Memaparkan catatan dengan label Komputer dan Internet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Komputer dan Internet. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 30, 2012

Mengapa kita perlu mengetahui statistik blog?


Begitu lama dah tidak update blog ini. Tuan punya blog ni tak ada masa sebenarnya. Tiba-tiba teringat pula nak update blog. Bila tengok tarikh terakhir entri blog ni alamak ! dah lama rupanya tak update. Tu laa sibuk sangat. Bila semua kerja menjadi penting maka terpaksalah beberapa kerja dikorbankan he he.

Ingatkan blog ini dah terpelosok dalam enjin carian google dan lain-lain, rupa-rupanya belum lagi he he. Hamba mengucapkan terima kasih kepada para pengunjung blog ini yang datang berkunjung saban hari bagi mencari tajuk-tajuk yang mereka perlukan. Walaupun blog ini dah lama tak update namun statistik menunjukan tajuk-tajuk yang ditulis 1, 2 dan 3 tahun yang lalu masih lagi dibaca dan menjadi carian pengunjung walaupun mungkin bukan dari pengunjung yang sama.

Hamba mengaku blog ini bukanlah blog yang terkenal seperti blog-blog yang lain, dan blog ini pun tujuan utamanya bukanlah untuk berbisnes, tapi tujuan sebenar blog ini adalah untuk berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja di luar sana yang suka membaca entri-entri dalam blog ini.

Dengan melihat kepada statistik blog, kita dapat mengetahui jumlah pengunjung blog setiap hari dan apakah tajuk-tajuk yang sering dicari oleh mereka.

Contohnya jumlah pengunjung blog ini adalah dalam sekitar 100 hingga 200 orang setiap hari, namun tajuk-tajuk yang seringkali digelintar oleh mereka merupakan tajuk-tajuk yang sama.

Mengetahui tajuk-tajuk ini amat penting. Ini kerana jika kita ada masa, kita boleh terus menulis berdasarkan tajuk-tajuk yang menjadi kegemaran mereka. Barulah blog kita akan sentiasa mendapat kunjungan walaupun kita sibuk dan jarang menulis blog.

Namun begitu bukanlah semua tajuk boleh ditulis. Kita perlu menjaga nilai dalam setiap tulisan kita. Bagi hamba, hamba hanya akan menulis berdasarkan ilmu yan hak dan diukur dengan  kemampuan yang ada.

Sekian.

Khamis, November 04, 2010

Kod emoticon untuk IM, SMS dan Kotak Jerit (Shout Box)



Gunakan kod emoticon ketika menulis dan menghantar mesej kepada seseorang. Sama ada kita menggunakan IM seperti yahoo messenger dan sebagainya, menggunakan teks pesanan ringkas (SMS) atau semasa kita menghantar pesanan ke dalam kotak jerit.

Emoticons ialah grafik emosional. Ia merupakan cara visual untuk mengekspresikan wajah kita semasa berbicara. Menunjukkan apa yang kita rasakan ketika meluahkan kata-kata kita.

Buktikan anda bukanlah sebuah mesin atau robot. Jadi gunakanlah emoticon bagi membuktikan anda seorang manusia. Ha ha ha memang benar, dalam dunia pengkomputeran yang serba canggih ini, kita mungkin sahaja sedang berbicara dengan sebuah mesin atau robot yang tidak berperasaan.  Mereka tidak tahu menggunakan emoticon.  Hairan ya ! He he he…

Jumaat, Oktober 29, 2010

Keburukan auto blogwalking

Entri ini berasal dari komen yang aku berikan kepada sebuah blog Seri Bahasa yang berkenaan dengan auto blogwalking. Bila difikirkan bagus juga kalau komen aku tu diposkan sekali lagi kat sini dengan membuat beberapa penambahan. Ini kerana maklumat ini ada kesinambungannya dengan tajuk yang lepas.



Tidak ada baiknya auto blogwalking. Keburukan tu ada le. Auto blogwalking ni cuma menguntungkan sebelah pihak sahaja tapi menyusahkan tuan punya blog dan pengguna lain.

Walaupun kita boleh mengesan mesej yang datang dari auto blogwalking, namun ianya masih menyusahkan. Ini kerana;

1.       Mesej yang seringkali datang bertubi-tubi memenuhi halaman depan shoutbox menyebabkan mesej dari pengguna sebenar seringkali terkebawah dan hilang dari page utama.

2.       Tuan punya blog banyak lagi kerja lain yang hendak dibuat, bukannya setiap hari kerjanya mengesan dan menangkap spam.

3.       Andainya semua bloger menggunakan auto blogwalking, maka hanya robot atau mesin sahaja yang berblog. Orang hanya menulis tapi tidak ada yang membaca dan tidak berlaku pertukaran pendapat.

Itulah antara keburukan menggunakan auto blogwalking.

Saya percaya ketika ini memang terdapat terdapat beberapa kotak jerit yang mampu melawan spam dan menghalang mesej yang datang dari autoblogwalking seperti oggix dan sbox.ws. Tetapi untuk di masa akan datang tidak tahulah.

Ini kerana pereka software auto blogwalking tidak akan duduk diam sahaja. Mereka juga akan mempertingkatkan kemampuan mereka dari semasa ke semasa. Macam perlombaan di antara virus dan antivirus lah.

Inilah serba sedikit yang mampu saya luahkan untuk kebaikan bersama. Marilah berblog secara adil supaya berlaku perkongsian pendapat antara kita dan tidak hanya untuk mengautkan keuntungan semata-mata. 

Ini pula ialah perbualan di antara pengguna auto blogwalking yang aku sempat rakam kat salah sebuah laman sesawang.


Salam. Saje nak berkongsi.
Auto Blogwalking Software - Klik Sini
---Tips---
Jangan blast terlalu byk URL. 100 sehari pun ok. T takut kene ban dgn shoutmix. 

Seperti mana yang telah diceritakan pada entri yang bertajuk SPAM dalam Shoutbox anda bahawa mereka yang menggunakan auto blogwalking tidak pernah pun membuat kunjungan ke blog yang mana mereka sedang membuat blogwalking. Mereka tidak tahu pun apa-apa yang berlaku kat blog anda. Mereka akan menulis sesuatu mesej yang akan masuk terus ke dalam kotak jeritan (shoutmix atau chatbox) yang terdapat dalam sekumpulan alamat web atau blog yang telah disenaraikan dengan harapan blognya akan dikunjungi balik.

Berikut adalah pengakuan salah seorang pengguna software auto blogwalking yang dirakamkan dalam laman sesawang tadi.



UPDATE: Traffic dah start masuk, saya blast 30 URL saja tadi, dan sudah ada 14 orang Blogwalking di web saya balik. (waktu tu saya belum list kan website saya dalam URL pool tu, jadi memang datang dari Blogwalker genuine) 

Mereka yang telah membuat kunjungan balik sebenarnya telah tertipu. dan telah menjadi mangsa kepada software auto blogwalking. Anda hampir-hampir tidak dapat membezakan antara mesej yang datang dari auto blogwalking dengan mesej yang datang dari pengguna sebenar. Atau mungkin juga dengan software auto blogwalking yang terkini menyebabkan anda tidak mampu lagi membezakannya,

Jadi pilihan di tangan anda. Gunakanlah masa anda dengan sebijaknya. Sekian.

Rabu, Oktober 27, 2010

Pasang buku tamu (guestbook), kotak jerit (shoutbox) dan chatbox pada blog

Tujuan buku tamu ialah supaya pengunjung blog dapat  meninggalkan apa-apa pesanan dan sekali gus dapat meninggalkan jejak mereka jika mereka juga mempunyai blog.

Seperti buku pelawat yang disediakan di mana-mana pejabat. Setiap pengunjung digalakkan (tiada paksaan) sama ada untuk menandatangani atau tidak sebagai bukti kehadiran mereka.

Sebenarnya meletakkan guest book di laman web bukanlah suatu perkara yang baru. Seingat aku la, guestbook telah pun diletakkan di laman-laman web sejak awal kemunculan laman-laman web lagi.

Tapi sejak akhir-akhir ini terutama selepas kemunculan kotak jerit seperti shoutbox, shoutmix, chatbox dan sebagainya maka jarang aku melihat laman web dan blog menggunakan guestbook. Kebanyakan bloger meletakkan kotak jerit pada blog mereka dan kebanyakan laman web dan blog yang popular tidak pernah meletakkan sebarang kotak jerit pun.

Sejak akhir-akhir ini, kotak jerit seperti shoutbox, shoutmix, chatbox dan sebagainya begitu mudah sekali dicerobohi oleh spammer. Dengan menggunakan perisian auto blogwalking, para bloger (saya maksudkan spammer) dapat meninggalkan pesanan di kotak jerit bloger yang lain tanpa perlu bersusah payah membuka blog mereka.

Setakat ini, tiada cara lain untuk mengelak spammer dari mencerobohi buku tamu atau kotak jerit melainkan dengan cara memasang buku tamu atau kotak jerit yang mempunyai captcha.

Selain itu kita boleh juga meletakkan buku tamu (Guest book) atau kotak jerit di tab yang lain. Dengan cara ini, buku tamu atau kotak jerit tidak dapat dikesan oleh robot atau mesin (maksud aku software) yang menggunakan auto blogwalking.

Bagi mereka yang berminat untuk memasang buku tamu atau kotak jerit kat blog mereka, caranya tidaklah susah. Search sahaja di dalam google. Berlambak kat internet. Kebanyakannya free. Sign up dan ikuti langkah-langkahnya.
Enhanced by Zemanta

Selasa, Oktober 26, 2010

Cara menghalang spammer dari terus mencerobohi shoutbox

Seperti mana yang telah diceritakan pada entri yang bertajuk SPAM dalam Shoutbox anda bahawa mereka yang menggunakan auto blogwalking adalah spammer yang sebenarnya. Mereka tidak pernah pun membuat kunjungan ke blog yang mana mereka sedang membuat blogwalking. Mereka akan menulis sesuatu mesej yang akan masuk terus ke dalam kotak jeritan (shoutbox atau chatbox) yang terdapat dalam sekumpulan alamat web atau blog yang telah disenaraikan dengan harapan blognya akan dikunjungi balik.
Tindakan seperti ini adalah tidak wajar, tidak adil dan menipu para bloger yang lain. Jadi bagaimanakah cara untuk menghalang shoutbox kita dari dicerobohi spammer.
Tidak ada cara sebenarnya untuk menghalang spam dari memasuki shoutbox kita. Ini kerana software yang mereka gunakan semakin canggih hinggakan shoutbox pun tidak mampu untuk mengesan spam yang memasukinya.
Apa yang boleh kita lakukan ialah mengesan sendiri setiap mesej yang kita terima itu adakah berbentuk spam atau tidak. Gunakan kebijaksanaan kita sendiri untuk mengesan spam. Jika sekiranya kita merasa tidak senang dengan sesuatu mesej tersebut maka bolehlah kita mengambil langkah-langkah berikut, iaitu kita boleh menghalang penghantar mesej tersebut dari terus menghubungi shoutbox kita.
Untuk menghalang spammer dari terus mengulangi perbuatannya, bolehlah dilakukan dengan cara login ke akaun shoutbox atau shoutmix. Setelah login, anda boleh terus melihat kepada mesej yang dipaparkan.

Di bawah setiap mesej terdapat menu Ban dan delete. Pilih Ban.



Di sini penulis akan mengenakan “Ban” terhadap mesej yang dihantar oleh “XYZ”.
Setelah ban ditekan maka paparan berikut akan muncul.



Terdapat beberapa pilihan sama ada anda ingin ban kedua-dua sekali iaitu ban url dan ban IP atau anda boleh ban salah satunya.
Setelah diban maka semua alamat web yang datang dengan awalan IP yang sama atau alamat url yang sama akan dihalang dari memasuki shoutbox kita.
Berhati-hati ketika ban IP kerana kebanyakan pengguna di Malaysia menggunakan IP dinamik  dimana IP mereka sentiasa bertukar-bertukar setiap masa. Oleh itu jika ingin ban individu tertentu yang menggunakan IP dinamik maka eloklah di ban hanya urlnya sahaja. Jika tidak maka orang yang tidak bersalah yang akan menggunakan IP tersebut pada waktu yang lain akan menjadi mangsa.
Selamat mencuba.

Isnin, Oktober 18, 2010

SPAM dalam shoutbox anda

Dan katakan tidak pada SPAM

Aku sebenarnya kalau nak dikatakan arif tu tidaklah sangat tentang spam ni. Jadi aku tidaklah boleh menjelaskannya secara lebih terperinci. Cuma melalui pembacaan-pembacaanku di internet yang sedikit sebanyak tu maka bolehlah dikongsikan bersama untuk kebaikan bersama.



Apa yang aku nak sampaikan di sini cuma secara ringkas dan secara yang mudah difahami sahaja. Untuk secara detail tu kengkawan carilah sendiri melalui pembacaan di enternet dan majalah-majalah.

Apa yang aku tahu, spam ni berupa mesej atau berita yang biasanya datang bertubi-tubi tanpa diminta dan sering kali tidak dikehendaki oleh penerimanya. Antara contoh mesej atau berita yang datang dalam bentuk spam ialah berupa surat elektronik berisi iklan, sms pada telepon bimbit, berita yang masuk dalam suatu forum newsgroup berisi promosi barang, spamindexing dalam suatu mesin pencari (search engine) untuk mencari suatu URL tertentu, ataupun mungkin berupa berita yang tak berguna dan masuk dalam suatu buku tamu laman web, blog dan lain-lain.

SPAM dalam kotak jerit (shout box atau shout mix)

Aku sendiri tidak pernah menggunakan spam jadi aku tidak tahu secara jelas tentang software yang digunakan. Aku juga tidak teringin untuk mencuba software tersebut. Walaupun aku tahu software tersebut memang ada. Cuma yang aku nak bagi tahu dan berkongsi maklumat di sini ialah tentang gambaran bagaimana salah laku para bloger yang menggunakan spam.

Kini sudah ramai pengguna yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan spam untuk meninggalkan mesej dalam shout box yang terdapat dalam blog atau web pengguna lain. Bukan blog atau web yang dikunjunginya. Aku katakan begitu kerana seseorang itu tidak perlu lagi berkunjung ke blog pengguna lain. Dan ini sudah tentu pada hakikatnya mereka tidak mengetahui apa-apa pun yang berlaku dalam blog pengguna lain. Tidak pernah membuka dan membaca apa-apa kandungan dalam blog itu. Dan ini sudah tentu tidak memberikan apa-apa trafik terhadap blog tersebut. Mereka hanya perlu menyenaraikan alamat-alamat web atau blog dan memasukkannya ke dalam software tertentu. Dan dengan sekali tekan sahaja maka mesej yang hendak disampaikan itu terus muncul ke dalam shoutbox setiap blog yang disenaraikan. Sesetengah software pula mungkin boleh disetkan secara automatik bilakah mesej tersebut hendak dihantarkan.

Si penerima mesej pula alahai terus membuat kunjungan balas. Padahal penghantar mesej tersebut tidak pernah pun berkunjung ke blog si penerima mesej tersebut. Tidakkah mereka merasa tertipu dengan perbuatan ini. Ini kerana spammer boleh berpura-pura menulis mesej mengatakan mereka datang berkunjung untuk meningkatkan trafik blog tersebut he he...Yang sebenarnya perhubungan hanya berlaku di antara shoutbox dengan shoutbox yang lain tanpa membuka blog.

Ini hanyalah gambaran sahaja tentang keburukan spam. Terserahlah kepada individu sama ada untuk menerima atau menolak budaya spam ini. Maklumat yang salah harap diperbetulkan.

Selasa, Oktober 05, 2010

Pay-Per-Click berbaloi tak?

Yang ini aku serahkan kepada bloger masing-masing untuk menilaikannya… Tidak salah untuk meletakkan klik ad di sidebar kiri atau kanan atau di bahagian atas. Daripada tidak ada langsung, lebih baik ada.. Daripada tidak masuk langsung, ada baiknya masuk juga sikit-sikit he he.. Itulah kata-kata dan pendapat kebanyakan orang dari masyarakat bloger.

Sepertimana yang telah dijelaskan pada entri yang lalu bahawa setiap yang kita lakukan itu perlu juga difikirkan sama ada berbaloi atau tidak. Penilaian pula haruslah dibuat berdasarkan masa dan wang yang telah dihabiskan untuk menarik seramai mungkin pengunjung yang akan melakukan klik ad terhadap blog kita. Setelah itu barulah diukur dengan hasil yang diperolehi iaitu wang yang akan dibayar kepada kita. Sesetengah syarikat pula meletakkan cas seringgit untuk menebus kembali wang yang dikumpulkan. Bagi para bloger yang tidak aktif tentulah merasakan semua ini tidak berbaloi kan.. Kalau aktif pun, perlu dikira dengan semua masa yang dihabiskan termasuk cas bil-bil yang ada.. ha ha ha.. Maka fikirkanlah sendiri berbaloi tak?

Khamis, September 30, 2010

Berbaloi Tak?

Berbaloi tak tajuk ini dikupas? Perkara berbaloi tak amatlah penting kita fikirkan dalam setiap tingkah laku kita. Tidak kiralah dalam apa-apa sekalipun. Ketika berblog ke.. ketika berfacebook ke.. ketika melakukan kerja-kerja seharian ke.. ketika memilih pekerjaan ke.. ketika memasang advertising ke dalam blog ke.. dan sebagainya.

Sebab kalau kita tidak memikirkan berbaloi tak, maka kemungkinan pekerjaan yang kita lakukan itu tidak membawa apa-apa faedah atau mungkin juga faedah yang kita dapat tidak sepatutnya dan ini akan membuang masa kita dan merugikan kita. Lebih baik kita melakukan pekerjaan lain yang lebih berfaedah daripada terus menerus menghabiskan masa dalam pekerjaan yang kurang faedah itu.

Cara untuk mengukur berbaloi tak apa yang kita lakukan itu sudah tentulah diukur dengan masa yang kita habiskan, tenaga yang kita curahkan dan wang yang kita belanjakan. Kesemua jumlah itu dianggap sebagai kos dan perlu ditolak atau dinilaikan dengan hasil yang kita perolehi.

Semuanya bergantung kepada keadaan.  Kerana minat semata-mata tidak boleh juga… Minat memancing contohnya, kerana minat memancing maka sebahagian besar masa dihabiskan dalam memancing. Ini adalah sesuatu yang merugikan diri sendiri.

Orang yang minat facebook pun sama juga he he... ada yang telah menjadi hanyut dalam berfacebook sehinggakan mereka lebih suka menghabiskan masa sehari suntuk di hadapan komputer. Apa yang mereka dapat sebenarnya? Kepuasan? Mereka sebenarnya hanya diulik mimpi yang indah.

Tidakkah mereka ketahui bahawa setiap stat yang mereka keluarkan itu bersama komen-komen tidak dapat dilihat lagi selepas 20 hari. Adalah lebih baik bagi mereka menulis blog bagi menyatakan pandangan mereka serta berkongsi idea.

Aku pun ada facebook. Tetapi bagi aku, aku menjadikan facebook itu sebagai pengenalan diri, yang mengandungi biodata diri serta sebagai salah satu alat untuk berkomunikasi dan bertanyakan khabar.

Dalam berblog pun sama. Aku akan memastikan blog aku ni bermaklumat untuk dibaca dan dikongsi bersama. Dalam sebulan biasanya aku menulis dua atau tiga tajuk malah kadang-kadang satu tajuk bergantung kepada masa yang aku ada. Kalau aku tidak ada masa maka aku tidak akan menulis. Bila aku menulis maka aku akan menulis sesuatu yang bermaklumat dan boleh dikongsi bersama.

Sebab blog ini blog aku yang punya.. he he he… Aku tidak mengharapkan apa-apa pendapatan dari blog ini. Andainya aku ada produk untuk dijual, aku akan menulis terus di dalam blog ini berkenaan dengan produk aku. Ini adalah lebih baik daripada mengharapkan bayaran daripada pihak ketiga umpamanya klik ad.

Sebenarnya Klik ad (Pay-Per-Click) ni berbaloi tak?

Hmm… yang ini aku kena tulis pendapat aku dalam entri yang selanjutnya…

Selasa, September 14, 2010

Follower atau pembaca?

Tanya pada diri sendiri, anda ingin follower yang ramaikah atau ingin pembaca blog yang ramai? Pada asalnya follower adalah orang yang berminat dengan blog anda. Mereka akan sentiasa membaca blog anda dan seringkali mengikuti setiap entri terbaru anda.

Apa gunanya mempunyai follower yang ramai sampai beribu-ribu sedangkan yang berkunjung ke blog anda amatlah sedikit.

Bagi aku, aku nakkan blog aku mempunyai ramai pembaca. Bilangan follower yang sedikit tidaklah menjadi masaalah. Tetapi jika ramai yang follow sahaja tetapi selepas follow, tidak pernah lagi berkunjung kembali dan membaca apa-apa entri terbaru, sudah tentulah follower yang ramai itu tidak membawa apa-apa makna.

Tetapi bagi mereka yang ingin menjadi follower blog aku amatlah dialu-alukan dan yang sudah menjadi follower, aku mengucapkan berbanyak terima kasih.. Sayang anda semua.. he he he...

Terbaca blog saudara Hakimi di http://www.mkhakimi.com yang bertajuk Follower, pentingkah? Aku amat bersetuju dengan pendapatnya bahawa bilangan follower sebenarnya tidaklah begitu penting.. ia cuma sekadar mempopularkan sesuatu blog sahaja. Sebab ada orang yang hanya "sekadar follow dengan harapan blog dia di follow balik? Macam "ko follow aku, aku follow ko". Sekadar untuk meramaikan jumlah follower di blog nya".
Percaya atau tidak, ada di antara follower anda hanya follow semata-mata dan tidak pernah ambil tahu pasal updated post anda.

Ini pula berdasarkan pengalaman aku kat blog aku ni yang sedang anda baca sekarang ini. sebahagian besar pelawat yang berkunjung ke blog aku setakat ni datangnya dari google search dan yang selebihnya lagi (semasa aku aktif blog walking) datangnya dari shoutbox kerana membalas kunjungan. Yang datang dari shoutbox pun aku rasa jarang yang baca cuma datang sekadar untuk menulis di shoutbox.

Tapi itu tidak mengapa. Semakin ramai kunjungan maka semakin tinggi traffik blog. Sebelum aku meletakkan kotak jerit, 100 % datangnya dari enjin carian seperti google search.

Bergantung semata-mata kepada shoutbox pun tidak boleh juga, kerana ia memerlukan kita aktif sepanjang masa dalam blog walking. Ada hari yang kita slow maka slowlah trafiknya. Ini kerana pembaca sebenar bukannya datang dari shoutbox atau blog walking. Sekadar untuk memperkenalkan blog bolehlah.

Berdasarkan pengalaman aku, ada dua kategori yang menjadi pembaca blog aku.

Yang pertamanya ialah mereka yang datang dari google search atau enjin carian yang lain. Mereka ini mungkin betul-betul ingin membaca tajuk yang aku tulis berdasarkan pencariannya atau mungkin terbaca tajuk yang aku tulis semasa mencari tajuk yang lain. Sebabnya di antara komen-komen yang aku dapat dari tajuk yang aku tulis tu, banyak juga dari anonymous. Mereka ni tak ada blog pun.

Sebagaimana mereka mencari di google, aku pun begitu juga. Tentang memfollow blog ni, aku akan follow blog yang aku tertarik sahaja. Sebab selepas follow aku boleh lihat di papan pemuka blogspot (bloger dashboard) mana-mana entri terkini dari blog yang aku follow.

Yang keduanya ialah mereka yang menjadi follower aku. Sebagaimana yang telah aku ceritakan di atas tadi, follower ialah orang yang berminat dengan blog kita. Kalau kita menggunakan teknik "ko follow aku, aku follow ko" bagi meramaikan follower, maka kita tidak akan mendapat pembaca yang sebenar.

Oleh itu aku pun tak kisah samada orang hendak follow atau tidak blog aku ni. Tapi jika anda berminat dengan blog aku ni, kau followlah aku supaya kau dapat tahu entri terbaru aku kat dashboard blog kau. he he.

Setakat ini statistik menunjukan sebahagian besar pengunjung blog aku datangnya dari Enjin Carian. seperti google, yahoo dan sebagainya. Oleh kerana aku seorang yang sibuk juga maka aku tidak boleh melakukan blogwalking sepanjang masa. jadi aku perlu bergantung kepada tajuk-tajuk yang aku tulis.dan perlu memahami kehendak pembaca di luar sana, apakah yang sedang mereka cari. Dan aku pula hanya memberi sekadar yang termampu. Sekiranya mereka berminat dengan tajuk-tajuk yang aku tulis maka mereka boleh follow.

Selamat membaca dan memfollow blog aku sekiranya berminat he he...

Enhanced by Zemanta

Jumaat, Mac 12, 2010

Idea menulis blog

Idea dalam menulis blog

Kebanyakan para bloger sentiasa memikirkan apakah yang ingin ditulis pada hari ini atau pada minggu ini atau pada bulan ini. Bergantung pada masa yang mereka ada. Aku juga pernah mengalami hal yang sama. Ya betul, kita boleh tulis apa sahaja umpamanya berkenaan dengan diri kita seperti “Apa yang telah kita makan hari ini”. Tetapi sejauhmanakah blog yang kita tulis itu bermaklumat atau mempunyai nilai maklumat yang diperlukan oleh para pembaca.

Apa yang ingin aku kongsikan di sini ialah banyak perkara yang boleh membantu kita dalam menulis blog asalkan kita mempunyai cukup masa untuk menulis. Antaranya ialah dengan menulis sesuatu yang berkaitan dengan bidang kita sama ada bidang pengajian kita atau bidang kerja kita. Umpamanya seseorang yang berlatarbelakangkan agama boleh menulis sesuatu yang berkaitan dengan keagamaan seperti menulis tajuk-tajuk yang berkaitan dengan tauhid atau fekah. Dengan itu tajuk mereka lebih mudah dijumpai di internet apabila ada pembaca yang mencarinya. Begitu juga bagi mereka yang berlatarbelakangkan  pendidikan ekonomi, sejarah atau sebagainya.

Selain itu kita juga boleh menyertai sesuatu kumpulan perbincangan umpanya mendaftar dengan yahoo group dan pilih group yang sesuai dengan kita. Melalui perbincangan dalam group akan mendatangkan idea-idea kepada kita dalam menulis blog. Selain itu kita juga tidak akan terburu-buru dalam menulis blog. Ini kerana kita masih lagi mengumpul maklumat dan akan membuat penilaian terlebih dahulu sebelum menulis satu tajuk yang sedang dibincangkan dalam yahoo group.

Kita juga boleh memanfaatkan beberapa laman sosial dalam menulis blog. Untuk ini aku memberikan contoh facebook kerana ia dilihat lebih interaktif. Dengan menyertai kumpulan dalam facebook dan berbincang di sana, akan mendatangkan idea kepada kita seperti yang telah diceritakan tentang yahoo group sebentar tadi. Selain itu, kita juga boleh mengeluarkan status kita di wall facebook kita bagi mengutip maklum balas dari rakan-rakan dan ianya tentu dapat membantu dalam penulisan blog.

Umpamanya aku pernah menggunakan facebook sebelum menulis satu tajuk dalam blog. Tujuannya untuk melihat sejauhmana kontroversinya, sambutannya, dan komen-komennya. Setelah berpuas hati barulah ianya diterbitkan di blog. Bukan semua yang aku tulis di blog ini aku survey dulu di facebook. Cuma ada sesetengah pendapat yang ingin aku kemukakan itu mungkin terdapat pro dan contra. Jadi melalui pro dan contra tersebut, kita dapat membuat kesimpulan dan mungkin kita boleh ceritakan sekali pro dan contranya di blog kita.

Ini adalah pandangan aku sahaja. Lain padang lain belalang. Setiap orang mempunyai cara masing-masing dalam mencari idea. Wallahu aklam...


Reblog this post [with Zemanta]

Khamis, Oktober 15, 2009

Panduan membaca Artikel agama di internet

Panduan membaca 
Artikel agama di internet

Dewasa ini terlalu banyak artikel-artikel agama dan info Islam yang boleh didapati di  internet sama ada melalui laman web atau blog. Di antara info-info Islam yang berlambak itu, aku mendapati ada yang ditulis sendiri, ada juga yang dicopy paste dari berbagai tempat lain di internet untuk tujuan bloging dan sebagainya. Tidak kurang juga ada yang menulis artikel agama dengan merujuk kepada buku-buku agama. Semua ini pada dasarnya merupakan perkembangan yang positif terhadap penyebaran agama Islam. Alhamdulillah.

Tetapi sesuatu yang aku kira agak penting juga diketahui umum di sini iaitu berhati-hatilah ketika membaca dan menerima artikel-artikel agama dari web atau blog. Sebab kita tidak tahu sejauhmanakah kebenaran maklumat-maklumat tersebut. Perkara ini tidak boleh dianggap remeh kerana info yang salah boleh menyebabkan penerimaan konsep dan amalan yang salah di kalangan masyarakat siber.
Di sini ada panduan yang begitu mudah untuk para pembaca menilai artikel-artikel agama. Panduan yang sememangnya sudah tepakai untuk sekelian lama sebelum kemunculan zaman siber lagi.

1.    Pastikan setiap info disokong oleh dalil.
Dalil ialah bukti yang mengesahkan info tersebut.
2.    Pastikan dalil yang dibawa untuk mengesahkan info tersebut memang benar-benar berkaitan dengan info yang diperkatakan.

Itulah saja 2 perkara asasnya.

Dalil/bukti secara umumnya terbahagi dua iaitu bukti secara nas dan bukti secara musyahadah.

Bukti secara nas ialah info yang dibawa itu disokong secara qias atau ijmak ulamak atau disokong oleh hadith ataupun al-quran.
Manakala bukti secara musyahadah ialah info yang dibawa itu memang dapat disaksikan secara jelas di depan mata atau disokong oleh peristiwa atau rialiti yang benar-benar berlaku. Dalam ertikata lain ia dipanggil dalil nyata.
Tujuan bukti ialah untuk keyakinan bahawa sesuatu maklumat itu benar-benar sahih dan datangnya daripada Allah dan rasul.

Disqus for Jalanan Hamba