Memaparkan catatan dengan label Pengorbanan dan Perjuangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengorbanan dan Perjuangan. Papar semua catatan

Khamis, November 26, 2015

SIAPAKAH THOIFAH MANSHURAH (Bhg. Pertama)

Thoifah Manshurah ialah golongan yang sentiasa mendapat pertolongan Allah S.W.T dan sentiasa menang dalam peperangan ketika mempertahankan dan mengembangkan agama Islam. Contohnya Rasulullah S.A.W dan para sahabat sendiri adalah merupakan golongan yang sentiasa menang dalam peperangan tidak kiralah berapa jumlahnya musuh Islam itu. Dalam peperangan badar umpamanya jumlah pejuang Islam hanyalah 313 orang tetapi terpaksa berlawan dengan tentera kafir yg berjumlah lebih seribu orang. Namun kemenangan berpihak kepada Islam. Begitulah pada peperangan2 yang lain yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat.

Rasulullah SAW bersabda;

“Akan senantiasa ada segolongan dari umatku yang berperang membela kebenaran, mendapat pertolongan Allah (sentiasa menang) hingga datangnya hari kiamat.”


SIAPA THOIFAH MANSHURAH?


Bukan semua boleh menjadi Thoifah Manshurah atau mengaku sebagai Thoifah Manshurah. Ini kerana untuk menjadi Thoifah Manshurah atau golongan yang akan ditolong oleh Allah S.W.T mestilah memiliki sifat-sifat dan ciri-ciri tertentu yang dinyatakan di bawah ini. Sifat-sifat dan ciri-ciri itu adalah berdasarkan hadith2 nabi S.A.W. juga. Semaklah dan kajilah dengan baik.


CIRI-CIRI THOIFAH MANSHURAH


1. Tha’ifah Manshurah adalah Kelompok yang Berperang

Antara dalil hadith;


Hadith Pertama:

عن جابر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تزال طائفة من أمتي يقاتلون على الحق ظاهرين إلى يوم القيامة. قال: فينزل عيسى بن مريم صلى الله عليه وسلم، فيقول أميرهم تعال صلِ لنا. فيقول: لا إن بعضكم على بعض أمراء تكرمة الله هذه الأمة

Dari Jabir bin Abdullah RA, berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Akan senantiasa ada segolongan dari umatku yang berperang membela kebenaran, mendapat pertolongan Allah hingga datangnya hari kiamat.” Beliau berkata, “Kemudian akan datang Isa putra Maryam AS, lalu pemimpin mereka berkata (kepada Isa AS ), “Kemarilah, silakan Anda mengimami kami shalat.” Lalu Isa AS menjawab, “Tidak, sesungguhnya sebagian kalian adalah pemimpin bagi sebagian yang lain, sebagai penghormatan dari Allah kepada umat ini.” (HR Muslim)


Hadith Kedua:

عن عقبة بن الحصين رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تزال طائفة من أمتي يقاتلون على الحق ظاهرين على من ناوأهم حتى يقاتل آخرهم الدجال

Dari Uqbah bin Al-Hushain RA, berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Akan senantiasa ada segolongan dari umatku yang berperang membela kebenaran dengan mendapatkan pertolongan Alah dalam menghadapi orang-orang yang memusuhi mereka, hingga orang yang akhir dari mereka memerangi Dajjal.” (HR Ahmad)


Hadith Ketiga:

عن عقبة بن عامر فال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: لا تزال عصابة من أمتي يقاتلون على أمر الله، قاهرين لعدوهم، لا يضرّهم من خالفهم حتى تأتي الساعة وهم على ذلك

Dari Uqbah bin Amir RA, berkata: Aku mendengar Rasullah SAW bersabda:

“Akan senantiasa ada segolongan dari umatku yag berperang karena perintah Allah. Mereka dimenangkan Allah atas musuh mereka. Tidak memberi madharat kepada mereka orang-orang yang menyelisihi mereka, hingga datang hari kiamat dan mereka di atas yang demikian itu.” (HR Muslim)


Hadith Keempat:

عن جابر بن سمرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لن يبرح هذا الدين قائماً يقاتل عليه عصبة من المسلمين حتي تقوم الساعة

Dari Jabir bin Samurah RA, berkata: Rasulullah SAW bersabda:

“Akan senantiasa tegak agama ini, di mana ada segolongan dari kaum muslimin yang berperang untuk membelanya hingga hari kiamat.” (HR Muslim)

Hadits-hadits tersebut menunjukkan bahwa Tha’ifah Manshurah yang dipuji Rasulullah SAW, di antara syaratnya adalah berperang di jalan Allah untuk memenangkan agama-Nya, dan golongan ini akan senantiasa tegak; tidak terputus selama-lamanya.

Dengan demikian, konteks dalam hadits tersebut
(لا تزال طائفة)

“akan senantiasa ada segolongan…” –dan kelompok ini tegak di atas kebenaran– maknanya mengikuti Salafush Shalih, mengambil petunjuk dengan petunjuk Al-Qur’an dan As-Sunnah, serta menolak segala bid’ah. Di sini penisbatannya adalah benar-benar asli penisbatannya kepada kebenaran.

Adapun pendapat banyak ahlul ilmi dari kalangan Salafush Shalih bahwa Tha’ifah Manshurah adalah ahlul hadits, maka makna ini adalah benar. Maksud pendapat mereka, golongan tersebut berada di atas i’tiqad (keyakinan) atau akidah Ahlul Hadits, dan akidah mereka adalah akidah yang paling selamat dan paling sesuai dengan ilmu yang benar.


2. Tha’ifah Manshurah adalah Ahli Sunnah waljamaah. Manakala dari segi amalan feqahnya pula ialah mengikut manhaj ahlul hadis.

Ini merupakan ciri asas kepada Thoifah Manshurah. Kalau setakat berperang atas nama fi sabilillah namun ghoyahnya atau matlamatnya bukan untuk meninggikan kalimah Allah maka golongan ini tidak akan menang. Begitu juga kalau ghoyahnya betul sekalipun namun manhaj pula yang tidak betul maka golongan ini juga tidak akan mendapat pertolongan Allah. Mereka bukanlah Thoifah Manshurah walaupun mereka mengaku sebagai pejuang Islam.

Maka Thoifah Manshurah adalah golongan yg betul dalam perjuangan mereka dan amalan feqah mereka iaitu mengikut manhaj ahlil hadith yang selari dengan amalan Salaf al-Shalih.

Berkata An-Nawawi RHM: “Berkata Ahmad bin Hambal RHM, “Kalau mereka bukan Ahlul Hadits, maka aku tidak tahu lagi siapa mereka...”

Berkata Al-Qadhi Iyadh RHM., “Hanyasanya yang dikehendaki Ahmad adalah Ahlus Sunnah wal Jama’ah dan orang-orang yang i’tiqadnya di atas mazhab Ahlul Hadits.”

Dikutip dari Sumber rujukan berikut;

(Tentang Thoifah Manshurah, bagian kedua dari Risalah Ma’âlim Ath-Thâ’ifah Al-Manshûrah fî Uqri Dâr Al-Mu’minîn (Bilâdu Syâm) karya Asy-Syaikh Abu Qatadah Al-Filasthini (Umar bin Mahmud Abu Umar).

Kesimpulannya; Thoifah Manshurah itu ialah segolongan yang berperang di jalan Allah (fi sabilillah). Akidah mereka ialah akidah Salafush Shalih iaitu Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang awal iaitu akidah yang diikuti oleh Rasulullah saw, para sahabat, tabi’in dan taabi' tabi’in. Manakala dalam amalan feqah pula mereka mengikuti Manhaj ahlul hadith iaitu manhaj yg diikuti oleh para Salafush Shalih juga. Mereka itulah yang akan mendapat pertolongan Allah dan akan sentiasa menang dalam peperangan demi peperangan.

Ini kerana golongan Salafush Shalih dan golongan yang mengikuti jalan mereka ialah golongan yang sebaik-baik umat sepertimana maksud hadith, Daripada;

Imran b. Hushain radhiallahu ‘anh berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ. قَالَ عِمْرَانُ: فَلاَ أَدْرِي أَذَكَرَ بَعْدَ قَرْنِهِ قَرْنَيْنِ أَوْ ثَلاَثًا

Sebaik-baik umatku ialah yang hidup pada kurunku, kemudian yang mengikuti zaman mereka dan kemudian yang mengikuti zaman mereka. Imran berkata: Saya tidak ingat sama ada (Nabi shallallahu 'alaihi wasallam) menyebut 2 atau 3 kurun selepasnya.

(HR. Bukhari)*


*Sahih: Lafaz di atas dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no: 3650 (Kitab al-Manaqib, Bab keutamaan para sahabat). Memiliki beberapa riwayat yang lain dari sejumlah sahabat sebagaimana yang dikemukakan oleh pengarang, sehingga mencapai taraf mutawatir. Lafaznya mungkin berbeza tetapi maksudnya adalah sama.

Wallaahua'lam.

Ahad, September 08, 2013

Mari Hayati Perjuangan Tok Janggut

Makam Tok Janggut di Pasir Pekan. Di sinilah Tok Janggut disemadikan setelah jenazahnya digantung selama beberapa hari di Padang Merdeka Kota Bharu.

HAJI MAT HASSAN PANGLIMA MUNAS

Gelaran lain: Tok Janggut
Tahun lahir: 1850
Tempat lahir: Kampung Saring daerah Jeram, Kelantan.
Tahun kematian: 1915 (berusia 65 tahun).

Tok Janggut atau nama sebenarnya, Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dilahirkan di Kampung Saring, daerah Jeram, Kelantan pada 1850.

Kesedaran Mat Hassan terhadap agama, bangsa dan tanah air dipupuk sejak kecil. Berikutan ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, dia turut dibesarkan dalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram.


Beliau belajar ilmu agama di Makkah. Ketika berusia 52 tahun dan masih di Makkah, Patani ketika itu dikuasai Siam. Gurunya, Syeikh Ahmad memberi amanat supaya muridnya berikhtiar membebaskan jajahan dikenali sebagai Serambi Makkah itu.

Ketika itu, Inggeris mula melebarkan penjajahan ke negeri Melayu di Utara dan Timur Semenanjung selepas berjaya menguasai negeri di pantai Barat Semenanjung.

Perjanjian Bangkok yang dimeterai antara Inggeris dan Siam menyebabkan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis diletakkan di bawah kuasa Inggeris manakala Patani, Menara, Jalor dan Setol di bawah Siam.

Kehadiran Inggeris di Kelantan tidak direstui orang Melayu dan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan penjajah ternyata menindas penduduk watan.

Mat Hassan pulang ke Kelantan tatkala Sultan dan pembesar Melayu di Kota Bharu tidak terdaya melawan Inggeris. Beliau menawarkan diri kepada Ungku Besar Jeram untuk menubuhkan barisan menentang penjajah itu.

Mat Hassan juga berhubung rapat dengan pejuang Melayu Pahang seperti Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman.


Sentimen anti-Inggeris semakin meningkat apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada Ogos 1914.

Kerajaan Kelantan yang berada dalam keadaan tersepit akibat perjanjian Inggeris-Kelantan 1910 dipaksa menyatakan bahawa mereka menyebelahi England dalam peperangan itu.

Keputusan Kelantan memihak kepada British dan bukan Kerajaan Islam Uthmaniah yang berpusat di Turki dalam Perang Dunia Pertama mengecewakan Tok Janggut kerana bertentangan dengan fatwa Syaikhul Islam, Khayri Effendi, yang mewajibkan umat Islam berjihad menentang British dan sekutunya.

Perjuangan Tok Janggut yang nama sebenarnya, Mat Hassan Panglima Munas itu cuba dinafikan, malah perkataan ‘jihad’ yang dilancarkan Tok Janggut diganti dengan perkataan ‘pemberontakan’ dan ‘penderhakaan’.

Inggeris benar-benar mahu memburukkan nama baik pejuang kebebasan itu berikutan kesan dan pengaruh Tok Janggut yang bukan kecil. Pada mereka jika tindakan Tok Janggut tidak disekat, maruah sebagai kuasa dunia dan bangsa yang `pintar’ akan terjejas.


Mereka mengambil keputusan membunuh Tok Janggut. Apabila tokoh yang juga ulama itu meninggal, mereka sedar ‘aura perjuangan’ Mat Hassan juga perlu dihapuskan bagi mengelakkan peristiwa itu berulang.

Seterusnya mereka melancarkan perang saraf memburukkan Tok Janggut dan pengikutnya, dengan harapan generasi mendatang menganggap lelaki itu dan kumpulannya penderhaka dan pengkhianat bangsa dan negara.

Setelah Tok Janggut dibunuh, jenazahnya diarak keliling bandar Kota Bharu dan digantung selama beberapa hari di Padang Merdeka Kota Bharu.

Khamis, Disember 16, 2010

Semangat perjuangan Islam perlu ada dalam setiap diri muslim

Datuk Bahaman
Semangat perjuangan Islam merupakan sesuatu yang terpenting yang perlu ada pada setiap diri muslim. Ianya bukan sekadar semangat namun hendaklah dibuktikan dengan perbuatan.

Kalau diperhatikan pejuang Islam melayu dahulu seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dan lain-lain, kita dapati mereka memiliki semangat juang yang tinggi. Dengan semangat juang yang ada pada mereka, mereka tidak pernah sanggup membiarkan bangsa dan tanahair mereka dari dijajah oleh musuh-musuh Islam walaupun sejengkal. Mereka akan berjuang habis-habisan mempertahankan agama, bangsa dan tanahair dari ancaman musuh-musuh Islam dan anasir jahat.

Hari ini kita sentiasa berbicara tentang ketokohan Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dan lain-lain namun jarang yang menghayati perjuangan mereka. Kita sentiasa berbangga dengan ketokohan Tok Kenali, Tok Selehor dan lain-lain tetapi tidak pernah ingin mengetahui apakah jalanan yang dibawanya.

Kita hanya sekadar belajar sejarah Hang Tuah dan Hang Jebat namun jarang yang berminat untuk menyelami perjuangan mereka.

Ramai juga yang belajar ilmu mempertahankan diri, tetapi tidak tahu menggunakannya untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanahair. Sebaliknya ramai yang belajar berbagai-bagai ilmu pengetahuan, tetapi hanya tahu menggunakannya untuk kepentingan diri sendiri.

Tidak kurang juga yang belajar ilmu agama tetapi menggunakan agama untuk kepentingan dunia. Apa nak jadi dengan dunia hari ini. Aku hanya berpesan kepada diri aku sendiri agar dijauhi dari sifat-sifat begini. Wallahua`lam...

Ahad, Disember 12, 2010

Iman, amal dan perjuangan Islam perlu ilmu yang hakiki

Kehidupan manusia itu sekurang-kurangnya merangkumi 3 perkara iaitu keyakinannya, perkerjaannya dan perA green version of http://commons.wikimedia.or...Image via Wikipediajuangannya. Melalui keyakinannyalah maka perkerjaannya dilakukan. Dan melalui perkerjaannyalah maka matlamat dan arah tujunya diperjuangkan.

Ketiga-tiga perkara ini iaitu keyakinan, perkerjaan dan perjuangan hendaklah berdasarkan ilmu yang sebenar dan sebetulnya barulah mereka akan mencapai kejayaan yang sebenar.

Keyakinannya yang berdasarkan ilmu yang sebenar itulah keimanannya yang hakiki. Kalau hanya keyakinannya sahaja yang kuat tetapi yakinnya adalah terhadap sesuatu yang salah, maka susahlah untuk dirinya memperbetulkan dirinya kerana telah yakin terhadap pegangannya walaupun salah.

Selepas iman ialah amal. Amal yang soleh ialah perkerjaannya yang baik dan betul. Ianya juga perlu berdasarkan ilmu yang betul barulah perkerjaannya menjadi betul. Kita perlu memperbetulkan diri ertinya kita perlu memperbetulkan segala-gala yang tidak betul dalam diri kita termasuklah perbuatan dan perasaan yang terdapat dalam hati. Sesungguhnya Allah Taala lebih memandang hati kita dari yang lain.

Bagi seorang Islam, iman dan amal masih belum mencukupi jika tidak disertai dengan perjuangan. Perjuangannya juga hendaklah berdasarkan ilmu yang hakiki iaitu selaras dengan kehendak Islam. Setiap orang Islam perlu ada perjuangan Islam di dalam dirinya. Dan semangat ini hendaklah sentiasa terbentuk dan dibangkitkan sepanjang masa. Umat Islam yang lemah ialah umat Islam yang tiada semangat perjuangan Islam.

Enhanced by Zemanta

Sabtu, November 13, 2010

Pengorbanan seorang bapa, ibu dan anak melalui kisah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail

Nabi Ibrahim AS sebagai seorang ayah, patut dijadikan contoh tauladan bagi ayah-ayah dimasa kini. Beliau amat mencintai anak dan isterinya, tetapi cintanya kepada Allah mengatasi segala-galanya.

Oleh itu beliau rela mengorbankan apa sahaja, bahkan mengorbankan putranya sendiri sekalipun, demi untuk memenuhi panggilan Alloh SWT. Godaan Iblis yang tak henti-hentinya itu, tak mampu menggoyangkan imannya, bahkan semakin tabah dan tetap hatinya.

Dalam rangkaian sejarah peristiwa korban ini, Siti Hajar sebagai seorang isteri dan ibu yang amat kuat imannya dan setia kepada suami serta cinta dan kasih sayang kepada puteranya.

Ibu yang demikian ini wajib diteladani oleh ibu-ibu masa kini. Ia seorang ibu yang baik, sabar dan tabah. Ia tidak bersedih ketika suaminya meninggalkannya seorang diri di gurun sahara. Ia merelakan suaminya pergi karena pemergiannya itu untuk memenuhi panggilan Allah.

Ia rela berkorban dan mengorbankan apa sahaja, bahkan merelakan putranya untuk disembelih oleh suaminya sendiri, demi untuk berbakti kepada Allah SWT. Ia tidak terjejas oleh godaan Iblis walaupun godaan itu menggiurkan, Ia menolak semua godaan itu.

Oleh itu, tekad yang tulus dan ikhlas Siti Hajar ini patut dicontoh dan diteladani oleh kita semua, terutama oleh para Ibu dan wanita-wanita masa kini.

Kesetiaan seorang isteri kepada suaminya dan ketabahan serta kesabaran dalam mengurus tugas-tugas rumah tangga adalah sumber keharmonian rumah tangga itu sendiri, sekaligus kebahagiaan dalam rumah tangga.

kita perhatikan pula ketokohan nabi Ismail AS, Ia adalah seorang tokoh yang patut ditiru dan dicontoh oleh para remaja kita dewasa ini. Untuk membuktikan ketakwaan dan kebaktiannya kepada Alloh SWT, serta kebaktiannya kepada kedua orangtuanya, Ia rela mengorbankan nyawanya berpisah dari jasadnya. Bukankah ini sebuah pengorbanan yang amat luar biasa dari seorang pemuda?

Hanya dengan pengorbanan yang besar itulah kebahagiaan akan dimiliki, Allah telah berfirman dalam Al-Qur’an Surat Al-Imran ayat 92 :

“Lan-tanalul birro hatta tunfiqu mimma tuhibbun”

Artinya :
Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu cintai.

Akhirnya Allah tidak mensia-siakan pengorbanan mereka itu. Allah telah menukarkan Nabi Ismail dengan seekor kambing Kibas, dan Allah telah meninggikan darjat mereka disebabkan oleh pengorbanan mereka yang ikhlas itu. :)

SmileyCentral.com

Disqus for Jalanan Hamba