Sabtu, April 24, 2010

Kerugian yang sebenarnya

سُوۡرَةُ العَصر
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)

Al-Asr
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful
By the declining day, (1) Lo! man is a state of loss, (2) Save those who believe and do good works, and exhort one another to truth and exhort one another to endurance. (3)

Al-Asr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Demi Masa! (1) Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; (2) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. / (3)


Dalam ayat ini pertama sekali Allah Taala bersumpah dengan masa dan mengaitkannya dengan kerugiaan-kerugian.

Kebanyakan manusia nampak kerugian itu ialah apabila tidak mendapat untung di dalam perniagaan, atau mendapat untung yang sedikit atau terlepas peluang-peluang yang akan mendapat untung.

Kebanyakan manusia memikirkan kerugian itu dari sudut duniawi semata-mata. Padahal kerugian sebenar ialah rugi kerana tidak beriman dan beramal soleh. Rugi kerana tidak nampak kebenaran dan rugi kerana tidak bersabar. Kerugian-kerugian ini akan mendatangkan penyesalan yang sebenarnya.

Penyesalan ini tidak akan dapat dirasai selagi kita masih lagi dalam kesesatan. Orang yang beriman akan menyesali di atas kekufuran yang telah dilakukan. Begitu juga dengan orang yang telah menginsafi akan perbuatan-perbuatan jahat yang telah dilakukan. Orang yang telah melihat kebenaran akan merasa terlalu rugi kerana selama ini mereka langsung tidak nampak kebenaran itu.  Begitu juga dengan orang yang tidak dapat menahan nafsu ammarahnya. Mereka selalu berkata kalaulah aku bersabar nescaya tidak akan berlaku begitu dan begini. Itulah kerugian yang sebenar yang disusuli oleh penyesalan yang sebenar.

Dalam ayat ini Allah Taala mengaitkan kerugian itu dengan masa. Ini kerana manusia seringkali leka dengan kehidupan dunia hingga lupa dengan bekalan yang akan dibawa ke akhirat.

Dalam kontek masa, kebanyakan manusia memikirkan kerugian-kerugian untuk masa sekarang dan bukan untuk masa akan datang. Ramai nampak yang segera sahaja, yang dapat dilihat dengan mata kasar dan dapat disentuh dengan deria yang zahir. Padahal perjalanan kita merentasi alam dunia dan alam akhirat, menghendaki terbukanya indera yang zahir dan batin.


Keuntungan di akhirat orang tidak berapa hendak merebutnya. Yang orang suka berebutnya ialah kuasa dan harta, pangkat dan kedudukan, mengejar glamour, dan nama. Kalau tidak dapat yang ini barulah merasa rugi.

Junjungan besar nabi Muhammad S.A.W telah meninggalkan kita dua perkara. Janganlah dua perkara itu dijadikan simpanan semata-mata. Begitu juga keduanya janganlah dibaca semata-mata. Apakah kehendak daripada Hadith dengan al-Quran itu yang perlu diikuti. Ke manakah sepatutnya perjalanan kita.

Rugilah kita kalau tahu membaca sahaja tetapi tidak dapat mengambil apakah kehendak dan isi patinya.

Menyesal di dunia pendapatan.. menyesal di akhirat tidak berguna..

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba