Khamis, Disember 10, 2009

Tempat Menarik di Kelantan (Lengkap)

Image via malaxi.com Kelantan Map
Jika anda merancang untuk bercuti di Kelantan, Malaysia, maka banyak tempat-tempat menarik yang anda boleh kunjungi untuk lawatan sambil belajar, bersantai bersama keluarga atau melakukan sesuatu ekspidisi bersama kawan-kawan. Berikut adalah beberapa kategori untuk lawatan anda.


1. Kebudayaan dan Kesenian

Jika anda meminati kebudayaan dan kesenian, anda boleh melawat tempat-tempat berikut;

Bank Kerapu (Memorial Perang Dunia Ke II)

Kota Bharu, Kelantan. Burgess was an education...Image via Wikipedia
Terletak di Jalan Sultan, Kota Bharu bersebelahan Padang Merdeka. Ia merupakan bank pertama yang dibina di Kelantan. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini merupakan ibu pejabat bagi tentera Jepun "Kampetai". Masyarakat Kelantan menggelarkan bangunan ini sebagai Bank Kerapu kerana sebahagian daripada permukaan bangunaan ini disimen dengan menggunakan batu-bata kecil yang menyebabkan permukaannya tidak rata.


Lihat Peta yang Lebih Besar
Bangunan Bank Kerapu terletak di sebelah Hilir Padang Merdeka. Bangunan tersebut siap dan mula digunakan pada tahun 1912, sebagai Bank pertama Kota Bharu, iaitu "The Mercatile Bank of India Ltd".


Galeri Info Tengku Anis

          Dibina pada tahun 2002 dan mula dirasmikan pada tahun 2004. Geleri ini terletak di dalam kawasan Pengkalan Kubur iaitu berhampiran dengan muara sungai Golok. Di dalamnya menempatkan galeri nelayan serta pusat maklumat muka bumi kawasan Muara. Ia juga sesuai kepada para pelajar sekolah yang ingin membuat kajian serta untuk mendapat maklumat mengenai perkara yang berkaitan dengan nelayan dan untuk mengetahui bentuk muka bumi kawasan sekitarnya. Kawasan galeri ini juga sesuai dijadikan kawasan rekreasi kerana mempunyai prasarana seperti kawasan permainan kanak-kanak, tempat memancing dan juga sesuai sebagai tempat berkelah. Kawasan rekreasi ini juga disediakan kedai makan untuk para pengunjung. 


Lihat Peta yang Lebih Besar
Bulatan Merdeka

          Bulatan Merdeka ini adalah satu tempat berlakunya banyak sejarah kemerdekaan dimana di tempat inilah pengisytiharan kemerdekaan Malaysia di lakukan pada 31 Ogos 1957. Padang Merdeka digunakan dengan sepenuhnya setelah Istana Besar siap dengan sepenuhnya. Kini ia juga dikenali sebagai Padang Bank.

Gelanggan Seni

          Gelanggan Seni Merupakan pusat pameran khazanah budaya dan kesenian yang diwarisi oleh orang-orang Kelantan sejak turun-temurun. Pertunjukan kebudayaan dan kesenian sering diadakan di gelanggan ini termasuklah pertunjukkan Wayang Kulit, Seni Silat, Permainan Gasing, Wau disamping persembahan muzik tradisional Kelantan yang unggul dan unik.
Gelanggan ini dibuka 3 kali seminggu pada bulan Mac sehingga Oktober setiap tahun. Waktu persembahan : Jam 3.30 hingga 5.30 petang pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu. Pertunjukkan malam juga diadakan pada hari Rabu dan Sabtu bermula jam 9.00 hingga larut malam.

Istana Batu

Istana Batu direkabentuk dan dibina pada tahun 1939 bersempena dengan pemerintahan Sultan Ismail I. Ia digunakan sebagai tempat untuk menyambut perayaan seperti perayaan perkahwinan diraja dan sebagai tempat penginapan tetamu kehormat.
Namun kini, ia telah diubah dan dijadikan sebagai Muzium DiRaja, di mana segala pakaian diraja dan barangan istana kepunyaan Sultan yang sebelumnya dipamerkan di sini. Ini termasuklah barangan perak, barangan di dalam bilik peraduan raja dan perkakasan istana diraja. Terdapat juga pertunjukkan gambar grafik sepanjang hayat Sultan Kelantan. 

Waktu lawatan : 8.30 am - 4.45 petang setiap hari (kecuali hari Jumaat). 
Bayaran : RM2

Istana Balai Besar

          Dibina sewaktu pemerintahan Sultan Mahmud II pada 1940, Istana Balai Besar merupakan Istana Bersemayam Sultan-sultan Kelantan yang terdahulu. Kini istana ini digunakan untuk mengadakan majlis-majlis rasmi negeri. Di perkarangan istana ini terdapat sebuah Balai Mengadap yang luas, Balai Takhta Singgahsana dan ruangan pameran yang memaparkan berbagai koleksi barangan dan alat-alat kebesaran Di Raja.

Istana Jahar

Istana Lama atau lebih dikenali sebagai Istana Jahar dibina pada tahun 1887, oleh Sultan Muhamad II, khas untuk cucunya iaitu Long Kundur. Namun kini ia telah dijadikan sebagai Muzium oleh Kerajaan Negeri. Pelbagai gambar dan artifak yang dipamerkan di sini sentiasa menarik minat pelawat. Waktu lawatan : 8.30 pagi - 4.45 petang setiap hari (kecuali Jumaat)

Kampung Kraftangan dan Muzium Kraftangan

          Kelantan kaya dengan pelbagai jenis barangan kraftangan seperti barangan perak, songket, batik dan ukiran kayu. Barangan ini dipamerkan dan dijualkan kepada orang ramai. Barangan ini boleh diperolehi dengan mudah di Kampung Kraftangan dan Muzium Kraf. Ia terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar dan di buka sepanjang minggu kecuali hari Jumaat bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Masjid Negeri Setelah mengambil masa sepuluh tahun untuk dibina, Masjid Negeri ini disiapkan sewaktu pemerintahan Sultan Ismail IV. Ia juga dikenali sebagai Masjid Al-Muhammadiah atau Masjid Batu, kini masjid ini turut menjadi tumpuan para ulamak dan pendakwah yang menjalankan aktiviti dakwah Islamiah di negeri ini.

Muzium Kuala Krai Dan Zoo Mini

          Terletak lebih kurang 64 km dari Kota Bharu. Zoo Mini menempatkan berbagai jenis haiwan seperti beruang, rusa, kera dan burung-burung.
Manakala Muzium Kuala Krai pula mempamerkan berbagai barangan seperti koleksi haiwan terawet, gambar-gambar, dokumen-dokumen lama mengenai sejarah pembangunan Pekan Kuala Krai. Waktu lawatan : 9.00 pagi - 6.00 petang setiap hari (kecuali hari Jumaat).

Maklumat ini aku dapati daripada Portal Rasmi Kerajaan Negeri Kelantan http://www.kelantan.gov.my/.


2. Alam Semulajadi

Jika anda seorang pencinta alam semulajadi, sukakan ekspidisi yang mencabar, tempat-tempat berikut boleh dikunjungi;

TASIK PERGAU

Jika anda pencinta alam semulajadi, bercuti ke Taman Santuari Tasik Pergau di Batu 18, menjanjikan satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan dengan keindahan alam semulajadi hasil pembinaan empangan hidroelektrik di Pergau.

Tasik Pergau mungkin tidak sepopular Tasik Banding, tetapi ia berjaya menarik lebih 30,000 pengunjung ke kawasan ini dan suasana damai dan keindahan semulajadinya menjadikan Tasik Pergau satu destinasi yang amat sesuai untuk mencari ketenangan jiwa.

Kedamaian itu menanti anda hanya kira-kira dua jam memandu dari bandar Kota Baharu. Berada pada paras ketinggian 720 meter (2,400 kaki) dari aras laut, suhu sehingga 18 darjah Celsius sudah cukup menjanjikan suasana damai selain melihat kabus menyelimuti tasik berkenaan.

Taman Santuari Tasik Pergau seluas 460 hektar, yang terletak 100 kilometer dari bandar Jeli, menjanjikan pengalaman percutian yang tidak akan mungkin dilupakan. Bagi kaki pancing, di situlah 'syurga' untuk menangkap spesies lampam, tilapia, toman dan pelbagai lagi.

Dikelilingi hutan tertua di dunia yang dikatakan lebih tua daripada Hutan Amazon, Brazil suatu yang lebih istimewa adalah ia berada pada suhu kedinginan yang dikatakan menyamai suhu di Cameron Highlands ketika malam.

Pengunjung hanya perlu menyewa bot untuk jelajah pulau-pulau di tasik berkenaan. Sepanjang perjalanan ke pulau, pengunjung disajikan panorama alam semulajadi yang kaya dengan aneka flora dan fauna serta jajaran pokok kelapa dengan pelepah yang melambai-lambai ditiup angin serta rumpunan pokok buah-buahan melengkapkan keunikan tasik itu.

Tasik Pergau seolah-olah tidak mati pada sebelah malamnya. Dengan hanya RM70, termasuk kos menaiki bot, setiap pengunjung dapat bermalam di calet terapung yang dibangunkan oleh Lembaga Pembangunan Kelantan Selatan (Kesedar) di tasik tersebut. Malah, 30 tapak perkhemahan disediakan bagi mereka yang mahu merasai kedinginan malam.

Pengunjung juga boleh mencuba aktiviti kayak dengan harga RM20 bagi dua orang ataupun treking hutan dengan diiringi pemandu pelancong bertauliah.

DABONG

Pekan kecil Dabong ibarat alam kayangan bagi mereka yang menghargai kehijauan belantara, kesegaran udara dan berminat dengan khazanah rimba serta gemar kepada cabaran alam semulajadi.

Terletak kira-kira 160 km ke barat Kota Baharu, Dabong yang dikelilingi hutan tropika yang menghijau merupakan sebuah lokasi yang amat sesuai untuk aktiviti rekreasi yang mencabar seperti mendaki gunung, menjelajah gua dan berakit menerjah arus deras dan jeram.

Bagi mereka yang minat mendaki, Gunong Stong yang dikatakan mempunyai air terjun tertinggi di Asia Tenggara, dengan terjunannya sejauh 297 meter (990 kaki), terletak di Hutan Simpan Dabong, mampu memberi cabaran hebat yang memerlukan stamina yang tinggi.

Gunung ini memang sesuai bagi mereka yang cintakan alam semulajadi dan kedamaian. Para peserta akan terpesona dengan air terjunnya, flora dan fauna yang senantiasa menanti kedatangan pengunjung.

Aktiviti 'hiking' di bukit-bukit batu kapur di sekitar kawasan ini boleh mendedahkan pengunjung kepada beberapa jenis flora dan fauna yang unik dan sukar didapati di tempat lain.

Jika langkah kanan, pengunjung juga berkemungkinan bersua dengan gajah Asia dan burung-burung bukit batu kapur termasuk layang-layang gua.

EKSPLORASI MENJELAJAH GUA

Kunjungan ke Dabong tidak lengkap jika tidak menerokai Gua Ikan dan gua lain yang terdapat di sekitarnya seperti Gua Gelap atau juga dikenali sebagai Gua Batu Susun, Gua Keris dan Gua Pagar.

Nama Gua Ikan diperoleh ekoran daripada terdapatnya batu yang kelihatan seperti ikan. Ianya mempunyai mitos tersendiri bahawa terdapat sejumlah besar ikan menghuni di gua tersebut dan ia juga dijadikan lokasi bagi masyarakat Melayu kuno untuk melangsungkan acara perkahwinan.

Untuk sampai ke Gua Keris dan Gua Pagar pula, pengunjung perlu melalui Gua Gelap yang agak sukar kerana hanya boleh dimasuki dengan berjalan mengiring dan kemudian merebahkan badan secara melentang sejauh kira-kira 20 meter untuk melepasi pintu gua yang rendah dan sempit.

Seperti namanya, Gua Gelap amatlah gelap. Cuma sesekala, galur-galur cahaya yang menyuluh masuk dari celahan dinding yang terbuka seakan menyerlahkan isi gua itu untuk ditatap.

Gua Gelap atau dikenali sebagai Gua Batu Susun juga memperoleh nama daripada pelbagai bentuk batu yang tersusun rapi di sepanjang laluannya. Stalaktit dan stalagmit yang terbentuk hasil daripada titisan dan hakisan air ribuan tahun dahulu, bersinar apabila disuluh.

"Kebanyakan lapisan batu yang tersusun itu telah diusik dan digerakkan oleh mereka yang mencari batu zamrud yang kononnya banyak terdapat di gua itu ditambah dengan vandalisme", kata seorang pemandu peneroka gua Fauzi Hussin.

BATU GUA UKIRAN SEMULAJADI

Di Gua Keris pula, pengunjung perlu memanjat batu yang agak licin dan sebaik tiba di dalamnya anda akan melihat terpacaknya 'sebilah keris' yang terbentuk hasil cantuman stalaktit dan stalagmit.

Gua berkenaan yang luas dan lantai yang agak mendatar dikatakan pernah didiami oleh manusia dahulu kala. Satu kawasan lapang di dalamnya dikatakan pernah digunakan sebagai tempat berlatih silat.

Keindahan pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit yang terukir secara alami yang antaranya berkilauan apabila terkena cahaya akan melekakan setiap pengunjung ke gua itu yang menyimpan banyak kisah silam.

Di gua itu terdapat sejenis flora istimewa yang sukar ditemui di tempat lain yang dikenali sebagai 'Vaughan's Balsam'. Selain di situ, ia dikatakan hanya terdapat di Perlis dan Selatan Thailand.

Di situ juga anda dapat menemui pelbagai haiwan dan serangga seperti sejenis kala jengking yang sekali imbas kelihatan seperti labah-labah dan dapat menyaksikan sekumpulan kelawar bergayutan di bumbung gua.

Apa yang pasti, sekurang-kurangnya tempoh setengah hari diperlukan untuk mereka yang benar-benar ingin meneroka keseluruhan gua-gua di sini, apa lagi bila anda terpegun melihat pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit hasil hakisan air dalam gua sejak jutaan tahun lalu yang menghiasi gua-gua berkenaan.

CUBA CARA HIDUP KAMPUNG

Jika anda juga teruja mencari sedikit kelainan ketika bercuti dan ingin mencuba cara hidup di kampung, apa kata singgah dan merasai sendiri pengalaman tinggal di homestay Kampung Seterpa, Jalan Penggawa Mat Saat yang terletak hanya 16km dari bandar Kota Bahru.

This man was making murtabak (chicken or meat)...Image via Wikipedia

Nama Seterpa diambil sempena dialek Kelantan iaitu 'serepak' yang bermaksud tempat pertemuan, ini kerana pada masa dahulu Seterpa merupakan tempat pertemuan di antara tentera Raja Daerah Limbat iaitu Long Gaffar dengan tentera Raja Jembal dari Kedai Lalat.

Perjalanan memakan masa kira-kira hanya setengah jam dari bandar Kota Bahru. Apa yang menanti anda di situ mempunyai keistimewaan tersendiri malah boleh membuatkan jadual persinggahan dianjak lebih lama.

Anda bukan sahaja akan dapat menikmati keenakan masakan kampung yang disajikan tuan rumah malahan mempelajari cara hidup desa dan adat resam mereka. Anda akan dihidangkan dengan menu ala kampung sebenar seperti kerabu jantung pisang, sambal pauh, serunding, kuih tradisional dan ulam-ulaman segar.

Antara aktiviti yang boleh anda sertai di sini termasuklah lawatan industri kampung dan kraftangan, mengutip siput gondang, meninjau penternakan ikan air tawar, menoreh getah, melukis batik, menyagat kelapa, demonstasi beruk memanjat dan memetik buah kelapa selain persembahan kebudayaan seperti galah panjang, dikir barat dan kertok.

Inap desa tersebut menyediakan kemudahan penginapan istimewa kepala pelancong domestik dan luar negara yang terdiri dari rumah tradisional hinggalah ke rumah moden mengikut citarasa dan pilihan para pelancong. Sebanyak 30 buah rumah yang dijadikan rumah homestay dengan jumlah 45 buah bilik penginapan.

Lawatan setengah hari di kampung tersebut tanpa bermalam hanya dikenakan RM60 manakala bagi yang ingin bermalam hanya RM130 hingga RM200.

Program menginap di desa atau dikenali sebagai homestay pasti menyimpan kenangan di hati pengunjung luar selain daripada membantu ekonomi masyarakat desa. Ia amat sesuai dikunjungi oleh mereka yang ingin merehatkan minda dan lari daripada kesibukan kota.

Jadi, bagi mereka yang masih mencari destinasi pelancongan yang menawarkan segala-galanya, Kelantan sememangya memenuhi ciri-ciri dan kriteria diidamkan. Tidak keterlaluan dikatakan, kunjungan itu nanti mampu membantu menghilangkan seketika masalah dan keserabutan fikiran.

Keterangan lanjut mengenai tempat-tempat menarik di Kelantan, boleh diperoleh dengan menghubungi Pelancongan Malaysia Kelantan di talian 09-7477554

Maklumat ini aku dapati daripada Bernama.com dalam ruangan rencana bertajuk Kelantan Memendam Pelbagai Khazanah Pelancongan bertarikh 25 Mac, 2009 10:52 AM.



3. Pantai dan Air Terjun

Jika ingin bersantai di kawasan peranginan seperti pantai dan air terjun, maka tempat-tempat berikut boleh dikunjungi;


Pantai

1. Pantai Seri Tujuh

Lokasi : Tumpat

2. Pantai Cahaya Bulan

Lokasi : Kota Bharu

3. Pantai Sabak

Lokasi : Kota Bharu

4. Pantai Senok

Lokasi : Bachok

5. Pantai Irama

Lokasi : Bachok

6. Pantai Bisikan Bayu

Lokasi : Pasir Putih


 Air Terjun

1. Jeram Linang

Lokasi : Pasir Putih

2. Jeram Pasu

Lokasi : Pasir Putih

3. Bukit Bakar

Lokasi : Machang

4. Gunong Stong

Lokasi : Jeli

5. Lata Beringin

Lokasi : Kuala Krai

Taman Negara

Taman Negara Kuala Koh

Lokasi : Gua Musang


Maklumat ini aku perolehi daripada Google Site.


Selamat bercuti !


Enhanced by Zemanta

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mamg bt0l2 b'guna la info awk..tq sgt2... :X

Tanpa Nama berkata...

:D

tiara surihani berkata...

tq sgt2 4 da info.bleh buat panduan kalo nk jln2(^_^)

Putri Aishiteru berkata...

tq!

Nur Syafiqah Miasara berkata...

sy dh bleh buat homework psl lawatan ke kelantan..thanx:>

Tanpa Nama berkata...

yea3..sy da dpat mkl0mat..10s...

Tanpa Nama berkata...

saya nk tahu info pasal perkampungan nelayan di kelantan

Unknown berkata...

Cuba baca entri yang bertajuk Tempat-tempat Menarik di Bachok. Mungkin boleh membantu.

esempoi berkata...

memang best lawat kelantan

Mohammad Zaki berkata...

ty

azm berkata...

elok klu ada koordinat gps sekali.

Hadi Hashim berkata...

Salam Tuan admin...saya ada pakej percutian ke Kelantan untuk menggalakkan orang luar mengenal negeri Kelantan dengan lebih dekat. Saya dapati info yang tuan bagi ini adalah mata berguna...boleh tak jika saya guna sebahagian dari info tuan ini untuk untuk manambahbaikan blog saya...harap-harap mendapat keizinan dari tuan...timo kasih..

seribupilihan berkata...

wow,banyaknya tempat2 menarik kat kelantan nie ya..tu la keindahan negeri kelantan..:-)..klu pergi memang tak jemu..banyak barang yg nak dibeli..:-)

Hamba allah berkata...

tumpng iklan...kami mempunyai homestay untuk disewakan..harga dari Rm80-Rm160 semalaman...banglo 2 tingkat...3km dri pusat bandar kota bharu..4km ke airport kota bharu..access yg mudah di tepi main road dri airport
ke bandar kota bharu...parking muat untuk 5-6 buah kereta didalam pagar..kawasan yg selamat

hubungi untuk maklumat lanjut
tanjung mas homestay - 017 9373691
- 011 21927388

Hamba allah berkata...

tumpng iklan...kami mempunyai homestay untuk disewakan..harga dari Rm80-Rm160 semalaman...banglo 2 tingkat...3km dri pusat bandar kota bharu..4km ke airport kota bharu..access yg mudah di tepi main road dri airport
ke bandar kota bharu...parking muat untuk 5-6 buah kereta didalam pagar..kawasan yg selamat

hubungi untuk maklumat lanjut
tanjung mas homestay - 017 9373691
- 011 21927388

Unknown berkata...

Viabox menawarkan servis penghantaran yang cepat kerana barangan diproses dalam masa satu hari sahaja. Kadar penghantaran paling murah berbanding syarikat penghantaran yang lain. Barangan anda dijamin selamat dan penghantaran dijamin laju. Maklumat lanjut boleh di dapati di www.viabox.com

Jom Cuti-cuti berkata...

info yg menarik

adikyie@gmail.com berkata...

https://chat.whatsapp.com/IzMMojnkXasLso5ASUF6W6

Hiking grup

Disqus for Jalanan Hamba