Perkatan pencacai adalah perkataan baru. Semasa blog ini ditulis, ia masih belum terdapat dalam mana-mana kamus lagi. Sebab itu kalau kita cari dalam kamus bahasa melayu, kita tidak akan berjaya menjumpai maksud perkataan ini.
Berikut adalah soalan yang pernah ditanya terhadap Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (PRPM DBP) mengenai maksud pencacai.
(((Klik untuk zoom)))
Soalan 1 :
Salam. Apa maknanya ' Pencacai' ? Daripada bahasa sukuan apa perkataan ini? Terima kasih.
Jawapan DBP :
Tidak ada maklumat tentang perkataan pencacai dalam pangkalan data kami. Berkemungkinan perkataan tersebut merupakan dialek dan hanya dituturkan dalam kelompok tertentu.
Soalan 2 :
Salam 1 Malaysia, Saya ingin meminta nasihat DBP tentang maksud perkataan 'pencacai' yg saya percaya kata dasarnya 'cacai'. Saya dapati akhir-akhir ini banyak orang menggunakan perkataan ini. Saya berharap pihak DBP dapat memberi maksud pencacai/cacai itu. Untuk makluman saya sudah cuba menggunakan khidmat PRPM DBP dalam talian namun gagal. Sekian.
Jawapan DBP :
Seperti yang tuan maklumi, perkataan cacai atau pencacai tidak ada dalam sumber rujukan kami. Walau bagaimanapun apabila sesuatu perkataan itu banyak dirakamkan penggunaannya dalam kalangan masyarakat, perkataan itu akan dimasukkan sebagai entri dalam penerbitan kamus terbaharu. Maklumat ini akan disampaikan kepada Bahagian Perkamusan yang masih dalam proses penyusunan kamus baharu bahasa Melayu.
Jadi setakat ini tidak ada jawapan mengenai maksud pencacai kerana belum terdapat dalam kamus melayu. Namun begitu bukanlah bererti perkataan ini tidak membawa apa-apa makna. Apabila perkataan ini sering digunakan oleh orang ramai maka secara automatik ia akan menjadi suatu bahasa yang dipertuturkan oleh orang-orang melayu dan seterusnya akan direkodkan di dalam kamus bahasa melayu.
Berbalik kepada perbahasan dalam blog ini mengenai maksud "Pencacai".
Perkataan Pencacai ada hubung kait dengan politik juga. Sebabnya menjelang PRU13 baru perkataan ini mula muncul dan digunakan secara meluas di kalangan masyarakat siber. Sebelum ini jarang pula kedengaran perkataan ini digunakan.
Untuk difikirkan;
"Semakin ramai menjadi 'Pencacai' kerana semakin ramai yang bodoh berhujah".








![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=e567f60a-dd00-41dc-a765-d6ac94ba70d7)
![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=4a93a85e-cae1-4f2d-a626-9a597a8f4ec3)
