Sabtu, Julai 04, 2009

Berkerja Secara Teamwork

Cerita aku ini sebenarnya
masih lagi berkisar semasa
aku bertugas di sekolah yang lama



Itu semua kenangan-kenangan ketika aku menjadi s/u itu dan s/u ini. Aku rasa dah terlalu panjang aku bercerita. Aku ingat nak ringkaskan saja. Apa yang penting dalam berkerja ni ialah berkerja secara teamwork.




Entah macammana sejak akhir-akhir ini aku mula berminat dengan ICT. Banyak cadangan aku kepada pihak sekolah jika difikirkan ada kaitan dengan ICT. Namun di sebalik cadangan untuk meningkatkan kemudahan ICT di sekolah itu sebenarnya terselit tujuan iaitu untuk memberi kemudahan kepada guru-guru supaya mereka dapat berkerja secara teamwork.




Manakala para pelajar pula sudah tentu akan memperolehi manfaat daripada perkembangan ini.

Secara ringkas, perkara yang telah berjaya dilaksanakan sewaktu aku menjadi s/u kat MMPP ialah;







1. Memperkenalkan sistem jaringan networking untuk sekolah.

2. Mewujudkan sebuah bilik untuk kurikulum dan peperiksaan agar mereka dapat berkerja bersama-sama.

3. Mewujudkan bilik ICT.

4. Mewujudkan sistem wifi di sekolah.


Kalau nak dikira banyak lagi perkara yang belum sempat dilaksanakan kerana aku telah ditukarkan ke sekolah lain. Diharap kepada pengganti akulah yang akan meneruskan dan membuat apa-apa pembaharuan untuk sekoalah ini.





------------------------------------------

Mutiara kata: When you say, "I'm sorry", look the person in the eye.

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba