan kuasa Allah Taala dan bala yang diturunkannya. :(





Mereka kata itu cuma bencana alam yang tidak dapat dihindarkan. Wah pemikiran seperti ini sebenarnya samalah dengan pemikiran orang-orang yang kafir tu. Wallahuaklam.

Khamis, Oktober 13, 2011

Keindahan Pelangi





Merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. Itulah warna-warna pelangi.







Pelangi ini tiba-tiba muncul kat depan rumah aku. Walaupun pelangi ni nampak kecil sahaja tapi aku puas hatilah sebab gambar ni aku sendiri yang ambil.








Susah sebenarnya nak tangkap gambar pelangi ni. Pelangi bukannya selalu muncul di langit. Ketika hujan panas pun belum tentu dapat melihatnya. Sekali terlepas entah bila pula dapat melihatnya.







Pelangi selalunya dapat dilihat selepas hujan. Ia berbentuk melengkong. Menurut kajian sains ia dihasilkan apabila cahaya terbias melalui titisan air di udara.

Isnin, Disember 07, 2009

Panduan Keselamatan Di Musim Banjir

Fenomena banjir boleh berlaku di mana sahaja baik di Malaysia, Indonesia, India dan lain-lain. Banjir seringkali berlaku apabila kedatangan musim tengkujuh iaitu di antara bulan November hingga Mac dimana pada musim ini jumlah hujan yang lebih banyak berbanding pada bulan-bulan yang lain. Banjir kilat juga boleh berlaku di luar musim tersebut.

Maklumat di bawah ini aku dapati daripada sumber Buletin Takaful 2009.

Persediaan menghadapi banjir

1.      Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat anda seperti sistem amaran banjir dan lokasi pusat pemindahan.
2.      Periksa dan bersihkan semua lubang air samada longkang atau saluran perparitan.
3.      Pastikan seluruh ahli keluarga mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan.

Tindakan semasa banjir

Di dalam rumah

1.      Dengar pengumuman dari radio dan televisyen.
2.      Simpan air bersih.
3.      Bawa masuk perabut dari luar rumah.
4.      Simpan dokumen penting di tempat yang selamat.
5.      Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
6.      Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
7.      Ikut laluan yang ditentukan.

Di luar rumah

1.      Berpindah awal dan semasa hari siang, ianya lebih mudah dan selamat.
2.      Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
3.      Jangan bersiar-siar di kawasan banjir.
4.      Jangan sentuh kabel atau wayar yang jatuh.
5.      Jangan minum air yang tercemar.
6.      Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan.
7.      Awasi kanak-kanak.

Tindakan selepas banjir

1.      Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan.
2.      Beri bantuan kepada jiran atau orang kurang upaya.
3.      Jangan terus memasuki rumah. Periksa kerosakan dinding, lantai, siling, pintu dan tingkap.
4.      Lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan.
5.      Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan di lantai rumah. Periksa kehadiran binatang atau serangga berbisa dan berbahaya.
6.      Periksa paip saluran gas, wayar elektrik, peralatan elektrik dan bahan-bahan mudah terbakar.
7.      Periksa kerosakan tangki septic.
8.      Buang bahan-bahan makanan dan minuman yang terendam.
9.      Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa.

Jika kenderaan anda terperangkap di dalam banjir

1.      Kurangkan kelajuan kenderaan anda ketika hujan.
2.      Nyalakan lampu kerana ini membolehkan anda melihat dengan lebih jelas.
3.      Pilih laluan yang lebih selamat.
4.      Jangan melalui jalan yang sedang dinaiki air.
5.      Jangan memandu di dalam keadaan hujan yang terlalu lebat.
6.      Berhenti di tempat yang selamat dan nyalakan lampu isyarat kecemasan (hazard light).
7.      Ikut arahan pihak berkuasa.
8.      Jika enjin kenderaan anda mati di tengah banjir, keluar segera dan beredar ke kawasan yang lebih tinggi.
9.      Jangan cemas dan bersedialah untuk meninggalkan kenderaan anda.
10. Segera ke tempat yang tinggi dan dapatkan bantuan.
11. Hubungi polis atau bomba untuk mendapatkan bantuan.
12. Ingat, tindakan awal dapat menyelamatkan nyawa anda dan orang yang disayangi

Itulah serba sedikit mengenai panduan atau langkah-langkah keselamatan di musim banjir.

Jumaat, Disember 04, 2009

5 faktor berlaku banjir


Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya banjir. Tetapi di sini aku mengutarakan 5 faktor yang biasanya menjadi penyebab kepada banjir. Antara faktor-faktor tersebut adalah:-

  1. Hujan lebat yang berterusan

Hujan lebat yang berterusan tanpa henti akan menyebabkan banjir berlaku terutama di kawasan rendah. Ini kerana air yang banyak tidak sempat dialirkan keluar ke sungai.

  1. Pembangunan yang tidak terancang

Pembangunan yang tidak terancang boleh menjadi factor kepada banjir kilat. Ini kerana apabila system perparitan tidak dirancang dengan sempurna semasa sesuatu kawasan hendak dibangunkan akan menyebabkan tidak ada system aliran air atau system aliran air yang sedia ada menjadi terhalang dan tidak dialirkan secara wajarnya.

  1. Limpahan sungai

Hal ini berlaku apabila sungai yang cetek atau sempit tidak mampu menampung jumlah air yang banyak. Akibatnya ia melimpah keluar dan menyebabkan banjir di kawasan sekitarnya. Biasanya sungai membawa air dari kawasan tinggi dan mengalirkannya ke laut. Apabila berlaku hujan lebat yang berterusan di kawasan tinggi, dengan keadaan sungai yang cetek atau sempit boleh menyebabkan berlakunya banjir di kawasan yang rendah. Lihat banjir di Kota Bharu.

  1. Longkang, parit dan sungai yang tersumbat

Ini juga merupakan factor kepada banjir kilat. Apabila hujan lebat yang berterusan maka air pada peringkat awalnya perlu dialirkan ke longkang. Kemudian daripada longkang perlu dialirkan ke parit seterusnya ke sungai. Apabila longkang, parit atau sungai tersumbat maka ianya akan mengganggu aliran tersebut dan akan mengakibatkan air bertangkung dan menyebabkan banjir.

  1. Air dari empangan yang dilepaskan secara mendadak

Bagi negeri-negeri yang mempunyai empangan selalunya akan menghadapi banjir teruk sekiranya air dari empangan dilepaskan secara mendadak. Ini disebabkan oleh tidak adanya perancangan awal dari pihak berkuasa. Air dari empangan sememangnya perlu dilepaskan apabila melebihi paras yang ditetapkan. Ini bagi mengelak empangan tersebut pecah. Sekiranya empangan tersebut pecah maka ini akan mengundang bahaya yang besar kepada penduduk. Air dari empangan tidak seharusnya dilepaskan secara mendadak sekiranya perancangan awal dan pemantauan sentiasa dilakukan di empangan tersebut.

Itulah antara beberapa factor yang menyebabkan berlaku banjir. Tugas semua pihak diperlukan bagi mengurangkan factor banjir seperti menjaga sungai dan kebersihan persekitaran kita. Pihak berkuasa dan pemaju pula perlu lebih bertanggungjawab terhadap pembangunan yang hendak diadakan. Jangan terlalu memikirkan wang semata-mata. Perancangan awal yang lebih teratur amat diperlukan bagi menghadapi musim banjir.

Rabu, November 25, 2009

Banjir di Pantai Timur


Biasanya bermula pada bulan November, Desember dan Januari adalah bulan-bulan yang sinonim dengan musim tengkujuh. Di Pantai Timur yang terdiri daripada negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang seringkali menghadapi banjir akibat hujan yang terlalu lebat pada musim tengkujuh. Negeri-negeri lain juga tidak terlepas dari mengalami banjir.


Setiapkali musim banjir banyak hartabenda yang dilaporkan musnah. Para petani mengalami kerugian akibat kemusnahan tanaman mereka. Kemalangan jiwa juga sering berlaku. Mangsa yang mati lemas tu bukan sahaja terdiri dari kanak-kanak malahan orang dewasa.


Musim banjir seringkali dianggap pesta oleh kebanyakan orang. Malah musim banjir juga boleh menjadikan punca pendapatan oleh sesetengah orang.


Sebenarnya banjir kat Pantai Timur ini sudah menjadi perkara biasa. Tiba aje bulan 12 kenalah lakukan persiapan menghadapi banjir.


Bagi mereka yang tinggal di kawasan tinggi, mereka juga perlu mengawasi anak-anak mereka sepanjang masa. Kadang-kadang anak-anak mereka ni tidak ada di rumah kerana keluar bermain bersama kawan-kawan. Kanak-kanak seringkali dilihat bermain di sungai, parit dan sebagainya.


Tempat aku tinggal sekarang ni (Taman Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan dah lama tak dinaiki air. Dulu iaitu pada tahun 2004 memang teruk kawasan ni dinaiki air. Tapi pada masa tu sistem perparitan belum siap sepenuhnya. Tapi kini kalau air naik pun paling tinggi sekadar satu anak tangga. Itupun sekejap aja. Sekejap naik sekejap surut.


Bercerita tentang banjir kat Kota Bharu pula. Banjir kat Kota Bharu ni berpunca dari banjir kat Gua Musang. Walaupun hujan lebat macam mana sekalipun kat Kota Bharu ni tidak menyebabkan banjir. Sebab air tu sempat dialirkan keluar. Tapi bila dah berlaku banjir kat Gua Musang atau Kuala Krai maka tunggulah besoknya. Apabila air kat sana telah surut maka paras air kat sungai kelantan pun melimpahlah. Kawasan rendah kat Kota Bharu ni mulalah dinaiki air. Tu lah kata orang hujan tidak, ribut tidak ... tiba-tiba air naik.

Disqus for Jalanan Hamba