Rabu, Jun 24, 2009

Tugas guru selain mengajar (Bhg. 1)


Dulu aku mengajar kat MMPP. 2 generasi juga aku kat sana. Mengimbas kembali detik-detik aku kat sana, rasa serba salah juga nak diceritakan kat sini. Tetapi apa yang sedang ditulis ini dan bakalan ditulis ini adalah semata-mata untuk dijadikan iktibar daripada pengalaman aku ini manalah tau sedikit sebanyak mungkin boleh membantu orang lain dalam mendidik dan memajukan anak bangsa.


Sewaktu aku kat MMPP aku pernah ditugaskan sebagai S/U Kebersihan dan Keceriaan. Agak sukar juga untuk memastikan para pelajar menjaga kebersihan. Cara aku berfikir ialah mencari punca kepada masaalah atau bagaimana untuk mengelak sesuatu dari berlaku. Bukannya bagaimana untuk menghadapi atau membasmi sesuatu setelah ianya berlaku. Jadi aku telah memperkenalkan satu sistem dalam menjaga kebersihan dan mewujudkan keceriaan sekolah. Mungkin ramai yang dah tak ingat atau tak tahu kerana pengetua dan rakan sejawat dah silih berganti.

Sewaktu aku kat MMPP aku melihat belum ada persatuan Pengajian Islam, padahal sekolah ini adalah sebuah sekolah agama. Jadi aku telah menubuhkan persatuan tersebut dengan memasukkannya di dalam aktiviti ko kurikulum sekolah dan mendaftarkannya di bawah persatuan dan kelab tetapi sebelum itu dengan nama persatuan Tamadun Islam (PETA), selepas itu baru ditukarkan dengan nama persatuan Pengajian Islam.


Aktiviti yang aku jalankan untuk persatuan ini banyak juga, tetapi yang aku tidak dapat lupakan sampai ke hari ini ialah aku telah membuat lawatan yang terdiri daripada ahli persatuan ini ke Tohoi dan Kuala Betis. Melawat kehidupan orang asli di sana. Kebanyakan persatuan membuat lawatan cuti sekolah ke bandar-bandar atau kawasan perkelahan dan rekreasi. Tetapi aku telah membuat lawatan untuk persatuan aku ini ke kawasan pendalaman untuk melihat kehidupan orang asli di sana.

Apa yang telah aku lakukan ini sebenarnya lebih dari lawatan. Ini kerana rombongan yang aku bawa ini terdiri daripada pelajar agama. Dan sebagai pelajar agama, mereka tidak seharusnya membuat lawatan semata-mata, sepatutnya mereka perlu mendampingi mereka dan memperkenalkan agama Islam kepada mereka. Ini kerana tempat yang aku bawa ini masyarakatnya belum lagi memeluk agama Islam.

Orang AsliImage via Wikipedia
















Justeru itu aku telah menghubungi 3 pihak iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Majlis Agam Islam Kelantan (MAIK) dan Jabatan Hal Ehwal orang Asli (JHEOA) supaya berkerjasama dan memberi sponsor untuk lawatan ini. Beberapa agenda telah diaturkan antaranya memberi bantuan kepada mereka, membuat lawatan dari rumah ke rumah dan lain-lain.

3 hari kami kat sana hasilnya 5 orang asli telah memeluk agama Islam dan mendaftarkan diri dengan Majlis Agama Islam Kelantan. Mereka bangga menukarkan nama mereka dengan nama Islam. Agak terharu juga ketika aku mengajar mengucap 2 kalimah syahadat kepada mereka.

---------------------------------------

Mutiara kata: Don't judge people by their relatives.

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba