Ahad, Jun 28, 2009

Tugas guru selain mengajar (Bhg. 2)

Sewaktu aku kat MMPP, Aku pernah dilantik sebagai S/U Peperiksaan. Tugas S/u peperiksaan adalah untuk memastikan perjalanan peperisaan lancar bermula dengan penyediaan soalan-soalan peperiksaan, penyediaan jadual guru bertugas mengawasi peperiksaan hinggalah memastikan keputusan dan analisa peperiksaan dapat dikeluarkan.

Sewaktu mengambi alih tugas s/u peperiksaan, aku dapati penyediaan markah peperiksaan masih lagi dilakukan secara manual. Masing-masing guru kelas menyediakan laporan markah di atas kertas yang agak besar. Di sini disebut sebagai "Laihah" iaitu penyata markah dan analisa peperiksaan.


Penyediaan markah begini banyak juga kelemahannya antaranya seringkali berlaku kesilapan catatan dan pengiraan tanpa disedari dan seringkali juga berlaku kehilangan rekod-rekod yang lepas. Masa guru juga banyak dihabiskan dalam penyediaan markah peperiksan, analisa dan slip keputusan pelajar.

Jadi aku telah menyediakan dan memperkenalkan satu sistem database untuk kemasukan markah peperiksaan dan analisa untuk semua jenis peperiksaan dalam satu database. Aplikasi ini aku sendiri yang buat untuk kegunaan guru-guru. Guna microsoft access je.. Tak payah beli software luar.
Microsoft Office AccessImage via Wikipedia

Aku juga telah menyediakan dan memperkenalkan satu sistem database untuk pendaftaran pelajar. Sebab dengan ini satu jalinan dapat dibuat di antara peperiksaan dan pendaftaran. Melalui sistem pendaftaran pelajar yang juga menggunakan microsoft access, aku telah memperkenalkan kad pelajar.

Satu perkara lagi yang aku kira penting juga ialah mewujudkan bank soalan. Soalan bukan tak ada tapi bertaburan malah ada yang hilang. Jadi aku terpaksa mengorak langkah untuk menyusun semula soalan-soalan yang masih ada mengikut susunan tahun, peperiksaan dan matapelajaran. Soalan-soalan tersebut dibuat beberapa salinan dan di binding serta disimpan dengan kemas. Bank soalan ini penting untuk rujukan guru-guru dan boleh membantu dalam pengajaran mereka.

Selepas itu aku dilantik pula memegang jawatan s/u jadual waktu tanpa dibenarkan melepaskan jawatan s/u peperiksaan. Baca post berikutnya untuk mengetahui keburukan memegang 2 jawatan ini serentak.
Keburukan memegang jawatan s/u jadual waktu dan s/u peperiksaan serentak


-------------------------------------------
Mutiara kata: Memorize your favorite poem.

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba