Memaparkan catatan dengan label Keagamaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keagamaan. Papar semua catatan

Khamis, November 21, 2013

Isu Kalimah Allah Antara Isu Agama Yang Menjadi Perbualan Hangat Di Facebook

Antara isu agama yang menjadi perbualan hangat di facebook ialah Isu Kalimah Allah. Persoalannya ialah Bolehkah Bukan Islam Termasuk Kristian Menggunakan Kalimah Allah?

Pernah hamba cuba mengetengahkan isu ini di facebook dan ternyata hamba mendapat bertubi-tubi komen yang kebanyakkannya adalah kontra berbanding pro he he..

Kepada pembaca yang ingin mengikuti perbualan ini, hamba nasihatkan supaya membacanya dari awal supaya tidak tertinggal penghujahan yang diberikan dan tidak pula berhenti separuh jalan. Ini bertujuan supaya pembaca dapat membuat kesimpulan sendiri secara betul. Tekan ruangan komen untuk melihat dan mengikuti perbualan.


Jumaat, Mac 19, 2010

Pro dan Kontra dalam Sambutan Maulidurrasul




Wah nampaknya sambutan maulidurrasul pun ada pro dan kontra juga sekarang ni ya.

Sambutan maulidurrasul bererti menyambut ulangtahun kelahiran nabi Muhammad S.A.W. dengan menyemarakkan ucapan salawat kepada baginda S.A.W. Ianya disambut oleh kebanyakan umat Islam seluruh dunia sama ada dengan mengadakan beberapa acara yang dianjurkan oleh pihak kerajaan, badan berkanun, swasta atau oleh orang perseorangan. Orang perseorangan selalunya menyambut maulidurrasul di rumah-rumah dengan menjemput saudara-mara, sahabat handai atau kenalan.

Tujuan asas dalam sambutan maulidurrasul ialah untuk mengingati perjuangan nabi Muhammad S.A.W. menyebar dan meninggikan syiar Islam. Cara yang biasa dilakukan oleh umat Islam ialah dengan bersalawat dan memuji Rasulullah S.A.W. Di sesetengah tempat, sambutan maulidurrasul dilakukan dengan mengadakan perarakan sambil bersalawat kepada nabi Muhammad S.A.W. Samada ianya dimulai dengan ceramah agama dan disudahi dengan perarakan salawat nabi ataupun dimulai dengan perarakan dan disudahi dengan ceramah agama tidaklah dapat dipastikan bergantung kepada adat dan budaya setempat. Untuk ini aku memohon maaf kerana tidak dapat memastikan perkara ini kerana kawasan tempat tinggal aku tidak pernah dianjurkan perarakan jadi aku pun tidak pernah menyertai mana-mana perarakan maulidurrasul. :-(

Sejak akhir-akhir ini timbul isu mengenai perarakan dalam sambutan maulidurrasul. Semuanya bermula apabila Pulai Pinang yang diperintah oleh DAP menerusi pakatan pembangkang telah membatalkan perarakan maulidurrasul. Sejak itu ramailah para ulama yang mempertahankan pembatalan tersebut dan tidak kurang juga ulama yang membantah. J

Isu samada perlukah ada perarakan atau tidak perlu sebenarnya perkara kecil sahaja. Ini kerana untuk menyambut maulidurrasul tidak semestinya dengan perarakan. Di rumah-rumah juga boleh disambut maulidurrasul sepertimana yang biasa berlaku di kampung aku. Di saat untuk bersalawat, semua seisi keluarga atau sesiapa sahaja yang berada di majlis tersebut akan berdiri sambil bersalawat memuji Rasulullah S.A.W. Selawat nabi biasanya akan diselangi dengan membaca rangkap-rangkap syair yang cukup indah. Biasanya majlis maulidurrasul yang diadakan di rumah akan disudahi dengan jamuan ringan atau apa-apa jamuan sekadarnya mengikut kemampuan tuan rumah.

Isu yang sebenarnya timbul sejak dahulu lagi bukanlah isu perarakan tetapi isu yang dilontarkan oleh segelintir ulama iaitu  apakah bid’ah atau tidak merayakan maulidul rasul? adakah sambutan ini wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. atau tidak? Adakah sambutan ini wujud pada zaman Abu Bakar r.a.? Adakah sambutan ini wujud pada zaman Saidina Umar r.a.? Adakah sambutan ini wujud pada zaman Saidina Usman dan Ali?

Oleh kerana jawapannya tidak, maka sebab itulah ada segelintir ulama telah menolak sambutan maulidurrasul ini.

Ulama yang mempertahankan sambutan pula berdasarkan beberapa sebab. Ini kerana tidak salah memperingati hari kelahiran Rasulullah S.A.W asalkan Upacara sambutan Maulidur Rasul tidak melibatkan unsur-unsur yang menyalahi syariat. Jika sekiranya sambutan itu diisi dengan ilmu dan ibadah, maka ia sudah tentu akan memberikan menafaat yang besar kepada umat Islam.

Bagi aku, aku terima pendapat yang kedua iaitu tidak salah menyambut maulidurrasul malah digalakkan kepada umat Islam menyambutnya. Walaupun Rasulullah tidak pernah mengadakan perarakan, berzanji atau nasyid seperti yang diamalkan sekarang ini, namun umat Islam seharusnya memperingati sesuatu peristiwa besar yang pernah berlaku dalam sejarah Islam. Ia bertujuan bagi mendapat pengajaran dari sesuatu peristiwa tersebut.

Ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, baginda juga pernah disambut dengan perarakan, berzanji dan nasyid, namun Rasulullah tidak pernah menghalangnya. Ini membuktikan perarakan, berzanji dan nasyid itu tidak salah.

Aku sudahi perbahasan tentang sambutan maulidurrasul ini dengan meninggalkan satu persoalan, iaitu perarakan sambutan kelahiran nabi itu merupakan salah satu dari syiar Islam. Menyambutnya adalah sebagai tanda meraikan kebesaran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W. Semua para muhibbin dan siddiqiin meraikannya. Sedangkan seluruh alam meraikan kelahiran baginda termasuk Abu Lahab, dimana beliau telah memerdekakan beberapa orang hamba sebagai meraikan kelahiran anak saudaranya Muhammad, apatah lagi kita yang mengaku umatnya dan mengaku menyayanginya?. Wallahuaklam.

Rabu, Januari 20, 2010

Cinta Gay dan Lesbian di zaman nabi Lut


Allah Taala menjadikan setiap sesuatu itu berpasangan iaitu lelaki dan perempuan. Dengan itu alam ini menjadi seimbang. Lelaki akan tertarik kepada perempuan dan perempuan akan tertarik kepada lelaki. Itulah fitrah iaitu sifat semulajadi alam ini yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Jika rosak fitrah ini maka tidak adalah lagi keseimbangan alam. Maka akan berlakulah malapetaka dan kemusnahan seperti yang difahami oleh manusia yang jahil sebagai bencana alam semata-mata. Setiap sesuatu ada lelaki dan perempuannya atau setiap sesuatu ada positif dan negatifnya. Positif dan negatif akan menarik di antara satu sama lain bagi mengukuhkan sesuatu struktur benda. Jika sifat ini berubah maka terlerailah struktur tersebut. Teori dan konsep yang telah diakui oleh saintis. Sifat asal sesuatu benda tidak mudah untuk berubah dengan sendirinya kecuali diubah oleh tangan-tangan manusia. Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran;

سُوۡرَةُ الرُّوم

ظَهَرَ ٱلۡفَسَادُ فِى ٱلۡبَرِّ وَٱلۡبَحۡرِ بِمَا كَسَبَتۡ أَيۡدِى ٱلنَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعۡضَ ٱلَّذِى عَمِلُواْ لَعَلَّهُمۡ يَرۡجِعُونَ (٤١) قُلۡ سِيرُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ فَٱنظُرُواْ كَيۡفَ كَانَ عَـٰقِبَةُ ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلُ‌ۚ كَانَ أَڪۡثَرُهُم مُّشۡرِكِينَ


yang bermaksud;

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). (41) Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang musyrik.

Sepertimana sesuatu benda tidak akan menyeleweng dari sifat asalnya kecuali diubah oleh tangan-tangan manusia, begitu jugalah dengan diri manusia itu sendiri. Sifat asalnya atau fitrahnya tidak mungkin berubah kecuali cuba diubah oleh dirinya sendiri yang cuba menyeleweng dari sifat asalnya..

Lelaki yang nafsunya tertarik dengan lelaki dan perempuan yang nafsunya tertarik dengan perempuan merupakan sesuatu yang bukan fitrah. Oleh itu ia akan mendapat kemurkaan Allah dan jika keadaan ini berleluasa maka ia akan menjadikan persekitarannya sudah tidak seimbang lagi. Sesuatu yang pelik tetapi benar dimana manusia sememangnya mempunyai hubungan dengan alam persekitarannya. Ketahuilah bahawasanya manusia juga adalah sebahagian daripada alam.

Itu hanyalah pada zahirnya sahaja dimana apa yang berlaku cuba ditafsirkan secara zahir atau saintifik. Sedangkan pada hakikatnya ialah apabila berlaku sesuatu kemurkaan Allah maka diutuskan para malaikatnya yang bertugas hanya untuk Allah dan hanya menurut perintah Allah bagi membinasakan sesuatu kaum itu.

Pelajarilah dari kisah yang lampau dan ambillah iktibar dari umat Kaum Lut dimana kaum Lut telah dibinasakan oleh Allah melalui satu malapetaka atau bencana disebabkan oleh fitrah songsang atau lebih tepat dikatakan ialah, disebabkan oleh penyelewengan terhadap fitrah semulajadi manusia. Lelaki yang nafsunya tertarik kepada lelaki dan perempuan yang nafsunya tertarik kepada perempuan juga adalah merupakan penyelewengan terhadap fitrah semulajadi manusia.

سُوۡرَةُ هُود

وَجَآءَهُ ۥ قَوۡمُهُ ۥ يُہۡرَعُونَ إِلَيۡهِ وَمِن قَبۡلُ كَانُواْ يَعۡمَلُونَ ٱلسَّيِّـَٔاتِ‌ۚ قَالَ يَـٰقَوۡمِ هَـٰٓؤُلَآءِ بَنَاتِى هُنَّ أَطۡهَرُ لَكُمۡ‌ۖ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَلَا تُخۡزُونِ فِى ضَيۡفِىٓ‌ۖ أَلَيۡسَ مِنكُمۡ رَجُلٌ۬ رَّشِيدٌ۬ (٧٨) قَالُواْ لَقَدۡ عَلِمۡتَ مَا لَنَا فِى بَنَاتِكَ مِنۡ حَقٍّ۬ وَإِنَّكَ لَتَعۡلَمُ مَا نُرِيدُ

Maksudnya;

Dan kaumnya pun datang meluru kepadanya (dengan tujuan hendak mengganggu tetamunya), sedang mereka sebelum itu sudah biasa melakukan kejahatan. Nabi Lut berkata: Wahai kaumku! Di sini ada anak-anak perempuanku mereka lebih suci bagi kamu (maka berkahwinlah dengan mereka). Oleh itu takutlah kamu kepada Allah dan janganlah kamu memberi malu kepadaku mengenai tetamu-tetamuku. Tidakkah ada di antara kamu seorang lelaki yang bijak berakal (yang dapat memberi nasihat)? (78) Mereka menjawab: Sesungguhnya engkau telahpun mengetahui bahawa kami tidak ada sebarang hajat kepada anak-anak perempuanmu dan sebenarnya engkau sedia mengetahui akan apa yang kami kehendaki.

سُوۡرَةُ هُود

قَالَ لَوۡ أَنَّ لِى بِكُمۡ قُوَّةً أَوۡ ءَاوِىٓ إِلَىٰ رُكۡنٍ۬ شَدِيدٍ۬ (٨٠) قَالُواْ يَـٰلُوطُ إِنَّا رُسُلُ رَبِّكَ لَن يَصِلُوٓاْ إِلَيۡكَ‌ۖ فَأَسۡرِ بِأَهۡلِكَ بِقِطۡعٍ۬ مِّنَ ٱلَّيۡلِ وَلَا يَلۡتَفِتۡ مِنڪُمۡ أَحَدٌ إِلَّا ٱمۡرَأَتَكَ‌ۖ إِنَّهُ ۥ مُصِيبُہَا مَآ أَصَابَہُمۡ‌ۚ إِنَّ مَوۡعِدَهُمُ ٱلصُّبۡحُ‌ۚ أَلَيۡسَ ٱلصُّبۡحُ بِقَرِيبٍ۬ (٨١) فَلَمَّا جَآءَ أَمۡرُنَا جَعَلۡنَا عَـٰلِيَهَا سَافِلَهَا وَأَمۡطَرۡنَا عَلَيۡهَا حِجَارَةً۬ مِّن سِجِّيلٍ۬ مَّنضُودٍ۬

Maksudnya;

Nabi Lut berkata: Kalaulah aku ada kekuatan untuk menentang kamu atau aku dapat bertumpu ke sesuatu tempat bertahan yang kuat (dari penyokong-penyokong, tentulah aku akan membinasakan kamu). (80) (Mendengarkan yang demikian) tetamunya berkata: Wahai Lut! Sesungguhnya kami (adalah malaikat) utusan Tuhanmu. Kaum engkau yang jahat itu tidak sekali-kali akan dapat melakukan kepadamu (sebarang bencana). Oleh itu, pergilah berundur dari sini bersama-sama dengan keluargamu pada tengah malam dan janganlah seorangpun di antara kamu menoleh ke belakang. Kecuali isterimu, sesungguhnya dia akan ditimpa azab yang akan menimpa mereka (kerana dia memihak kepada mereka). Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu Subuh; bukankah waktu Subuh itu sudah dekat? (81) Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu. (82)

Kalau difikirkan dan dihalusi terhadap peristiwa kemusnahan dan bencana-bencana yang berlaku di serata dunia dahulu dan sekarang, faktor ini tidak boleh diketepikan. Manusia hanya ingin mencari logik semata-mata. Tetapi tidak mahu mengambil iktibar dari peristiwa yang telah berlaku samada ia mempunyai kaitan dengan kemurkaan Allah ataupun tidak. Banyak perkara yang mengundang kemurkaan Allah antara lain ialah lahirnya ramai manusia yang kufur dan syirik kepada Allah S.W.T selain dari apa yang telah dinyatakan di atas. Wallahu aklam...

Rabu, Disember 16, 2009

1 Muharram awal tahun Hijrah

Muharram bererti yang diharamkan.
Bulan Muharram ialah bulan pertama
dalam calendar hijriah. Ia merupakan salah satu dari empat bulan yang dihormati. Masyarakat arab dahulu seboleh-bolehnya mengelak dari berperang dalam bulan-bulan tersebut.

Kalendar bulan hijriah menggunakan kiraan Qamariah iaitu satu bulan hijriah ialah satu pusingan bulan mengelilingi bumi iaitu sebanyak 29 hari atau 30 hari. Manakala satu tahun hijriah pula ialah 12 kali bulan mengelilingi bumi. Oleh itu satu tahun hijriah ialah sebanyak 354 hari.

Awal Muharram disambut pada 1 Muharram setiap tahun. Ia merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Di Malaysia sambutan Awal Muharram dikenali juga dengan sambutan Maal Hijrah.

Ada dua persoalan yang sedang bermain dalam fikiran aku sejak dahulu lagi tentang penggunaan istilah Maal Hijrah ini. Apa yang aku tahu istilah Maal Hijrah ini baru sahaja diperkenalkan di Malaysia. Secara pastinya aku tidak ingat bila. Tapi sudah lebih 10 tahun diperkenalkan. Sebelum ini istilah yang digunakan ialah Awal Muharram.

Persoalan pertama ialah dari sudut penggunaan tatabahasa atau nahu sarf. Aku Nampak macam pelik sahaja istilah itu. Asal tulisannya ialah Ma’a al-hijrah. Ma’a ialah kata sendi atau harf yang bererti bersama. Jadi Ma’a al-hijrah bererti bersama hijrah. Mungkin boleh difahami apakah yang dikehendaki daripada Ma’a al-hijrah itu. Tetapi memulakan sesuatu istilah dengan kata sendi adalah sesuatu yang pelik kerana perkataan hijrah boleh difahami sebagai satu objek. Contohnya aku pergi bersama hijrah atau aku melakukan sesuatu bersama hijrah.

Persoalan kedua adakah di negara-negara Islam yang lain turut menggunakan istilah ini. Maksudnya ialah di negara Islam yang bukan melayu seperti di negara-negara arab. Aku rasa mereka tidak akan menggunakan istilah yang mereka tidak faham.

Walaubagaimanapun, apa yang penting di sini ialah pengisiannya. Bukanlah istilah itu yang penting. Apakah amalan-amalan yang seharusnya dilakukan bagi menyambut Awal Muharram atau kedatangan tahun baru Islam ini..

Selamat Tahun Baru...

Rabu, November 04, 2009

Pedoman Dalam Bercinta Menurut Islam

Perasaan cinta seseorang manusia pada sesuatu merupakan lumrah dan sifat itu telah ditetapkam oleh Allah S.W.T kepada hambaNya. Namun perasaan cinta seseorang manusia kepada sesuatu itu boleh menyebabkannya menjadi syirik kepada Allah Taala jika tidak kena dengan caranya.
Jadi bagaimanakah cara untuk mengelakan diri dari menjadi syirik ketika bercinta?
Ikuti pedoman-pedoman berikut.

Untuk menjelaskan tentang cinta agar tidak menjadi syirik, adalah lebih baik dijelaskan dari sudut tahap cinta. Ini kerana ia ada hubung kait dengan tauhid dan syirik kepada Allah S.W.T.

Beberapa hadith tentang cinta antaranya;

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه.

Terjemahannya:

Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri.

Ertinya mencintai saudara seagamanya termasuk lelaki dan perempuan. Tahap cinta itu tidaklah boleh melebihi. Tidak boleh keterlaluan. Cinta itu ialah sekadar seperti dia mencintai dirinya sendiri. Ibarat kata pepatah cubit paha kanan paha kiri pun terasa sakit. Oleh kerana orang Islam itu bersaudara maka mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Maka sebab itulah kita mencintai mereka. Sebabnya kita tidak boleh melakukan kerja bersendirian.

Hadith yang lain;

إن المؤمن للمؤمن كالبنيان يشد بعضه بعضا.

Terjemahannya;

Sesungguhnya seseorang mukmin dengan sesorang mukmin yang lain itu seperti binaan yang saling kukuh mengukuh di antara satu sama lain.

Ertinya kita memerlukan orang lain seperti sebuah bangunan yang terdiri daripada jongkong, besi, pasir, simen dan sebagainya. Kesemuanya berkerjasama bagi menguatkan bangunan. Jika salah satunya lemah akan melemahkan keseluruhan bangunan itu.

Hadith seterusnya tentang cinta;

لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده والناس أجمعين.

Terjemahannya;

Bersabda nabi Muhammad S.A.W: Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah aku dicintainya lebih dari bapanya sendiri dan manusia keseluruhannya.

Ertinya kita perlu mencintai nabi Muhammad. Tahap cinta kita kepada nabi itu hendaklah melebihi dari cinta kita kepada bapa kita sendiri termasuk ibu kita, anak-anak kita dan manusia keseluruhannya.

Itu semua adalah tahap cinta kita sesama manusia. Perlu ada tahap. Tetapi apabila masuk cinta kepada Allah, maka cinta kita kepada Allah hendaklah melebihi dari segala-galanya. Mencintai yang lain melebihi cinta kepada Allah akan menjadi syirik iaitu menyengutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Menduakan Allah Taala pada cinta. Menyamakan pun dah jadi syirik apatah lagi melebihkan cinta yang lain berbanding cinta kepada Allah.

Khamis, Oktober 15, 2009

Panduan membaca Artikel agama di internet

Panduan membaca 
Artikel agama di internet

Dewasa ini terlalu banyak artikel-artikel agama dan info Islam yang boleh didapati di  internet sama ada melalui laman web atau blog. Di antara info-info Islam yang berlambak itu, aku mendapati ada yang ditulis sendiri, ada juga yang dicopy paste dari berbagai tempat lain di internet untuk tujuan bloging dan sebagainya. Tidak kurang juga ada yang menulis artikel agama dengan merujuk kepada buku-buku agama. Semua ini pada dasarnya merupakan perkembangan yang positif terhadap penyebaran agama Islam. Alhamdulillah.

Tetapi sesuatu yang aku kira agak penting juga diketahui umum di sini iaitu berhati-hatilah ketika membaca dan menerima artikel-artikel agama dari web atau blog. Sebab kita tidak tahu sejauhmanakah kebenaran maklumat-maklumat tersebut. Perkara ini tidak boleh dianggap remeh kerana info yang salah boleh menyebabkan penerimaan konsep dan amalan yang salah di kalangan masyarakat siber.
Di sini ada panduan yang begitu mudah untuk para pembaca menilai artikel-artikel agama. Panduan yang sememangnya sudah tepakai untuk sekelian lama sebelum kemunculan zaman siber lagi.

1.    Pastikan setiap info disokong oleh dalil.
Dalil ialah bukti yang mengesahkan info tersebut.
2.    Pastikan dalil yang dibawa untuk mengesahkan info tersebut memang benar-benar berkaitan dengan info yang diperkatakan.

Itulah saja 2 perkara asasnya.

Dalil/bukti secara umumnya terbahagi dua iaitu bukti secara nas dan bukti secara musyahadah.

Bukti secara nas ialah info yang dibawa itu disokong secara qias atau ijmak ulamak atau disokong oleh hadith ataupun al-quran.
Manakala bukti secara musyahadah ialah info yang dibawa itu memang dapat disaksikan secara jelas di depan mata atau disokong oleh peristiwa atau rialiti yang benar-benar berlaku. Dalam ertikata lain ia dipanggil dalil nyata.
Tujuan bukti ialah untuk keyakinan bahawa sesuatu maklumat itu benar-benar sahih dan datangnya daripada Allah dan rasul.

Rabu, September 23, 2009

Menggabungkan puasa qada' dan puasa 6 hari di bulan Syawal



Bolehkah menggabungkan puasa qada' dan puasa 6 hari di bulan Syawal ?


Sebelum dibahaskan tajuk ini, terlebih dahulu perlu difahami perbezaan di antara matlamat dan wasilah (alat) dalam ibadah. Contoh ibadah yang mempunyai matlamatnya yang tersendiri ialah solat yang wajib 4 rakaat pada waktu zohor dan solat yang disunatkan 2 rakaat sebelum menunaikan solat yang wajib itu. Kedua-duanya mempunyai matlamat yang tersendiri, dan bukannya yang kedua itu menjadi wasilah (alat) kepada yang pertama.

Contoh wasilah (alat) dalam ibadah pula ialah mengangkat hadath kecil (wudu’) atau hadath besar (mandi junub). Ianya dikatakan wasilah (alat) dalam ibadah kerana tidak sah solat itu melainkan dalam keadaan suci dari hadath kecil atau hadath besar. Maka mengangkat hadath kecil (wudu’) atau hadath besar (mandi junub) itu menjadi wajib kerana syarat sah solat ialah suci. Dalam keadaan biasa hukum wudu’ dan mandi adalah sunat. Sepertimana yang terdapat dalam usul feqah iaitu sesuatu yang tidak akan menyempurnakan yang wajib melainkan dengannya maka hukumnya adalah wajib juga.

Dalam kes menggabungkan 2 ibadah (Berniat untuk mengerjakan 2 ibadah serentak)

Ulamak bersepakat mengatakan bahawa menggabungkan 2 atau 3 ibadah serentak dibolehkan pada ibadah yang berbentuk alat (wasilah) dan juga dibolehkan pada ibadah yang bukan menjadi matlamat.

Misalnya seorang yang berjunub pada hari Jumaat berniat mengangkat hadas dan mandi sunat Jumaat sekaligus. Janabah terangkat dan pahala mandi Jumaat akan terhasil. Ini kerana ibadah mandi hadas adalah alat untuk mendapat kesucian. Ibadah mandi sunat Jumaat juga bertujuan untuk membersihkan diri. Kedua-dua dilakukan sebab untuk mendirikan solat yang menjadi tujuannya.

Misalnya yang lain ialah seseorang memasuki masjid lalu menunaikan solat sunat sebelum Zohor dan berniat tahiyyatul masjid sekaligus. Ini dibolehkan  kerana solat sunat Tahiyyatul masjid tidak menjadi matlamat di sini.

Sekiranya kedua-dua ibadah itu menjadi matlamat maka ia tidak boleh digabungkan. Contohnya mengabungkan antara Qadaâ subuh dan sunat Dhuha. Qada subuh dituntut kerana meninggalkan solat wajib pada waktu subuh. Sedangkan Sunat Dhuha pula disunatkan setelah masuknya waktu Dhuha.

Rujukan asal ialah daripada (Ibn Rajab al-Hanbali, al-Qawa`id, hlm. 24).
(boleh dirujuk kepada darulfuqaha.com ada dijelaskan juga hal ini.)

Menggabungkan antara niat qadaâ dan niat puasa sunat

Kalau berdasarkan huraian di atas maka tidak boleh menggabungkan niat qada’ dan niat puasa sunat.

Tetapi Sebahagian ulama mengharuskan gabungan antara niat qadaâ dan niat puasa sunat.
Mereka berhujah dengan dalil umum tentang niat iaitu sabda Nabi saw:
 إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى
Maksudnya: Amalan-amalan itu hanyalah berdasarkan niat-niat. Dan setiap orang mendapat hanya apa yang diniatkan. (Hadis riwayat Bukhari no1 dan Muslim no 3530)

Bentuk pengambilan dalilnya ialah: orang yang berpuasa tadi berniat kedua-duanya. Justeru, terhasillah pahala bagi kedua-duanya.

Menurut Zakariya al-Ansari: Sekiranya dia berpuasa di bulan Syawwal kerana qada puasa Ramadhan atau lainnya samada nazar atau sunat yang lain, terhasillah baginya pahala sunat Syawwal kerana paksinya ialah pada wujudnya puasa pada enam hari di bulan Syawwal meskipun tidak menyedarinya. Namun, ia tidak mendapat pahala penuh puasa syawwal melainkan dengan niat berpuasa 6 hari Syawwal lebih-lebih lagi orang yang terluput puasa ramadhan kerana tidak menepati atas dirinya kaedah berpuasa ramadhan dan mengekorinya dengan 6 hari syawwal (al-Syarqawi `ala al-Tahrir, juz 1, hlm. 427).

Menurut kebanyakan ulama, niat puasa yang mengabungkan antara Qadaâ dan puasa sunat Syawal hanya menjadikan ia sah untuk puasa qadaâ sahaja. Menurut Ibn Hazim kedua-duanya tidak sah. (al-Muhalla, juz 4, hlm. 302) Hujah mereka ialah kerana kedua-dua ibadah tersebut merupakan ibadah yang dimaksudkan dan menjadi matlamat secara tersendiri. (Ibn Rajab al-Hanbali, al-Qawa`id, hlm. 24).

Puasa Qada Ramadhan adalah dituntut kerana meninggalkan puasa Ramadhan. Puasa 6 Syawwal pula dituntut sebagai ekoran daripada puasa wajib Ramadhan.

Imam Nawawi menjelaskan, antara amalan Aisyah RA ialah beliau tidak melakukan puasa qadha' pada bulan Syawal, malah menyempurnakan puasa sunat syawal sahaja dan menghabiskan puasa qadha'nya di bulan-bulan lain.

Jadi boleh mendahulukan puasa sunat daripada puasa wajib. Ini kerana puasa qada’ walaupun dilakukan pada bulan-bulan yang lain tetap mendapat 10 kerana ia adalah puasa wajib ramadhan yang diqada’. Tetapi puasa sunat 6 hari syawal hanya boleh dilakukan pada bulan syawal.

Imam Syafi'iy (al Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) : hendaklah dibedzakan ibadah puasa ramadhan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha' dan puasa tatawwu' (sunat).

Imam Jalaluddin as Syuyuti (al Isybah) juga berpendapat demikian hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunnat.

Sekian..






Reblog this post [with Zemanta]

Selasa, September 22, 2009

Puasa 6 hari di bulan Syawal

Puasa 6 hari di bulan Syawal

Nabi saw memberi galakan menyusuli puasa Ramadhan dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal.

Galakan berpuasa 6 hari Syawwal telah disabitkan melalui hadis yang sangat banyak. Antaranya  daripada Abi Ayyub al-Ansari radiyallahu anhu bahawa Nabi saw bersabda:

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فذاك صيام الدهر

Maksudnya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.”
(hadis riwayat Muslim no 1984)

Yang dimaksudkan dengan al-Dahr (الدهر) ialah al-Sanah (السنة = setahun) yakni seolah-olah dia berpuasa setahun penuh, maka jika sentiasa menunaikannya sepanjang tahun, dia seolah-olah berpuasa seumur hidupnya.

Hadith yang lain:

Daripada Thauban radiyallahu anhu bahawa Nabi saw bersabda;

من صام رمضان وستة أيام بعد الفطر كان تمام السَنَةِ من جاء بالحسنة فله عشر أمثالها

Maksudnya: Sesiapa yang bepuasa Ramadhan dan 6 hari di bulan Syawwal selepas hari raya al-Fitr, adalah ia setahun penuh. Sesiapa yang mendatangkan satu kebaikan, baginya 10 kali ganda seupamanya.
(Hadis riwayat Ibn Majah no 1705.)

Maksudnya : “Puasa sebulan (Ramadhan) menyamai dengan 10 bulan, dan puasa 6 hari (dalam bulan Syawal) menyamai 2 bulan, maka jadilah puasa itu penuh setahun.”

Perlukah dimulai terus puasa 6 itu pada 2 Syawal

Berdasarkan 2 hadith di atas, iaitu hadith pertama ialah perkataan diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal dan hadith kedua pula ialah 6 hari di bulan Syawwal selepas hari raya al-Fitr, maka mengikut pendapat al-Qardhawi tidak semestinya dilaksanakan secara berturut-turut, dibolehkan perpuasa 6 hari itu pada mana-mana hari pada bulan Syawal.

Hadith dan terjemahan bersumberkan dari laman web darulfuqaha.com
Manakala persoalan dan huraian bersumberkan Islamonline.net.

Topik lain yang perlu dibaca ialah;











Reblog this post [with Zemanta]

Sabtu, September 19, 2009

Cara Solat hari raya

Pada 1 syawal 
dan 10 zulhijjah setiap tahun, 
dianjurkan supaya mengerjakan solat hari raya iaitu solat aidilfitri dan solat aidiladha.

Solat hari raya samada aidil fitri atau aidil adha hendaklah dilakukan secara berjemaah. Setelah selesai solat hendaklah dibacakan 2 khutbah. Solat hari raya boleh dilakukan di surau, masjid dan di lapangan terbuka. Waktu solat ialah sesudah terbit matahari kadar segalah (Waktu dhuha) hinggalah sebelum masuk waktu zohor.




Cara mengerjakannya;

1.      Setelah imam mengangkat takbir, lantas kita pun ucapkan lafaz niatnya (Tidak wajib);

أصلى سنة لعيد الفطر ركعتين مأموما لله تعالى

2.      Mengangkat takbir (Takbiratul ihram) iaitu; Allaahu akbar;
Sambil berniat mengerjakan solat (aidilfitri/aidiladha) 2 rakaat jadi makmun kerana Allah Taala.

3.      Sesudah takbiratul ihram, takbir lagi 7 kali pada rakaat pertama. Semasa bertakbir, angkat kedua tangan kita sampai kepada batas telinga. Di antara takbir ke takbir, hendaklah kita membaca tasbihnya, iaitu;

سبحان الله والحمد لله ولا اله إلا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم.

“Subhaana llaahi walhamdu lillaahi wa laa ilaaha illa llaahu wa llaahu akbaru wa laa haula wa laa quwwata illa billaahil `aliyyil `aziim.

Sebaik-baiknya ialah turut imam sewaktu bertakbir supaya tidak bercelaru dan supaya nampak lebih teratur.

4.      Sesudah takbir yang ke 7 terus mendengar imam membaca al-fatihah dan dilaksanakan solat seperti biasa.

5.      Pada rakaat yang kedua, sebelum mendengar dan membaca al-fatihah, bertakbir 5 kali. Di antara takbir ke takbir, hendaklah kita membaca tasbihnya seperti di atas.

Sebaik-baiknya ialah turut imam sewaktu bertakbir supaya tidak bercelaru dan supaya nampak lebih teratur.

6.      Laksanakan solat seperti solat biasa sehingga sampai kepada salam.

7.      Sesudah selesai solat, barulah dibacakan atau mendengar khatib membacakan khutbah 1 dan 2.

(Dirujuk dari kitab jenis-jenis sembahyang sunat
oleh Hj. Abu Bakar Ya`cob,
Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur, 1976)

Rabu, September 16, 2009

Cara menyambut hari raya menurut Islam

Cara menyambut hari raya menurut Islam;
(Dirujuk dari kitab Jenis-jenis sembahyang sunat dan himpunan amalan-amalan sunat serta beberapa laman web sebagai panduan)



1.      Bermula pada malam hari raya lagi iaitu setelah terbenam matahari (Waktu maghrib) disunatkan bertakbir dan berulang-ulang mengucapkan takbir.

2.      Pada pagi hari raya, minum atau makan pagi dahulu.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Anas Ibnu Malik berkata :"Rasulullah saw tidak akan keluar pada pagi Aidilfitri sehingga dia memakan beberapa tamar dan dia akan makan bilangan ganjil".

3.      Mandi sunat hari raya.

4.      Berangkat menuju ke masjid atau tanah lapang. Sebaik-baiknya berjalan kaki.

Dilaporkan oleh Sa'id Ibnu Jubair, berkata :"3 perkara yang menjadi sunnah pada hari Aidilfitri: berjalan kaki (ke tempat solat), mandi dan makan sebelum keluar.

5.      Memakai pakaian terbaik yang ada berdasarkan kemampuan.

Dari Jabir r.a. berkata :"Nabi saw, mempunyai Jubbah yang beliau akan memakainya pada hari Aidilfitri dan hari Jumaat".

6.      Bertegur sapa. Ucap selamat dan mendoakan antara satu sama lain. (Sebab itulah digalakkan berjalan kaki dan pilihlah tempat solat yang terdekat.)

7.      Sesampainya di masjid, maka sebelum duduk, solat dahulu tahiyyatul masjid dua rakaat. Kalau di tanah lapang tidak ada tahiyyatul masjid, hanya duduklah menuggu dimulakan solat hari raya.

8.      Sementara menuggu dimulakan solat hari raya, maka perbanyakkanlah takbir iaitu;

الله أكبر ( 3 كالى ) لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

9.      Setelah diulang takbir tersebut beberapa kali maka dibaca pula takbir berikut;

الله أكبر ( 3 كالى ) الله أكبر كبيرا والحمد لله كثيرا وسبحان الله بكرة وأصيلا.  لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره المشركون. لا إله إلا الله وحده صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده وهزم الأحزاب وحده. لا إله إلا الله والله أكبر الله اكبر ولله الحمد.

Allaahu akbar ( 3 kali ) Allahu akbaru kabiiran walhamdu lillaah kathiiran wasubhaana llaahi bukratan wa-asiila. Laa ilaaha illa llaahu walaa na`budu illa iyyaahu mukhlisiina lahu ddiina walau karihal mushrikuun. Laa ilaaha illa llaahu wahdah, sodaqa wa`dah, wanasoro `abdah, wa-a-`azza jundahuu wahazamal ahzaaba wahdah. Laa ilaaha illa llaahu wallaahu akbar. Allaahu akbar walillaahil hamd.

10. Setelah itu dimulakan pula dengan takbir yang mula-mula tadi beberapa kali dan disambung dengan takbir yang berikutnya sehingga sampainya waktu untuk bersolat.


12. Setelah selesai solat, menukar jalan balik supaya tidak sama jalan pergi dan balik. (Tujuannya supaya dapat bertemu dengan lebih ramai orang dan dapat bertegur sapa dengan orang yang berlainan)

Dari Jabir r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw menukar jalannya pada hari Aidilfitri tatkala pergi dan balik dari tempat solat hari raya, Rasulullah sentiasa pergi dan balik melalui jalan yang berlainan, menurut Jabir r.a. (Hadis riwayat Bukhari)

13.      Perkataan yang baik untuk ucapan. Mana-mana perkataan yang baik boleh diucapkan. Tapi kalau nak tahu perkataan apakah yang pernah diucapkan oleh nabi dan para sahabat pada hari raya aidilfitri, iaitu;   تقبل الله منا ومنكم
Taqabbalallohu minna wa
minkum,"Semoga Allah SWT menerima amal kami dan amal Anda.”

Itulah antara cara-cara menyambut hari raya menurut Islam.

Ahad, September 13, 2009

Amalan di bulan puasa berdasarkan hadith nabi S.A.W

Antara amalan-amalan di bulan puasa berdasarkan hadith nabi S.A.W adalah sebagaimana berikut;



Happy RamadanImage by Ranoush. via Flickr
1- Membaca Al-Quran.

Bulan Ramadhan adalah bulan al-Quran sesuai dengan sunnah Nabi s.a.w. Ibnu Abbas RA berkata; "Nabi (Muhammad SAW) adalah orang yang paling dermawan diantara manusia. Kedermawaanya meningkat saat malaikat Jibril menemuinya setiap malam hingga berakhirnya bulan Ramadhan, lalu Nabi membacakan al-Quran dihadapan Jibril. Pada saat itu kedermawaan Nabi melebihi angin yang berhembus."



 2.Berdo'a ketika berbuka puasa.

Abu Hurairah r.a berkata: bersabda Rasulullah s.a.w: Ada tiga golongan yang tidak akan ditolak do'anya, mereka itu adalah: orang puasa ketika berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang teraniaya". 





Tasbeeh
3.Menghidupkan malam ramadhan (solat, zikrullah dan sebagainya)

Solat Tarawih hukumnya sunat menurut kesepakan para ulama. Hadits-hadits yang menerangkan tentang qiyamullail adalah : Sabda Rasulullah s.a.w: "Barang siapa menghidupan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan mendapatkan ridho Allah s.w.t semata, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau".
Abu Hurairah r.a meriwayatjkan bahwa Rasulullah s.a.w. senang menghidupkan bulan Ramadhan dengan melaksanakan qiyamullail dengan tidak memaksakannya kepada para sahabat untuk melaksanakannya dan bersabda:" Barangsiapa yang melaksanakan Qiyamullail pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau.


4. Berlomba-lomba dalam bersedekah.

Hendaknya berusaha untuk selalu memberikan ifthar(berbuka) bagi mereka yang berpuasa walaupun hanya seteguk air ataupun sebutir korma sebagaimana sabda Rasulullah yang berbunyi:" Barang siapa yang memberi ifthar (untuk berbuka) orang-orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangi sedikitpun". (Bukhari Muslim)
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas yang artinya:" Rasulullah orang yang paling dermawan terlebih ketika berjumpa dengan malaikat Jibril dan malaikat Jibril selalu menemuinya setiap malam di bulan Ramadhan hingga akhir bulan itu." (HR Bukhari)



RaMaDaN KaReEeM!!Image by Za3tOoOr! via Flickr
5. I`tikaf di Sepuluh Hari Terakhir Bulan Ramadhan.

Diriwayatkan dari `Aisyah r.a. bahwasanya Nabi Muhammad saw selalu beri`tikaf di malam sepuluh terakhir bulan Ramadhan hingga ajal menjemputnya, kemudian sunnah ini dihidupkan lagi oleh isteri-isteri Rasulullah selepas kematiannya" (Bukhari Muslim).


6. Menjauhi Larangan Agama

Antara contoh larangan agama ialah berdusta. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dusta dan ghibah maka tiada ertinya di sisi Allah baginya berpuasa dari makan dan minum" (HR: Bukhari).










Reblog this post [with Zemanta]

Sabtu, Ogos 29, 2009

Perbezaan Allah dan Tuhan



Petikan dari sebuah laman web;

"Allah is the proper name of the One True God. Nothing else can be called Allah. This term has no plural or gendfer, which shows its uniqueness when compared with the word ‘god’, that can be made plural, gods; or feminine, goddess. It is a known fact that every language has one or more terms that are used in reference to God and sometimes to lesser deities. This is not the case with Allah."

Petikan di atas bagus sekali dan begitu menyampaikan kepada maksud yang dikehendaki. Ianya jelas menunjukkan perbezaan di antara Allah dan Tuhan. Jangan menganggap 2 perkataan ini sama sekaligus menggunakannya dalam kehidupan. Sebabnya Allah ialah perkataan yang lebih khusus manakala tuhan ialah perkataan yang lebih umum. Untuk menghuraikan perbezaan 2 perkataan ini lebih mudah dijelaskan melalui petikan bahasa inggeris seperti di atas.

Allah ialah perkataan yang tidak boleh menerima plural (Kata jamak / ramai) dan juga tidak boleh menerima jantina (lelaki atau perempuan). Berbeza dengan perkataan tuhan dimana ianya boleh disebut dalam keadaan plural. Dalam bahasa inggerisnya disebut gods. Perkataan tuhan juga boleh disebut dalam keadaan perempuan. Dalam bahasa inggerisnya disebut goddess.

Ramai mendakwa menyembah tuhan yang satu, namun ini belum jelas kerana tidak ditentukan zat yang manakah yang menjadi sembahan itu.

Kita seharusnya menyeru dengan namaNya Ya Allah. Jangan sesekali memanggil Ya Tuhan ! . Kerana perkataan tuhan itu umum, boleh merujuk kepada mana-mana sembahan manusia. Tetapi perkataan Allah akan terus merujuk kepada Yang Empunya Zat Yang kita sembah itu.

Kesimpulannya God atau Tuhan tidak boleh diterjemahkan Allah. Begitu juga Allah tidak boleh diterjemahkan Tuhan. Sebab Allah ialah nama bagi satu Zat yang menjadi sembahan orang-orang Islam. Manakala setiap penganut agama yang lain memilih zat yang lain untuk menjadi sembahan mereka. Setiap agama mempunyai persepsi yang berbeza tentang siapakah Tuhan. Sekian..

Disqus for Jalanan Hamba