Khamis, Julai 02, 2009

Keburukan Menjadi Setiausaha Peperiksaan Sekolah & Setiausaha Jadual Waktu serentak

Sewaktu kat MMPP aku pernah dilantik menjadi S/U peperiksaan dan pada masa yang sama dilantik juga menjadi s/u jadual waktu serentak. Menjadi S/U tu okay. Tapi masa kerja atau pengurusannya bertindan. Pertembungan masa dalam mengurus kedua-dua unit tersebut boleh menyebabkan ketidaklancaran atau kerja selalunya tidak dapat disiapkan pada masanya.


Sebagai contohnya, apabila masuk saja musim peperiksaan, kesibukan s/u peperiksaan ialah bermula dari 2 minggu sebelum itu. Ini untuk mengadakan mesyuarat, menyusun jadual bertugas dan persiapan untuk kemasukan markah peperiksaan ke database. Kemudian kesibukan selama 2 minggu semasa peperiksaan sedang dijalankan. Selepas itu, kesibukannya pula ialah selama 2 minggu selepas peperiksaan berakhir. Ini untuk memastikan semua markah telah dimasukkan ke database dan seterusnya analisa dan slip keputusan peperiksaan dikeluarkan.



Sekarang kita bandingkan pula dengan s/u jadual waktu. Tugas menyediakan jadual waktu pengajaran dan pembelajaran p&p sebenarnya adalah tugas penolong kanan pentadbiran. Tapi biasanya s/u lah yang akan buat. Penyusunan semula jadual waktu biasanya dilakukan paling kurang 3 kali setahun. Sesetengah sekolah pula mungkin lebih daripada itu bergantung kepada pertukaran guru yang ketara. Jika tidak disebabkan oleh pertukaran guru maka penyusunan semula jadual waktu pnp adalah kebiasaannya pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun.



Jadual pnp guru akan mula disusun pada akhir tahun bertujuan supaya pnp terus dapat dijalankan sebaik sahaja sesi persekolah dibuka pada awal tahun. Penyusunan semula biasanya akan berlaku lagi pada minggu kedua atau ketiga disebabkan oleh pertukaran guru. Sebelum peperiksaan akhir tahun penyusunan jadual akan berlaku lagi kerana perubahan matapelajaran. Ada matapelajaran yang berubah bilangan kalinya dan ada yang digugurkan selepas pertengahan tahun. Ini juga memerlukan 2 minggu sebelum peperiksaan untuk menyusun semula guru-guru.



Penyusunan semula di akhir tahun juga memerlukan masa yang sama dan ini seringkali berlaku pertembungan masa dalam menguruskan perjalanan peperiksaan. Diharap dengan penjelasan ini sedikit sebanyak dapat memberi garis panduan kepada sesiapa yang berkenaan dalam urusan pentadbiran mereka.

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba