Sabtu, September 19, 2009

Cara Solat hari raya

Pada 1 syawal 
dan 10 zulhijjah setiap tahun, 
dianjurkan supaya mengerjakan solat hari raya iaitu solat aidilfitri dan solat aidiladha.

Solat hari raya samada aidil fitri atau aidil adha hendaklah dilakukan secara berjemaah. Setelah selesai solat hendaklah dibacakan 2 khutbah. Solat hari raya boleh dilakukan di surau, masjid dan di lapangan terbuka. Waktu solat ialah sesudah terbit matahari kadar segalah (Waktu dhuha) hinggalah sebelum masuk waktu zohor.




Cara mengerjakannya;

1.      Setelah imam mengangkat takbir, lantas kita pun ucapkan lafaz niatnya (Tidak wajib);

أصلى سنة لعيد الفطر ركعتين مأموما لله تعالى

2.      Mengangkat takbir (Takbiratul ihram) iaitu; Allaahu akbar;
Sambil berniat mengerjakan solat (aidilfitri/aidiladha) 2 rakaat jadi makmun kerana Allah Taala.

3.      Sesudah takbiratul ihram, takbir lagi 7 kali pada rakaat pertama. Semasa bertakbir, angkat kedua tangan kita sampai kepada batas telinga. Di antara takbir ke takbir, hendaklah kita membaca tasbihnya, iaitu;

سبحان الله والحمد لله ولا اله إلا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم.

“Subhaana llaahi walhamdu lillaahi wa laa ilaaha illa llaahu wa llaahu akbaru wa laa haula wa laa quwwata illa billaahil `aliyyil `aziim.

Sebaik-baiknya ialah turut imam sewaktu bertakbir supaya tidak bercelaru dan supaya nampak lebih teratur.

4.      Sesudah takbir yang ke 7 terus mendengar imam membaca al-fatihah dan dilaksanakan solat seperti biasa.

5.      Pada rakaat yang kedua, sebelum mendengar dan membaca al-fatihah, bertakbir 5 kali. Di antara takbir ke takbir, hendaklah kita membaca tasbihnya seperti di atas.

Sebaik-baiknya ialah turut imam sewaktu bertakbir supaya tidak bercelaru dan supaya nampak lebih teratur.

6.      Laksanakan solat seperti solat biasa sehingga sampai kepada salam.

7.      Sesudah selesai solat, barulah dibacakan atau mendengar khatib membacakan khutbah 1 dan 2.

(Dirujuk dari kitab jenis-jenis sembahyang sunat
oleh Hj. Abu Bakar Ya`cob,
Pustaka Melayu Baru, Kuala Lumpur, 1976)

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba