Ahad, November 13, 2011

Hubungan seks yang betul menurut Islam

Image via Wikipedia
Islam mengajar umatnya agar segala sesuatu dilakukan dengan cara yang betul termasuklah dalam melakukan hubungan seks.

Hubungan seks yang dibenarkan oleh Islam hanya boleh dilakukan di antara lelaki dan perempuan yang telah bernikah secara sah. Dengan ertikata lain, hubungan seks hanya boleh dilakukan oleh pasangan suami isteri yang sah sahaja.

Homoseksual dan juga Lesbian diharamkan sama sekali dalam Islam.

Di kalangan suami isteri juga terdapat larangan ketika melakukan hubungan seks. Larangan tersebut ialah;

1. Hubungan seks tidak boleh dilakukan ketika seorang isteri sedang keluar darah haid atau nifas.

2. Hubungan seks hanya dibenarkan melalui faraj dan tidak melalui dubur.


"Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (Surah An-Nisaa’: 222)"

Justeru itu, seks bebas adalah diharamkan oleh Islam. Sama ada ianya dilakukan oleh lelaki dan perempuan yang tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah. Atau dilakukan di antara lelaki dengan lelaki (homoseksual) atau dilakukan di antara perempuan dengan perempuan (lesbian).
Enhanced by Zemanta

4 ulasan:

C i k P i p i T e m b a m berkata...

betul2... thanks 4 sharing :D

Seri Bahasa berkata...

semoga negara kita tidak menjadi seperti sesetengah negara menghalalkan hubungan songsang demi hak asasi manusia...

EmpayarUtama berkata...

Info bagus :)

Unknown berkata...

Cubaan untuk mengadakan program Seksualiti Merdeka sebagai festival tahunan oleh segelintir rakyat negara ini sebagai bukti nilai-nilai kemasyarakatan dan keagamaan di negara ini sudah semakin terhakis...

Disqus for Jalanan Hamba