Ahad, Julai 26, 2009

Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat (MTAQ)

MTAQ adalah singkatan kepada Maahad Tahfiz Al-Quran wal Qira-at.
Pelajar di sini seramai 400 orang. Semuanya lelaki. Guru pula seramai 40 orang. Semuanya lelaki juga.



Uniform pelajar di sini berjubah putih dan berketayap putih. Mereka semua tinggal di asrama. Ada seorang pekerja yang ditugaskan membasuh pakaian mereka setiap hari. Para pelajar di sini berasal dari pelbagai negeri. Ada yang berasal dari Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Johor, Singapura, Sarawak, Sabah dan lain-lain. Sedikit sahaja yang merupakan penduduk tempatan.



Untuk hari khamis mereka dikehendaki memakai pakaian asrama iaitu berbaju labuh hijau tidak berkolar dan berseluar hitam.

Waktu persekolahan bermula seawal 7.30 pagi dan habis pada pukul 2.30 petang. Sebelah petang lepas asar dan malam pun ada sesi pembelajaran tapi itu aku belum tahu secara terperinci lagi waktunya sebab guru yang mengajar al-Quran sahaja yang ditugaskan secara bergilir pada waktu tersebut.



Di sebelah pagi, dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 9.00 pagi mereka menghafal al-quran di bawah bimbingan guru al-quran. Selepas jam 9.00 pagi baru bermula sesi pembelajaran akademik. Di sini pembelajaran akademik bererti matapelajaran bukan al-Quran. Masa rehat pertama mereka pada jam 10.30 pagi iaitu untuk tingkatan 1 hingga 3. Rehat kedua pula pada jam 11.00 pagi.



Sistem panggilan untuk setiap tingkatan agak berbeza berbanding dengan sekolah lain. Tingkatan satu di sini disebut satu tajwidi. Tingkatan dua disebut 2 tajwidi. Manakala tingkatan 3 pula disebut satu aliah. Tingkatan 4 disebut 2 aliah dan tingkatan 5 disebut 3 aliah.

Mereka tamat belajar di sekolah ini setelah mengambil sijil STTQ iaitu Sijil Tinggi Tahfiz al-Quran. Sijil ini dikeluarkan dari sekolah ini dan layak untuk menyambung pelajaran di Universiti Syubra Mesir.

--------------------------------------------

Mutiara kata: When you lose, don't lose the lesson.





Reblog this post [with Zemanta]

Tiada ulasan:

Disqus for Jalanan Hamba