Rabu, Januari 12, 2011

Sejarah Perkembangan Ahli Tapak Suci Kelantan

Image via Wikipedia
Gambar Sekadar Hiasan
Bagi yang pertama kali membaca tentang seni silat ini, eloklah terlebih dahulu membaca serba sedikit pengenalan tentang silat ini berserta dengan komen-komennya sekali iaitu entri yang bertajuk Seni Bela Diri Jurus Batin Tapak Suci.Klik sini (Baca sekali dengan komen-komennya)

Ini kerana tajuk ini boleh dikatakan kesimpulan daripada maklum balas ahli-ahli yang pernah menuntut ilmu persilatan ini. Sebenarnya hamba tidak tahu untuk meletakkan tajuk apa yang sesuai melainkan inilah tajuknya berdasarkan apa yang telah terjadi terhadap perkembangan seni silat ini.

Silat ini didapati telah berkembang di Kelantan pada era 1980an tetapi hamba tidak mengetahui secara pasti bilakah silat ini mula bertapak di Kelantan. Apa yang hamba tahu, silat tapak suci ini sebenarnya sudah lama bertapak di Kelantan dan telah dipelajari oleh golongan ulamak dan orang biasa.

Memetik dari komen Hj. Wan Aziz;

"saya masih ingat lagi kata-kata mufti kelantan pada masa itu iaitu tuan guru Hj Wan Noor (penambang) "perguruan silat ini adalah umpama mutiara diantara perguruan silat yang ada" kerana inilah satu-satunya pusaka dan warisan peninggalan wali songo untuk menyambungkan perjuangannya."

Kemunculan silat ini sebaris dengan silat-silat yang diketahui ramai seperti Silat Nasrulhaq, Selendang Merah dan lain-lain.

Melalui maklum balas dari rakan-rakan yang pernah menuntut silat ini dulu, mereka mula mempelajari silat ini pada tahun 1980an dan telah berhenti pada penghujung tahun 1990an atau selepas itu sekitar tahun 2000 hingga 2005. Itu apa yang berlaku di Kelantan. Rata-rata mengatakan mereka sudah tidak lagi beramal dengan amalan tapak suci.

Sebab-sebab mereka berhenti pula bermacam-macam. Ada yang kerana menyambung pelajaran, ada yang telah berhijrah ke Kuala Lumpur dan lain-lain kerana mencari pekerjaan dan tidak kurang juga yang merasa keliru tentang silat ini. Maafkan hamba terhadap penilaian ini.. Ini sekadar khulasah atau kesimpulan terhadap maklum balas yang diterima.

Sebab yang paling utama yang hamba rasa ialah disebabkan ketiadaan gelanggang terutama selepas pemergian tok guru persilatan ini iaitu arwah ayah Soh. Ahli-ahli yang pernah mempelajari silat ini pula seolah-olah sedang tertidur dan baru kini ada yang mula tersedar yang mereka pernah mempelajarinya suatu ketika dahulu.

Memetik dari komen Abang Aziz lagi bahawa Arwah Tok Wan Daud dan Ayah Soh (pemimpin Asal TS) pernah berpesan;

"jangan sekali-kali berhenti mengamal dan berhenti mengajar walaupun tinggal satu orang murid. kelemahan kita memahami ilmu TS akan menyebabkan terjerumus kepada kesesatan hakikat dan tauhid. Amalkanlah ilmu dan berpeganglah pada jalan Allah pasti saudara semua akan mendapat menafaat daripadanya."

Sambungan Bahagian 2

Enhanced by Zemanta

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,TS ni telah bertapak kat Kel awal 70 an lg, setahu sy lah..dan ade 4 org guru terawal..( apa yang sy ingat, diceritakan oleh Arwah Pokcik Aswan )
Boleh tak sesiapa,yg dapat menyusuri @ menjejaki 4 Org guru ini..

Dan Insyallah suatu hari nanti kita semua akan berkumpul kembali, dalam mengembangkan Kebathinan Tapak Suci ini.. insyallah wassalam.

Unknown berkata...

hanya tinggal 1 je lagi guru terawal iaitu ayahku shamsuddin yussof. ore panggil din silat.. ayah soh tue nama apa? sbb arwah tok kawe pun guru tua batin tapak suci wali 9 nie.. arwah tok kawe dr indonesia, ore panggil dia poksoh dreba ambulan,

Tanpa Nama berkata...

aslkm, saudara hafiz..boleh kita perincikkan lagi tak,, pewaris, ( dalam menyusur galur TS ini.)

KeRiS pUsAkA berkata...

salam..... kepada saudara anonymous....
sila layari tapak suci.net kt sana dah diterangkan secara terperinci susur galur tapak suci kt kelantan ni

Pewaris Tapak Suci berkata...

marilah kita hidupkan kembali zaman kegemilangan tapak suci...
murid lama arwah ayah soh,abang mat boleh dihubungi di PCB...untuk maklumat sila hubungi
FB: Pewaris Tapak Suci

Tanpa Nama berkata...

kepada penulis pewaris tapak suci saya sokong seruan anda untuk menghidupkan kembali kegemilangan tapak suci tetapi carilah orang yang mursid walaupun dia murid lama tetapi lihatlah tata cara penghidupanya,amalanya,pegangangan kepada agama islam adakah dengan mulut atau perbuatan, bagaimana dengan amanah yang dituntut oleh agama islam, sifat bohong dan menipu yang dilarang agama islam yang menjadi ikrar ahli tapak suci adakah ia memegang tegoh kerana pemimpin asal tapak suci adalah terdiri dari ulamak dan ahli sufi yang sentiasa mendampingi dan merendah diri kepada ALLAH. sedangkan Bapak Hj Asuan sndiri merupakan pemimping ahli sunah waljummaah seluruh umat islam Singapura yang mewakili persidangan ulamak sedunia.

Tanpa Nama berkata...

Multaqa Ahli Tapak Suci di PCB 9 malam ini

Tanpa Nama berkata...

..........

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum...sy anak kepada guru tua silat tapak suci iaitu HAMAT SHAFIE(abg in SKMK)yg seperjuangan dengan CIKGU WAN JUSOF yg telah bersama2 menerima ijazah daripada mahaguru PAK ASWAN di singapura....dan juga salah seorang guru yang membuka gelangang tanjung chat.....bersama sy sekeping gambar aruah pak aswan bersama keluarga dan angkatan2 pesilat di gelangang tanjung chat....ingin tahu dengan lebih lanjut..hubungi no ini..(hamat shafie bin mat deris)013-9169028

Tanpa Nama berkata...

sila lawati facebook Pewaris Tapak Suci

Pewaris Tapak Suci berkata...

Kita telah kehilangan Arwah Cikgu Wan Yusuf sebagai wakil guru. Walaupun begitu kita masih ada rakan seperguruan Cikgu Wan Yusuf iaitu Tuan Haji Hamat Shafie.

Dengan restu Tuan Haji Hamat Shafie, Guru Lama yang sentiasa hadir ke Gelanggang PCB untuk memberi sokongan. Orang lama, antara anak Kelantan pertama bersama Cikgu Wan Yusuf menerima ijazah Tapak Suci dari Pak Cik Aswan sendiri di Geylang, Singapura.

Gelanggang Tapak Suci PCB setiap malam sabtu
Guru : Haji Hamat Shafie
Ketua Jurulatih : Abg Mat Johan
Jurulatih : Hisham Gaban & Che Mud.
Hubungi
Ustaz Rahimi 0179051391
Ustaz Hasrizal 0179411240
Facebook : Pewaris Tapak Suci

Tanpa Nama berkata...

cinta beralih arah :)

Unknown berkata...

Kita telah kehilangan Arwah Cikgu Wan Yusuf sebagai wakil guru. Walaupun begitu kita masih ada rakan seperguruan Cikgu Wan Yusuf iaitu Tuan Haji Hamat Shafie.

Dengan restu Tuan Haji Hamat Shafie, Guru Lama yang sentiasa hadir ke Gelanggang PCB untuk memberi sokongan. Orang lama, antara anak Kelantan pertama bersama Cikgu Wan Yusuf menerima ijazah Tapak Suci dari Pak Cik Aswan sendiri di Geylang, Singapura.

Gelanggang Tapak Suci PCB setiap malam sabtu
Guru : Haji Hamat Shafie
Ketua Jurulatih : Abg Mat Johan
Jurulatih : Hisham Gaban & Che Mud.
Hubungi
Ustaz Rahimi 01125660877
Cg Nik Hasrizal 0179411240
Facebook : Pewaris Tapak Suci

Abdul Malik SYIFA Hassan berkata...

Manabno.tel ayahku shamsuddin yussof, kalau Ada sila wasap Saya Azmi 0109389798

Unknown berkata...

kubelajartskejapjer2bulanjesayangbetul

Adda Johan berkata...

4 guru terawal selepas arwah ayah soh salah seorangnya arwah ayah sy.. arwah abg mad johan.. meninggal 2018

Unknown berkata...

Assalamualaikum semua sahabat sahabatku yg sealiran walaupun dah lama tertinggal kalau boleh kito semua bergabung untuk kebaikan umat islam di akhir zaman bersatu teguh di masa sekarang dan akan datang hidup kan semula seni bela diri umat islam

Unknown berkata...

Terima kasih sahabat ku semua yang baik datang dari Allah yg kurang diri hamba sendiri

Unknown berkata...

Guru saya dah mati tak dak tempat rujukan

Unknown berkata...

Ado tak sapo yg boleh di hubungi untuk bincang

Unknown berkata...

Hamba ado tempat untuk di jadikan gelanggang dan madrasah untuk hidup kan semula seni bela diri umat islam dengan Dayo upaya Allah insya Allah

Unknown berkata...

Kalau kito semua bersatu kerana Allah taala banyok kejayaan akan datang dengan dayo upaya Allah insya Allah amin

Disqus for Jalanan Hamba