Puasa 6 hari di bulan Syawal
Nabi saw memberi galakan menyusuli puasa Ramadhan dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal.
Galakan berpuasa 6 hari Syawwal telah disabitkan melalui hadis yang sangat banyak. Antaranya daripada Abi Ayyub al-Ansari radiyallahu anhu bahawa Nabi saw bersabda:
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فذاك صيام الدهر
Maksudnya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.”
(hadis riwayat Muslim no 1984)
Yang dimaksudkan dengan al-Dahr (الدهر) ialah al-Sanah (السنة = setahun) yakni seolah-olah dia berpuasa setahun penuh, maka jika sentiasa menunaikannya sepanjang tahun, dia seolah-olah berpuasa seumur hidupnya.
Hadith yang lain:
Daripada Thauban radiyallahu anhu bahawa Nabi saw bersabda;
من صام رمضان وستة أيام بعد الفطر كان تمام السَنَةِ من جاء بالحسنة فله عشر أمثالها
Maksudnya: Sesiapa yang bepuasa Ramadhan dan 6 hari di bulan Syawwal selepas hari raya al-Fitr, adalah ia setahun penuh. Sesiapa yang mendatangkan satu kebaikan, baginya 10 kali ganda seupamanya.
(Hadis riwayat Ibn Majah no 1705.)
Maksudnya : “Puasa sebulan (Ramadhan) menyamai dengan 10 bulan, dan puasa 6 hari (dalam bulan Syawal) menyamai 2 bulan, maka jadilah puasa itu penuh setahun.”
Perlukah dimulai terus puasa 6 itu pada 2 Syawal
Berdasarkan 2 hadith di atas, iaitu hadith pertama ialah perkataan diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal dan hadith kedua pula ialah 6 hari di bulan Syawwal selepas hari raya al-Fitr, maka mengikut pendapat al-Qardhawi tidak semestinya dilaksanakan secara berturut-turut, dibolehkan perpuasa 6 hari itu pada mana-mana hari pada bulan Syawal.
Hadith dan terjemahan bersumberkan dari laman web darulfuqaha.com
Manakala persoalan dan huraian bersumberkan Islamonline.net.
Topik lain yang perlu dibaca ialah;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan