Sabtu, Julai 25, 2009

Lain padang lain belalang

Hari keempat lapor diri...
baru dapat berjumpa dengan pengetua.
Setengah jam lebih juga berbual-bual
dengan pengetua dalam biliknya. Pengetua mengalu-alukan selamat datang dan memaklumkan keadaan sekolah ini.



Perkara yang sangat ditekankan oleh pengetua di sini ialah perlunya menjaga imej sebagai seorang guru yang mengajar di Maahad Tahfiz. Ini bertujuan bagi mendapatkan respect (rasa hormat) pelajar-pelajar di sini terhadap guru dan juga respect orang-orang luar terhadap Maahad tahfiz.

Aku hanya mendengar dan tidaklah mengiakan 100 peratus apa yang diutarakan oleh pengetua.


Ini kerana dalam hal-hal respect ni aku awal-awal lagi telah pun mempunyai pandangan yang tersendiri dan prinsip aku jelas. Lagipun aku belum mengenalinya secara lebih dekat lagi. Jadi aku mengambil sikap mendengar aja dan lebih banyak berbual tentang perkara-perkara lain.

Satu perkara lagi yang diberitahu oleh pengetua di sini ialah kita sebagai guru perlu serius dan tidak boleh berlembut dengan pelajar. Mesti tegas dan jangan bagi muka kepada mereka. Takut nanti mereka tidak akan takut atau hormat kepada kita dan tidak akan mendengar cakap kita. Begitulah lebih kurangnya dalam sesi perbualanku dengan pengetua.



Yang ini sempat aku bagi tahu pandangan aku bahawa bukan prinsip aku macam itu. Aku lebih suka berkawan dengan pelajar. Belum sempat aku menghuraikan pandangan aku pengetua dah potong jalan. Tak boleh macam tu kata pengetua. Di sini lain. Jangan berfikir macam sekolah dulu tetapi berfikirlah macam sekolah sekarang. Kena jaga imej itu yang penting.

Aku diam aja bila nampak pengetua tak suka menerima pandangan orang lain. So, apa yang harus aku lakukan. Lain padang lain belalang.

-------------------------------------------

Mutiara kata: Talk slowly but think quickly.





Reblog this post [with Zemanta]

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba